Dominan Itu Dia

 


Penulis   :  Maya Iris    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  KaryaSeni
Bilangan Mukasurat : 542
Tarikh Terbitan : Ogos 2018  
ISBN :  978-967-469-094-6 
Rating : 


 
  

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 10 penulis favourite aku ni selepas Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami, Kuseru Namamu Kekasih, Fugitif, Curahan Cinta Niagara, Plasma, Kontra Yang Menyatukan, Andai Prejudis Itu dan Bukan Rahsia Lagi.

Kisah Aria dan Hadid ni berjaya buat aku melekat terus baca dalam masa kurang daripada 24 jam tu...perrghh memang pecah rekod betul. Sejujurnya aku rasa macam tak puas hati sebab aku begitu seronok dan teruja sekali membaca karya ini dari awal hingga akhir muka surat. Penulis memang berjaya membuai jiwa dan ragaku dalam menyampaikan isi dalam cerita ini dengan begitu berkesan sekali. Sampaikan aku terperasan sekejap macam aku pulak yang ada dalam cerita nih.

Aku tak nak comment panjang berjela, cukup kalau aku katakan selepas selesai baca kisah diorang ni, baru aku tahu apa itu sebenarnya jenayah seksual pedofilia, pemerdagangan manusia dan sistem bidaan penjenayah. Isu yang amat berat dan membimbangkan.

Menurut sumber pihak berkuasa PDRM, Malaysia mencatatkan bacaan alamat IP tertinggi di Asia Tenggara dalam memuat naik dan memuat turun gambar serta visual pornografi kanak-kanak dan kegiataan jenayah ini semakin meningkat. <sigh> Sungguh menakutkan !!!

Kebanyakan ibu bapa membiarkan anak mereka menggunakan telefon bimbit tanpa pemantauan dan lebih 60% kanak-kanak meluangkan masa di ruang bual atas talian pada setiap hari. Semuanya adalah melalui internet. Boleh korang bayangkan betapa bahayanya internet ni, bukan sahaja kepada kanak-kanak malah juga pada orang dewasa.

Watak Aria dalam cerita ni memang naif dan terlalu mudah percaya pada orang yang baru kenal. Pepatah orang putih kata "Don't judge a book by its cover"  tau. Rupa-rupanya Aria yang bagitahu semua maklumat pada si Lutfi iblis jahanam tu. Bukan kata Hadid je pandai marah dan mengamuk, aku pun naik angin satu badan. Watak ASP Hadid ni pula memang nampak karisma seorang yang sangat tegas, garang dan punyai keazaman yang tinggi dalam mencapai apa yang diingininya. Tak sangka pulak si Aria ni boleh cair dengan ayat-ayat 'perintah' si Hadid ni ya he he he. Aku lagi tak sangka si Hadid yang nampak serius, beku hati kering ni pun dalam hati ada taman rupanya. Bak kata si ASP Hadid ni, "Love needs no explanation. Only actions".   

Buat adik-adik di luar sana tu jangan mudah percaya dan terpedaya dengan orang yang kita baru kenal ya. Jangan bagi orang yang kita tak kenal atau baru kenal sentuh bahagian tubuh badan kita tau. Bagi tahu pada ibu dan ayah setiap perlakuan dan perbuatan.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca di luar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh dicari,
Mana nak sama Did seorang.
 
 
Sinopsis 

  
Perlanggaran kecil menemukan Lutfi dengan Aria Natasha. Dalam masa yang pantas, mereka jatuh cinta. Namun, cinta mana yang tidak bergolak? Aria terpisah daripada Lutfi apabila dia hampir-hampir menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

ASP Hadid telah ditugaskan untuk melindungi Aria sementara pihak polis mencari dalang di sebalik penculikan Aria yang hanya dikenali sebagai Mr. Zed. Kes bertambah rumit apabila Mr. Zed menyenaraikan nama Aria dalam sistem bidaan penjenayah, The Dark Web.

Sementara bidaan untuk Aria masih aktif di rangkaian penjenayah itu, Aria telah ditempatkan di sebuah banglo perlindungan polis. Sedikit-sedikit, Hadid membongkar rahsia peribadi Aria.


 

 

"Kenapa awak sesuka hati boleh tanya saya soalan peribadi tapi bila saya pula tanya, awak suruh saya, go to sleep, Aria?" – Aria Natasha


 

 

 

"Saya tak nak jawab soalan awak. Tapi saya nak buat benda lain dengan awak." – Hadid.

 

 

 

 

 

Perasaan Aria berkocak. Hatinya berbelah bahagi di antara Lutfi dan Hadid. Kedua-dua lelaki itu ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Aura dominan kedua-dua lelaki itu mencetuskan persaingan.

"Antara kau dan aku, akulah lebih dahulu dapat sentuh Aria." – Lutfi.

"Aku nak tayang pada kau trofi aku." – Hadid.


Sementara Lutfi dan Hadid berebutkan Aria, ahli-ahli The Dark Web pula merasakan Mr. Zed hanya mempermain-mainkan mereka. Mereka menuntut agar Mr. Zed umumkan pemenang yang membida Aria Natasha. Sekali lagi, Aria termasuk ke dalam perangkap Mr. Zed.

"Awak dah buat jenayah besar kalau awak teruskan dengan niat awak jual kami. Lepaskan kami." – Aria

"Tidak semudah itu. Harga awak tinggi, Aria Natasha." – Mr. Zed


Apakah uniknya Aria sehingga dia disenaraikan sebagai 'barang' yang mencecah jutaan ringgit? Bolehkah selama-lamanya Hadid menjadi pelindung Aria dari ancaman The Dark Web? Mampukah kekayaan Lutfi membeli Aria daripada sistem penjenayah itu? Siapa yang telah merubah 'product description' Aria Natasha? Lutfi atau Hadid?

 

 

 ... lagu Pertemuan - Erra Fazira ...

 

 

 

... lagu Suratan atau Kebetulan - Kenny, Remy & Martin ...

 


 

 

 

No comments:

Post a Comment