Bawah Payung Awan

 



Penulis   :  Liza Nur    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 483
Tarikh Terbitan : 2023  
ISBN :  978-967-2858-23-2 
Rating :
★★★★★ 

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke sepuluh penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla, Dalam Rintis Hujan, Setulus Khadeeja dan Dhea Gadis Dreamer.

Ini kisah tiga orang yang membesar bersama-sama di kawasan setinggan yang cuba untuk mengubah nasib dan kehidupan mereka dan untuk keluar dari kepompong hidup yang serba hitam, hina dan melarat. 

Pada aku lelaki dan perempuan memang tidak boleh jadi sahabat baik sebab nanti akan melibatkan perasaan dan salah seorang mesti akan terluka akhirnya. 

Aku tak nak comment berjela, cukup aku tuliskan kisah Widad, Soleiman dan Hanan ini buat aku insaf diri dan menyedarkan aku yang selalu terlupa untuk mensyukuri segala nikmat yang ALLAH telah berikan pada aku hingga kini. Widad adalah contoh wanita yang punyai hati dan jiwa yang kuat, kental dan tidak pernah putus asa dalam mengubah nasib dirinya. Soleiman adalah seorang sahabat dan pelindung yang setia dan sanggup berkorban jiwa dan raga demi orang yang amat disayanginya. Hanya mereka yang telah mengalaminya sahaja yang dapat memahami segala apa yang dirasai oleh setiap watak dalam karya hebat ini.  

Bacalah anda pasti akan merasa keperitan dan akan sama-sama merasai kancah permasalahan yang dihadapi oleh tiga watak utama dalam kisah ini. Setiap orang di dunia ini tidak sama ujian dan dugaannya. Bak kata penulis dugaan itu tanda ALLAH sayang kita. Sakit itu tanda ALLAH merindu. Kedua-duanya akan mendekatkan kita padaNYA. Hadiah untuk  mensyukuri setiap dugaan dan kesakitan itu tidak akan pernah terjangkau dek fikiran makhluk selemah dan sekerdil manusia. Destinasi bahagia pasti akan ditemui jua walaupun perjalanan dan liku setiap manusia itu berbeza-beza.

Satu lagi kisah kemanusiaan, kekeluargaan dan persahabatan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai iktibar dan motivasi buat semua pembaca di luar sana. 

Wallahu a’lamوالله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

 T.E.R.B.A.I.K.

   
Sinopsis   
  
Persahabatan mereka bagaikan awan yang memayungi saat panas terik mentari membahangkan tubuh.

“Aku awan yang akan selalu payung kau ke mana saja kau pergi…”

Kawasan setinggan yang bagaikan neraka dunia itu menyajikan seribu satu ujian yang menggoncang persahabatan mereka. Widad cuba menjadi semangat untuk Soleiman dan Hanan.

“Apa yang kau ada, Widad?”

“Diri aku, keupayaan aku. Hanya aku yang dapat ubah aku. Hanya aku yang dapat tolong aku…”

Namun, cemburu Hanan yang tidak bertepi datang menghukum. Widad dan Soleiman dipergunakan.

“Hanan nak akak tinggalkan dia! Kalau akak tak buat, Hanan akan bencikan akak!”

Mampukah Soleiman mencagarkan sebuah rasa kerana janji yang diikrarkan kerana simpati?

“Kau tau apa kau rasa. Aku tau apa aku rasa. Tapi kita tahu perkara tu mustahil…” - Soleiman

“Kau kata kau awan aku. Kalau aku tak capai langit, macam mana aku nak jejak awan?” - Widad

Dalam menempuh pasang surut kehidupan, tiga hati berjuang mencari secangkir bahagia.

 

  ... lagu Belaian Jiwa - Carefree ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... 

 

 

No comments:

Post a Comment