Penulis : Syud
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat :
Tarikh Terbitan :
ISBN : 978-967-0508-79-5
Rating : ★★★★
Ulasan :
Kebetulan minggu ini di e-sentral ada jualan online murah, jadi aku pun tidak lepaskan peluang keemasan ni baca secara online di www.e-sentral.com.
Pertama kali baca karya penulis ini, cerita ini biasa-biasa aje pada amatan aku. Namun kisah ini berjaya menarik hati aku untuk baca hingga akhir cerita. Olahan cerita pada permulaannya aku agak tidak berapa nak faham namun setelah meneruskan bacaan barulah aku dapat menjiwai dua watak utama dalam karya ini. Cerita yang memang sempoi je tetapi ada mesej yang baik untuk diteladani oleh pembaca secara tidak langsung.
Sinopsis
Kisah Sufiy (Sufiy Suraiya) dan Ameer (Fadli Ameerudin) pernah bertemu di dalam lif di bangunan yang menempatkan pejabat masing-masing beberapa tahun dulu, namun tempoh itu sekejap sahaja kerana selepas itu Sufiy bertukar kerja ke tempat lain. Ameer yang tidak sempat untuk mengenali Sufiy pada mulanya pasrah kerana orang yang dia cuba nak kenal sudah tidak kelihatan di mana-mana lagi. Takdir menemukan mereka beberapa tahun selepas itu, dengan kenyataan bahawa mereka berdua sebenarnya adalah jiran sekampung dan emak mereka saling mengenali antara satu sama lain.
Semasa berhari raya di rumah Sufiy, Ameer tidak melepaskan peluang yang ada dan kembali menyambung rancangannya yang tergendala dulu. Namun, berita tentang pertunangan Sufiy daripada adiknya Nisrin telah menyebabkan Ameer patah hati dan menjeruk rasa. Tindakan Nisrin menghantar ucapan dan kiriman lagu di radio Sinar FM telah buat Ameer jadi 'panas punggung' dan tidak keruan dibuatnya. Pertemuan secara kebetulan di kedai buku telah menyebabkan Ameer meluahkan rasa hati yang terpendam kepada Sufiy. Begitu pun, Sufiy juga ada masalah yang perlu diselesaikan sebelum dia boleh memberi peluang kepada orang lain. Adakah Sufiy sanggup kehilangan Ameer kali kedua, orang yang sering dicari-carinya selama ini ?
Dayangku Intan - Semakin Rindu Semakin Sayang
No comments:
Post a Comment