Dhea Gadis Dreamer


 

Penulis   :  Liza Nur    
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 169
Tarikh Terbitan : 2018  
ISBN :  978-967-86-0854-1 
Rating :
★★ 
       
 
 

 

Ulasan :

  الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kesembilan penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla, Dalam Rintis Hujan dan Setulus Khadeeja .   

Akhirnya dapat jugak aku peluk buku yang telah lama aku cari-cari ni.

Lelaki dan perempuan memang tidak boleh jadi sahabat baik sebab nanti akan melibatkan perasaan dan salah seorang mesti akan terluka akhirnya. Kisah persahabatan di antara Dhea dan Adli berkawan baik di kampus ni memang syahdu dan mencuit hati. Kisah diorang ni buat aku tersengih-sengih je dengan perangai sengal si Adli aka Botak ni tau. Mereka saling memendam rasa dan perasaan. Bertemu kembali setelah 7 tahun terpisah lamanya dan menyambung semula kasih yang masih tersimpan kemas di hati masing-masing...

Seperti kata penulis hebat ini, usah mengejar cinta, ia akan datang sendiri pabila tiba masanya. Jangan takut untuk bermimpi, kerana mimpi akan bertatih menjadi cita-cita yang jika disusuli dengan usaha akan menjulang menjadi kejayaan. 

Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah persahabatan diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 

 

 T.E.R.B.A.I.K.

 

 
 
Sinopsis   
  
Dhea, seorang gadis yang kuat berangan. Dia berkawan baik dengan Adli.

Apabila disuruh menyiasat status 'prince charming' Yaya, Dhea terpaksa merapati Hayden.

Dhea tersedar yang dia sebenarnya menyukai lelaki botak dan selekeh yang selalu berada disampingnya.

Dhea tidak teragak-agak untuk memilih selepas menerima surat tawaran biasiswa. Soal jodoh dibiarkan menjadi ketentuan-NYA.

"Dalam hidup ni, tak ada prince charming yang akan selamatkan kau kalau kau tak nak selamatkan diri sendiri!" - Dhea

 

 

 ... lagu What Am I To You - Norah Jones ...

 


 

 

 

No comments:

Post a Comment