Penulis : Lily Haslina Nasir
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 469
Tarikh Terbitan : 6 October 2009
ISBN : 978-983-3892-54-9
Rating : ★★★★★
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA sekali lagi, aku telah terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh luar biasa ini. Karya yang telah berjaya membuatkan aku bersengkang mata mengorbankan masa tidur semalamanku sebaik sahaja mataku tertancap 'menghadam' butir-butir ayat di muka surat pertama dari awal malam sehinggalah ke awal pagi...pergh sungguh luar biasa kan ? Novel ini memang EXTRAORDINARY mempunyai aura kelainannya yang tersendiri. Nak kata novel cinta pun bukan, nak kata novel magis pun bukan juga entahlah UNBELIEVABLE percaya atau tidak tapi yang pasti inilah karya pertama dan belum pernah lagi aku membaca karya seumpama ini. Ia bukan kisah cinta yang penuh dengan ayat-ayat bergula ya tetapi lebih kepada cerita benar kerana adanya sifat mazmummah di dalam hati. Tentang manusia yang hanya pentingkan nafsu sendiri, ilmu hitam dan sihir dan kerakusan manusia apabila berkiblatkan syaitan dan semakin nipis iman di dada, nafsu serakah menguasai diri dan akal tidak berguna lagi akhirnya terjerumus ke lembah yang hina. Karya ini memang telah berjaya meremangkan bulu tengkukku sepanjang pembacaanku.
Sinopsis
Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih
mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya
cinta tapi tetap punya cita-cita. Impiannya cuma satu. Biar apa jua
keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan
celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah
dia? “Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula. Namun antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah SWT, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada Yang Khalid!
Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang. Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati. “Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?” “Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?” “Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”
Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji. Gadis ini memang menyusahkan! Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya. Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai.
Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?

Ulasan
Di sebalik kisah yang buat aku ' kecut perut ' ini, penulis berjaya memperlihatkan kepada pembaca bahawa inilah keadaan sebenar yang berlaku dalam masyarakat melayu dulu dan kini. Masih ada lagi segelintir masyarakat yang memandang sepi perkara-perkara yang menyekutukan Allah demi untuk kepentingan dan keagungan nafsu sendiri tanpa memikirkan akibat dan kesan dari perbuatan syirik tersebut kepada masyarakat keseluruhannya. Syabas dan tahniah serta ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada penulis ini kerana berani mengupas kisah ini dengan begitu mendalam sekali dan berkongsi karya hebat ini untuk membuka akal fikiran pembaca untuk dijadikan sebagai amaran dan peringatan juga untuk menginsafkan pembaca akibat perbuatan yang terkutuk dan dilaknat Allah ini. Namun aku sedikit kecewa kerana 'ending' cerita ini tidak seperti yang aku harapkan...tiada kisah perasaan antara Azrul dan Khalida walaupun ada digambarkan sedikit, seperti ada terbit suatu perasaan dalam hati Azrul terhadap Khalida walaupun Azrul rasa malu dan biasalah ego lelakinya yang tinggi untuk mengakui dan cuba menafikan perasaannya sendiri. Tapi tak pe, aku suka dengan akhiran ceritanya yang memberi bahagia pada dua watak utama yang aku rasa memang 'sweet' ini. Mungkin aku kena cari dan dapatkan sambungan dari kisah syahdu ini. Harapan aku ada sambungan kisah mereka berdua ni. Aku tak mahu komen lebih-lebih, cuba dapatkan buku ini, hayati dan selami karya ini dan fikir-fikirkan dan luaskan kotak minda anda.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
' Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal kebaikan, saling menasihati agar mengikut kebenaran dan saling menasihati agar kekal bersama kesabaran' ~ ( Surah al-Ashr, 103: 1-3 )
' Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya ' ~( Surah al-Hujurat : 12 )
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...
No comments:
Post a Comment