Segalanya Cinta





Penulis   :  Izza Aripin
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Melarik Enigma
Bilangan Mukasurat : 322 ebook
Tarikh Terbitan : August 2012
ISBN : 978-967-11376-0-4
Rating : ★★


 




Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. 

Pendapat peribadi, cerita ini boleh aku katakan agak menarik untuk dibaca. 


Namun, gaya penceritaannya agak mendatar sahaja. Sebuah kisah untuk diteladani.



Sinopsis


Kisah bermula dengan cinta tidak berbalas antara Arissa dan Izhan sewaktu di universiti. Lantaran kecewa kerana tidak menerima sebarang respons daripada Izhan, Arissa telah membawa dirinya sekali gus mengasingkan diri daripada rakan-rakan seperjuangannya yang lain.

Setelah berjaya membina semula keyakinan diri akibat kecewa cinta tak berbalas, Arissa bertemu dengan Daniel dan mengikat tali pertunangan. Saat bahagia yang dirasainya tergugat oleh kehadiran Daim. Daim yang tidak mengerti telah mengembalikan memori luka Arissa dan cuba mendamaikan gadis itu dengan Izhan.

Kehadiran Daim juga telah menyebabkan Arissa terpaksa berhadapan semula dengan mimpi ngerinya dan kenyataan lampau yang telah lama dinafikannya. Malah luka Arissa bertambah parah apabila Izhan muncul menagih simpati. Daniel pula seakan merelakan.

Tersepit dengan konflik ini, satu musibah berlaku menambahkan kepahitan dalam hidup Arissa. Keyakinan yang dibinanya selama ini hancur berkecai. Di luar pengetahuannya Daniel telah mengikat satu janji bersama Izhan. Janji yang membuatkan Izhan serba-salah dan rasa bersalah.

Mampukah Izhan menunaikan janji Daniel?
Adakah Arissa sudah bersedia memilih pilihan yang hanya tinggal satu?
Jawapannya ada dalam Segalanya Cinta.



No comments:

Post a Comment