RAID ARJUNA


Penulis   :  Rose Harissa    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penulisan2u
Bilangan Mukasurat : 659
Tarikh Terbitan : 2018  
ISBN :  978-967-2102-65-6 
Rating :  
       
 
 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelima penulis hebat ini selepas Wasilah Cinta Weera, Hunky Avian Funky Arisa, Ali Alauddin dan Aeldra.

Raid Arjuna - Pemimpin Lelaki Yang Dikasihi kisah yang penuh konflik dan tragedi darah dan air mata.  Perjuangan untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan demi orang yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.  Kisah ni lebih kurang sama macam tengok cerita superhero je pastu rasa macam naik roller coaster. Tercungap-cungap akak dibuatnya dek ha ha ha. Penuh suspen.

Pendapat peribadi, aku agak lelah dan terganggu dengan nota kaki dan penggunaan gaya bahasa melayu klasik ni. Terasa macam berada di zaman 60-an pulak. Agak payah aku nak fahamkan maksud sesuatu perkataan atau ayat dan tidak sampai sepenuhnya ke hati aku ni. Tapi nak buat macam mana, RH punya pasal aku gagahkan jugak baca hingga ke akhirnya he he he.

Walau bagaimanapun, aku tabik atas keberanian penulis melakarkan kisah konspirasi ini dengan isu, isi dan kenyataan yang memang berlaku di luar sana. Cumanya, watak Raid ni masih tak mampu buat aku angau dengan watak Tajul Aweera he he he macam mana nak buat tu ???  

Ada banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.  

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 
 
Sinopsis 

  
“Hasil bedah siasat mendapati Tuan Gilbert meninggal kerana kehilangan darah lapan jam selepas ditikam.”

“Aku rasa... Bonda kau dah hilang.”

Longlai dan terduduk Raid Arjuna saat fakta tentang kedua-dua ibu bapanya dibentangkan di depan matanya.

Degil, kerana sikap itu… Hidup Raid Arjuna dihantui rasa bersalah berpanjangan selepas satu insiden terancang telah melibatkan dirinya dan dia menjadi tunjang masalah tersebut. Penculikan. Pembunuhan ayahnya, Tuan Gilbert. Kehilangan bondanya, Engku Marsitah tanpa jejak serta seluruh harta keluarga dirampas, akhirnya seorang Raid Arjuna yang lembik dan tidak pernah kenal apa itu erti susah mencabar diri untuk menuntut keadilan dengan caranya yang tersendiri.

Saat tanggungjawab berat ditimpakan ke pundaknya, Raid berhenti jadi anak manja. Selama 15 tahun, Raid bangkit memperlihatkan sikap tangguh berdepan musuh-musuh keluarganya dalam gelanggang korporat. Bagi kakistokrasi, Raid adalah ancaman kerana melatih kader-kadernya sendiri termasuk Yasmin Qawla Azwar. Hubungan platonic yang terbina atas dasar kemanusiaan.

“Zaman orang berpistol, kau masih ke hulu ke hilir dengan kerambit. Kau perasan kebal macam pendekar jawa Taming Sari, eh?” – Yasmin

“Apa pun Yasmin, jangan terburu-buru, okey? Perkara ni bukan main-main. Siapa pun, dan apa pun gelaran mereka, pokoknya mereka ada di luar sana. Mereka boleh bunuh orang sesuka hati dan tak ada sesiapa berani melakukan apa pun untuk menghentikan mereka.” - Raid

Tapi pengawal peribadinya Noah dan Gambit menyedari sesuatu... Fizikal luaran Raid mungkin kalis pukulan tapi sekeping hati Raid menjadi rapuh hanya kerana Asyanur!

 

“Syarikat orang pun aku boleh rampas, inikan pula Asyanur yang belum sah jadi isteri kau!” – Raid.

Musuh kembali mahu mencelakakannya dan dia harus melindungi Asyanur daripada terkena tempias. Satu per satu rahsia lebih hitam terkuak.

“Terima kasih Raid Arjuna… Awak betul-betul jaga saya dengan nyawa awak.”- Asyanur

Ini kisah tentang kesaterian putih, pengorbanan melawan kuasa manusia, kecintaan dan kesetiaan serta sejauh mana manusia sanggup berubah melawan pengkhianatan serta kerakusan.

“Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya!” – Raid

 

 

 ... lagu Lemak Manis - Haziq Rosebi ...

 


 

 

No comments:

Post a Comment