Dear Mr. Crush


 

Penulis   :  Mia Azwari      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel Publishing
Bilangan Mukasurat : 231
Tarikh Terbitan : Jan 2021  
eISBN :  978-967-2467-66-3 
Rating :  

 

 

 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 10 selepas Tewas, Kita Hanya Kawan, Ramadan Terindah Untuk Syawal, Seikhlas Cinta Kayla, Jadikan Aku Yang Pertama, Suri Hati Encik Serius, Terus Setia Menjadi Imamku, Piah Di Hati Mr Beku dan Rahsia Mrs Fakrul

Kisah Safiya anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan nek jah nenek tirinya sejak umurnya 7 tahun dan jatuh kasih pada Ian anak remaja jiran sebelah rumah neneknya yang lebih 9 tahun tua kerana sering melayannya dengan penuh manja dan telah memujuk dan berjanji akan berkahwin dengan Safiya sejak dibuli dan diejek rakan sekolah disebabkan oleh parut yang ada di badannya akibat peristiwa kebakaran yang telah mengorbankan ibu ayah dan kakaknya.  

Namun, Ian telah berkahwin dengan wanita pilihannya Erni dan hubungannya dengan Safiya semakin renggang. Dan hubungan di antara mereka semakin dingin sejak Safiya dituduh menjadi punca perceraiannya dengan isteri Ian, Erni.

Bak kata peribahasa melayu "kalau dah jodoh tak ke mana" bila Safiya dipinang ibu Ian untuk menjadi isteri Ian. Safiya sangka akan bahagia, namun rumah tangga mereka sering berantakan dan Ian sering naik angin mengamuk kerana ego, tekanan dan masalah sakit tuan yang dihadapi oleh Ian. Safiya akhirnya ambil keputusan larikan diri kerana menyangka Ian tidak berhasrat untuk teruskan hubungan perkahwinan mereka.

Setelah 4 bulan Safiya menumpang di rumah pak longnya, Safiya akhirnya telah bertemu dengan Ian secara tidak sengaja di klinik kerana sakit gigi. Berakhirnya pencarian Ian dan dapat bertemu Safiya yang kini telah hamil anak mereka. Ian telah meluahkan segala rasa dan merungkai segala prasangka Safiya selama mereka terpisah. Syukur mereka akhirnya kembali bersama dan meluah segala rasa yang terpendam selama ini.

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Kehadiran Ian Hanif ketika Safiya Auni kehilangan ahli keluarganya, mengubah segala-galanya. Lebih-lebih lagi janji yang pernah dibuat oleh lelaki itu ketika dia masih kecil.

“Abang tak tipu. Nanti dah besar, Fiya kahwin dengan abang.”- Ian Hanif

Kerana janji itu, Safiya tidak pernah berhenti menunggu. Namun semuanya musnah sebaik sahaja lelaki itu pulang bersama pengakuan yang menyakitkan hati.

“Insya-Allah, tiga bulan lagi majlis perkahwinan abang. Fiya orang pertama yang tahu hal ni.”- Ian Hanif

Sakit dan kecewa, hanya Tuhan yang tahu. Demi kebahagiaan lelaki itu, Safiya ikhlaskan hati walaupun terpaksa. Lebih malang nasibnya apabila Ian tiba-tiba membencinya.

Bertahun Safiya cuba melupakan Ian, malah dia cuba menutup hatinya untuk lelaki itu. Betullah kata pepatah, kalau jodoh tak ke mana. Dia tiba-tiba dilamar oleh ibu Ian setelah lelaki itu bergelar duda.

“Betul ke abang yang melamar Fiya?”- Safiya Auni

“Yang melamar siapa? Ibu, kan?”- Ian Hanif

Kecewa Safiya apabila lelaki itu bersikap acuh tak acuh. Disebabkan masalah yang dihadapinya, terpaksalah dia menerima lamaran itu. Separuh hatinya masih berharap Ian akan jatuh cinta dengannya. Maka bermulalah misi memikat hati suaminya sampai dapat.

Kemunculan bekas isteri Ian menimbulkan banyak tanda tanya. Lebih perit apabila rahsia besar Ian terbongkar membuatkan hubungan mereka bertambah keruh. Bertambah parah luka dalam hati Safiya apabila diminta oleh Ian untuk tinggal berasingan.

Disebabkan salah faham dan terlalu kecewa, Safiya nekad pergi membawa diri. Tiada gunanya dia bertahan jika hanya dia saja yang berusaha.

Sanggupkah Ian melepaskan Safiya? Dan apakah rahsia Ian yang menyebabkan dia terus bersikap dingin terhadap Safiya?

 

... lagu Cinta Sejati - Aiman Sidek ft Alin Sidek ...

 



 ... lagu Sebenarnya - Alif Satar & Siti Nordiana ...

 


 

 

 

No comments:

Post a Comment