Penulis : Najmi Fetih
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Tarbiah Sentap
Bilangan Mukasurat : 320
Tarikh Terbitan : April 2016
ISBN : 978-967-14048-1-2
Rating :
Ulasan :
Pertama kali membedah siasat karya penulis muda ini.
Sebenarnya aku beli buku ni untuk anak aku bila kitorang tertengok drama yang diadaptasi daripada novel yang ditayangkan di Astro Oasis & Maya HD baru-baru ni.
Alhamdulillah kerana dengan izinNya aku dapat menghayati mutiara indah dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis yang masih muda dan 'hijau' lagi ini, tapi aku rasa penulis ini memang berbakat besar dalam bidang penulisan dan layak diletakkan sebaris dengan penulis novel hebat yang lain. Gaya penulisan dan pengolahan cerita yang santai memang harus aku puji SUPERB dan banyak pengisian yang memberi kesedaran, pengajaran dan keinsafan kepada aku sesudah membaca karya ini. Aku suka dengan cara penulis berdakwah dan mendidik pembaca dengan cara yang amat bersahaja dan sempoi tetapi memang kena dan terus melekat di hati pembaca. Buku ni memang sesuai sekali untuk adik-adik remaja.
Selain cerita tentang Khai ni, di bahagian belakang novel ini juga diselitkan dengan himpunan artikel, puisi dan quotes untuk santapan rohani pembaca. Cayalah memang mantoppp !!! Aku tak dapat nak tulis semua dalam blog ni ye jadi kalau nak tahu lebih lanjut sila beli buku yang original ye.
Bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik. Susah sebenarnya untuk melawan fitrah sedia ada tetapi itulah dugaan yang perlu kita lalui apabila kita cuba berusaha ke arah yang lebih baik. Namun jangan pernah putus asa dan teruskan berjuang melawan sisi buruk yang ada dalam diri kita. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.
“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.
“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah.
Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.
“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.
Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.
Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.
Manusia tak jahat, it is the dasa that makes the poison. Pain – changes people.
“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Kalau hidup target nak puaskan hati manusia, kita takkan bahagia.
Manusia cuma akan belajar menghargai, apabila dia dah kehilangan.
Nak bina, lama.
Nak hancurkan, sekelip mata.
Apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat
Tapi, apa yang kita dapat, itulah sebenarnya yang kita perlukan.
... lagu Jalan Keluar (OST Kerna Syurga Bukan Percuma) - Rabithah ...
No comments:
Post a Comment