Tentang... Dhiya

 

 

Penulis   :  Syud  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Manes Wordworks
Bilangan Mukasurat : 396
Tarikh Terbitan : Nov 2022  
ISBN :  978-967-26602-9-3 
Rating :

 

 

 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 9 penulis hebat ini selepas Dia Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit, Tentang... Dhiya, Langit Tetap Biru, Pelangi, Untuk Awak Teja Aulia, Vignette dan Alviso

Sebenarnya aku dah khatam baca ni karya lama tapi diterbitkan semula dan ada tambahan dari versi lama. Jadinya, aku beli seperti mengimbau kenangan silam je akak dah tua dek ooi ha ha. Pertama kali mengenali karya penulis hebat ini adalah pada 11 tahun yang lalu. Allahu, terasa seperti baru semalam je aku baca kisah ni. Selepas berkali-kali aku khatam baca kisah ini tanpa jemu, kini penulis hebat ni keluarkan versi revamp pulak.

Kisah Dhiya dan Azril dari zaman belajar di Universiti hingga alam pekerjaan cukup manis, indah, sempurna dan menyentuh hati. 

 

 


Sinopsis

I

Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu :

Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif bagi bakal arkitek itu! Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya ...!

 

 

II

Namun takdir telah menemukan mereka lagi; kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa pula langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memeberi pelluang jika tahu, apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

 

 

******

 

SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang... Dhiya. Watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan pembaca. Dulu cerita ini, cetakan biru (blueprint) kepada karya-karya SYUD seterusnya. ~ Noor Suraya, Editor.

 

 


 

No comments:

Post a Comment