Sesuatu Yang Kembali

 

 

Penulis   :  Anna Lee  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : 516
Tarikh Terbitan : Jun 2023  
ISBN :  978-629-7587-00-4 
Rating :


   

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 12 penulis hebat ini selepas Sesuatu Yang Hilang, Cinta Itu Gila, I'm Yours, Kenzi X Embun, Couple, Naskah Terakhir Laura Isabel, Jika Aku, Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise, Terukir Cinta dan Hello it's me.

Ini adalah sambungan kisah Trilogi Sesuatu Yang Hilang - Bahagian II. Kisah bagaimana Mikha dan Farid telah terperangkap dan tidak dapat keluar dari dalam sebuah mall yang dipanggil sebagai Bunker Mall. Bunker Mall adalah sebuah kubu yang dibina seperti gedung membeli-belah seperti biasa kita pergi. Cuma, mall ni akan diaktifkan menjadi bunker apabila berlaku sebarang bencana. Tujuannya adalah sebagai kubu atau tempat perlindungan dari luar. Di sini bermula pertemuan Mikha dengan Ibra dan Ben. Semasa berada di sini, berlaku peristiwa pelik bila ada di antara mereka yang dijangkiti sejenis wabak/virus dan kemudian bertukar menjadi seperti zombie atau manusia yang diumpamakan seperti mayat hidup. 

Aku jadi tertanya-tanya apa benda yang menyebabkan orang ramai jadi macam tu, macamana pulak ada Bunker Mall ni dan bagaimana ia boleh menjangkiti manusia. Memang suspen dan mencabar betul kesabaranku nak habiskan baca buku ni tau. Namun, akhiran bahagian II ni juga tergantung di saat mereka cuba cari jalan keluar dari Mall tersebut. Apa yang masih menjadi tanda tanya siapakah dalang di sebalik apa yang telah berlaku ini dan adakah ianya telah dirancang oleh seseorang ?  

Adoi nampak gayanya kena baca bahagian III pulak ni untuk tahu kesudahan kisah diorang ni. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.



Sinopsis

 

Dalam keadaan darurat begini, dinding kemanusiaan turut sama runtuh bersama pintu kepercayaan. Maka akan menjelmalah manusia-manusia yang selama ini bertopeng.

Suaminya hilang tanpa pesan, tanpa jejak.

Tetapi apabila muncul mesej terakhir daripada Ibra, Mikha mula reda. Penantian terhenti. Harapan mula hilang.

Namun itu disaat dia merelakan, takdir membawa mereka bertemu dalam sebuah Bunker Mall.

Bunker Mall – Sebuah gedung membeli belah yang dibina sebagai sebuah bunker kepada golongan elit. Sebaik saja wabak melanda, bunker itu diaktifkan secara tiba-tiba menyebabkan Mikha dan Farid terperangkap di dalamnya.

Di situlah bermula segalanya …

Skandal terbongkar …

Rahsia dipendam terburai …

Dan …

Nyawa menjadi taruhan.

Harapan adalah nyawa kehidupan. Jika hilang harapan … kosonglah jiwa.

 

 

 ... lagu Enggan - Fauziah Latiff ...

 


 

  ... lagu Mimpi Yang Tak Sudah - Ibnor Riza ...

 


 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  
 
 
 

 

 

No comments:

Post a Comment