Jiwa



 

Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Blogijau Enterprise
Bilangan Mukasurat : 546
Tarikh Terbitan : Mei 2025  
ISBN :  978-629-98903-3-1 
Rating :


 

 


 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 19 penulis hebat ini selepas Sugar? Yes Please, Hurt, Checkmate, Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Ini kisah Sidratul yang menyimpan dendam dan benci kepada Ahmad yang disangka kekasih hati kakaknya yang telah menghancurkan jiwa dan raga kakaknya sehingga mengalami tekanan perasaan dan mental yang serius. Sejujurnya, kisah ini hampir menyamai dengan kisah Raqib dan Aatiq dalam #Hurt. Cuma kisah kali ini pada aku, Sidratul tidak pernah mengetahui perkara yang sebenar dari mulut Ahmad sendiri. Sidratul hanya mendengar luahan perasaan kakaknya sahaja atas apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya segala yang berlaku telah dirancang oleh Jeslina rakan sekolah mereka yang ada masalah mental juga. Penderitaan empat jiwa ini berakhir setelah terurai segala rahsia yang terpendam bertahun lamanya dan Ahmad Al Muntaha tidak pernah bersalah dan hanya telah dijadikan "kambing hitam" <sigh>.

Apakah sebenarnya maksud Sidratul Muntaha ni ??? Rasulullah SAW, menggambarkan Sidratul Muntaha adalah sebuah pohon besar yang berada di langit ketujuh ketika Nabi dibawa naik ke langit ke tujuh. Ia adalah pemisah. Disebut Muntaha (akhir) kerana ia merupakan batas akhir dari sebuah perjalanan. Tidak ada satu makhluk pun yang pernah melewatinya kecuali Rasulullah SAW.

Islam menyeru umatnya untuk menjauhi sifat dendam dan mengamalkan sikap saling memaafkan. Sifat dendam akan menjadikan jiwa seseorang itu keras dan kotor. Benci dan dendam hanya akan buat kita menyesal di kemudian hari, kerana kita tidak tahu bilakah penghujung hidup kita di dunia ini.

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 199, bermaksud: ‘Jadilah engkau pemaaf dan serulah (manusia) mengerjakan yang makruf (baik) dan berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.’ Ketika turun ayat tersebut, Rasulullah saw bertanya kepada Malaikat Jibril. ”Apakah maksud ayat ini, wahai Jibril?” Jibril menjawab, ”Sesungguhnya Allah menyuruhmu memaafkan orang yang telah menzalimimu, dan bersilaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu”.

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




Sinopsis

Melihat kehancuran kakak tersayang kerana cinta pada seorang lelaki, telah membunuh Sidratul. Tidak hanya kak long, dia juga telah lama ‘mati’. Yang masih utuh di atas muka bumi, hanyalah satu jasad kosong. Bagaimana kak long begitu mencintai hingga mengorbankan kewarasan sendiri bila lelaki itu pergi menghadap Ilahi. Persoalannya tidak pernah berjawapan.

Bertahun dia pujuk hati untuk reda dengan segala ketentuan. Nampaknya takdir terus menduga sisa hidup yang ada. Lelaki yang katanya telah mati itu, hidup kembali. Boleh jadi, mereka hanya jasad yang serupa dengan jiwa berbeza. Itulah yang Sidratul harapkan dan dia perlukan jawapan. Perangkap yang dipasang mengena. Mangsa sepertinya menyerah.

“Mustahil tuan maksudkan untuk kahwin dengan saya, kan?” 

- NUR SIDRATUL


“Saya relakan diri saya untuk awak hancurkan. Sebab tu, kahwin dengan saya…” – AHMAD AL-MUNTAHA


“Dengan syarat?” - NUR SIDRATUL


“Syaratnya, bila dah berjaya, awak tak boleh kesal…” 

– AHMAD AL-MUNTAHA


Kerana Sidratul telah begitu tekad. Dia akan pastikan lelaki itu benar-benar mati kali ini. Namun, tidak sendirian. Dia… akan turut sama.

 

... lagu Senandung Semalam - Alleycats ...

 

 
 
 

... lagu Hilangmu Tak Terganti - Tajul & Afieq Shazwan ...

 

  

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

  
Pesan sang bijak pandai, betapa cinta dan sayangnya kita kepada seseorang, biarlah berbaki untuk diri sendiri. Cinta antara manusia itu fana. Tiada yang kekal, melainkan Dia yang menciptakan cinta.

Tak semua bahagia itu mudah dimiliki. Sesuatu yang payah untuk dimiliki ini akan buat kau hargainya dengan sepenuh hati.

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

 

No comments:

Post a Comment