Penulis : Rehan Makhtar
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 627
Tarikh Terbitan : Mei 2019
ISBN : 978-967-469-127-1
Rating :
Ulasan :
Sinopsis
Edian. Dia akur atas segala kehendak orang
tuanya walaupun jiwanya terseksa. Dia umpama patung bernyawa, yang punya
hati namun tak mampu menyatakan tidak. Dia cuba mencintai Haikal walau
dirinya kosong tanpa secalit perasaan.
Hingga Nel muncul. Nel
adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam
kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip
hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.
“Apa kata saya ponteng hari ni?” - Nel
“Nanti kena buang kerja…” - Edian
“Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak…” - Nel
Nel
manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi
milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.
“Saya tak patut dekati awak. Meninggalkan luka di hati lelaki sebaik awak…” - Edian
“Silap
tu, Cik El. Saya yang dekati awak. Gamaknya, kejahatan itu masih ada
dalam hati saya sebab tu Tuhan tak benarkan saya miliki gadis sebaik
awak.” - Nel
Ya. Itu kenyataan. Pandangan mata kasar hanya nampak
yang terzahir. Yang disembunyi, tiada siapa tahu. Nel, punya sejarah
tersendiri; yang dia tahu, akan menjadi senjata dan menghunus padanya
satu hari nanti.
“Ini kali terakhir awak adalah Cik El pada saya.
Antara kita, tak ada lagi Nel dan El. Maafkan saya… bukan niat mahu
rosakkan saat-saat akhir…” - Nel
“Sementara saya masih dekat sini, boleh saya minta sesuatu?” - Edian
“Saya risau apa yang awak minta tu, tak dapat saya berikan…” - Nel
“Anggap ajelah saya minta hadiah kahwin daripada lelaki yang satu-satunya berjaya tembus ke dalam hati saya…” - Edian
Permintaan
Edian nampak ringan. Menunaikan… Cukup berat. Dia mencintai Edian bukan
dengan syarat wanita itu menjadi miliknya. Cukuplah Edian bahagia.
Kerana keadaan begitu mendesak dan yakin; ini yang telah takdir aturkan,
Nel tekad untuk nikahi Zahlia hanya kerana janji yang Edian akan
bahagia dengan Haikal. Mereka akan ke jinjang pelamin pada hari yang
sama. Sayang, pengantinnya berbeza.
Bahagia itu ada pada hati
yang reda. Tapi, memang sifat manusia. Menasihati itu mudah selama tidak
terhantuk dahi sendiri. Bagaimana harus mereka telan kepahitan hari
ini, demi manisnya hari esok; Sugar? menjadi jawapannya.
No comments:
Post a Comment