Penulis : Syud
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Saiz Fail : 0.50 MB
Format : EPUB
Tarikh Terbitan : April 2010
ISBN : 978-967-0508-80-1
Rating : ★★★
Ulasan :
Ceritera 3 : Langit... Tetap Biru sebenarnya adalah salah satu ceritera cerpen yang terkandung di dalam buku 'Damai (3 Ceritera Dalam Sebuah)' yang menghimpunkan karya tiga penulis iaitu Saidatul Saffaa, Noor Suraya dan Syud.
Karya ini adalah yang keempat kubaca selepas Dia...Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya. Secara peribadi, kesemua ceritera penulis ini memang akan buat aku tersengih jer teringatkan kenangan lama semasa di zaman belajar bersama kawan-kawan. Ya, pengalaman lalu memang tidak mungkin dapat kita lupakan dan kalau boleh rewind memang aku teringin kembali ke zaman itu, zaman yang penuh dengan warna-warni yang indah dan tetap sampai bila-bila...ha ha ha...memang mustahilkan, benda macam tu hanya boleh berlaku dalam drama jer...
Langit Tetap Biru tajuk yang begitu simbolik dan buat aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah penulis ingin pembaca fikir dan kaji kenapakah langit berwarna biru ??? Apakah kaitan langit dengan manusia ??? Ya, warna biru pasti buat aku rasa tenang dan bahagia. Kita tahu langit itu wujud di depan mata, kadangkala kita nampak seakan biru, boleh bertukar kelabu dan juga jingga. Tetapi ia tetap akan menjadi biru semula. Apa yang dapat aku simpulkan, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan tak kiralah suka, duka, susah, senang, sedih, gembira, berjaya, gagal dan kecewa kita pasti impikan dan berharap akan berakhir dengan baik, rasa tenang dan bahagia. Tidak ada manusia di dunia ni yang nak rasa derita dan sengsara sampai hujung nyawa betul tak ??? Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini akan sentiasa berputar seperti roda, ada awal dan akhirnya. Kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala kita berada di bawah. Jadi, walau hidup kita penuh warna-warni, pandanglah pada langit dan ingatlah langit tetap biru.
Sinopsis
Kisah tentang Nurul Zahra yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Namun, cita-citanya itu tidak tercapai kerana dia sendiri tidak pernah memberi peluang kepada dirinya untuk mencuba. Dia pernah menulis satu kisah cinta dengan menggunakan nama Muhammad Fikri Adlan bin Ahmad Ismail, seorang lelaki yang pernah mencuri hatinya sewaktu belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Namun, itu adalah perasaannya sahaja dan orang yang dia suka tu tak tahu pun pasalnya dan punya kehidupannya sendiri. Dan dia juga telah menghantar karya tersebut pada satu forum.
Cerita yang ditulis itu adalah pencetus apabila Zahra dipertemukan kembali dengan Fikri. Masalahnya adalah Fikri mengenalinya sebagai salah seorang kawan kepada bekas teman wanitanya, dan Zahra pula mahu menjauhkan diri dari awal lagi. Bila Fikri terjumpa namanya dalam satu blog, dia mula tertanya-tanya siapa penulis blog tu dan adakah penulis blog tu kenal dengannya atau adakah ia suatu kebetulan ? Kekerapan bertemu dengan Fikri buat Zahra semakin kalut dan kerap melakukan aksi-aksi yang memalukan sehingga hampir melanggar Fikri. Fikri mula mencari maklumat dan dapat tahu siapa Zahra sebenarnya.
... Langit Tetap Biru - Aizat ...
No comments:
Post a Comment