Penulis : Suri Ryana
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 984
Tarikh Terbitan : 2022
ISBN : 978-967-0874-74-6
Rating : ★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA, setelah hampir 11 tahun lamanya aku tak pegang karya SR ni, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ketiga penulis yang dikenali dengan karya cintan cintun ni selepas MAID dan Isteri Separuh Masa.Kisah Tia dan Aidid ni pada aku memang bersemut manis bergula. Walaupun buku ni memang tebal giler tapi aku berjaya jugak layan hingga ke akhirnya ha ha ha. Ada misteri yang buat aku tertanya-tanya dan nak tahu siapa yang nak bunuh mama si Aidid ni ??? Adoi... letih aku nak layan aksi jiwang tahap overdose si Aidid ni lah..untunglah si Tia ni dapat suami macam si Aidid ni he he he.
Tapikan aku lebih nak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Ayden dan Wawa ni ...??? Harap SR akan buat sambungan kisah diorang ni pulak. Tak sabar rasanya ...
Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
Menjadi seorang Fatihah Nabila bukan mudah.
Dicurangi Ayden Aqashah benar-benar memberi tamparan hebat dalam meniti
usia dewasanya. Namun, siapa sangka di kala dia mahu menjauhi lelaki
itu, takdir seakan menolaknya rapat pada Aidid Aqashah, kembar seiras
Ayden pula. Bekerja sebagai caretaker mama Aidid dan Ayden, Datin Mahani
benar-benar membuatkan hidupnya seperti menaiki roller coaster.
Tunggang-langgang!
Ayden sering merayu untuk kembali manakala
Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya. Keadaan di vila bertambah
kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali
memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada
rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut.
Satu
kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia.
Ketika jiwa gadis itu hampir mati, Aidid muncul membawa harapan.
“Aku
akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau.
Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid
Siapa
saja yang mampu menentang jodoh yang telah lama tertulis di lohmahfuz?
Namun, berjayakah pernikahan ini tika keraguan menghuni fikir pabila
Aidid mahu merahsiakannya untuk sementara waktu? Apatah lagi sayugia
menyedari Maya Nysa, gadis pilihan keluarga Aidid masih
terkejar-kejarkan lelaki itu.
“Hidden truths are unspoken lies, Tuan Aidid... no matter how careful we are, we will get caught.” -Tia
“Don’t
you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me.
Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.” -Aidid
Cinta
yang mengasyikkan itu tetap tersulam indah biarpun pelbagai rintangan
yang menerjah. Tika leka diulit bahagia, sekelip alpa hampir memisahkan
nyawa.
“Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang
Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan
hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.” -Aidid
“Terima kasih sebab cintakan Tia. Honestly, I think I’ve fallen for you too...” -Tia
Suratannya, rahsia demi rahsia terungkap dan identiti seorang demi seorang pengkhianat terbongkar.
Selama mana hubungan mereka dapat bertahan kerana menurut badut berbahaya itu, hutang nyawa bayarannya juga nyawa.
... lagu Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri ...
No comments:
Post a Comment