Mr Frozen

 

 

Penulis   :  Lynn Safiya      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel Publishing
Bilangan Mukasurat : 122
Tarikh Terbitan : 2017  
eISBN :  978-967-2185-46-8 
Rating :  

 

 

 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih diberi kesempatan untuk bedah siasat karya ketiga penulis ini selepas Gemalai Kasih dan Demi Bahagia Ini

Ini kisah Pia (Sofiah) dengan abang sepupunya Abang Zarief aka Mr Frozen ni memang kelakar dan berjaya buat aku ketawa dan tersengih jer hilang stress dalam kepala aku ni ha ha ha. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Sampaikan aku terperasan sekejap macam aku pulak yang jadi heroin dalam cerita nih... adoi he he he... Kisah diorang ni santai je, sengal dan gila-gila. Siapa sangka Abang Zarief anak sulung maklong Pia yang 9 tahun lebih tua umurnya daripada Pia telah masuk meminang Pia walaupun diorang ni macam bermusuh tidak pernah berbual mesra.

Aku pun tidak pernah terfikir akan kahwin dengan sepupu sendiri. Hubungan sepupu ni dah lah rapat dan dah macam adik-beradik juga. Jadi, memang akan rasa janggal jika kita kahwin dengan sepupu sendiri kan...

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Banyak mutiara ilmu kekeluargaan yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Mr. Frozen… itulah gelaran yang diberikan oleh Pia kepada Zarief sejak sekian lama. Kenapa Mr. Frozen? Tak lain disebabkan perangai Zarief yang sombong, kerek dan perasan bagus tu. Walaupun mereka sepupu, namun hubungan mereka sangat dingin dan langsung tidak mesra.

Bagi Pia, semua yang dilakukannya, ada saja yang tak kena di mata si Mr. Frozen. Buat ni kena jeling, buat tu kena jeling, buat apa saja pun kena jeling! Pia sendiri tidak mengerti mengapa setiap tindak-tanduknya akan menangkap perhatian lelaki itu. Di hati Pia, sudah tertanam keyakinan bahawa Zarief amat membencinya Sudahnya, dia sering berkecil hati dengan layanan dingin daripada Zarief.

Tapi… kenapa perlu dia berkecil hati? Dia peduli apa kalau Zarief tak suka pun? Lantak dialah! Tapi, hakikatnya dia mudah terasa, mudah tersinggung, dan mudah terluka. Apakah sebenarnya yang terselindung di hati Pia?

Dan Zarief pula, dah buang tabiat agaknya. Kalau tak suka, kenapa perlu dia masuk meminang Pia? Tak menyempat langsung! Tak nak tangguh-tangguh lagi. Pia baru nak masuk 21 tahun, takkan tak boleh tunggu? Mr. Frozen ni nak apa sebenarnya ya? Dia suka ke tak suka? Pening kepala Pia!

Di hati masing-masing tersemat suatu rahsia. Dan sangka Pia, rahsia itu akan dibawanya sampai ke mati. Namun, usah disangka bahawa yang tak diduga itu semestinya akan menyebabkan duka, dan yang zahir itu, semestinya benar-benar belaka. Kadangkala, yang tersirat itu jualah yang akan membuka pintu bahagia buat kita…

 

... lagu Akhirnya Kamu - Bella Astillah ft Daniesh Suffian ...




 

 

No comments:

Post a Comment