Dosa


 

Penulis   :  Mia Azwari      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Novel Mania Publication
Bilangan Mukasurat : 653
Tarikh Terbitan : Jan 2020  
eISBN :  978-967-2225-18-8 
Rating :  

 

 

 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 11 selepas Dear Mr Crush, Tewas, Kita Hanya Kawan, Ramadan Terindah Untuk Syawal, Seikhlas Cinta Kayla, Jadikan Aku Yang Pertama, Suri Hati Encik Serius, Terus Setia Menjadi Imamku, Piah Di Hati Mr Beku dan Rahsia Mrs Fakrul

Ini kisah tentang pengkhianatan dan peluang kedua dalam sebuah perkahwinan.

Kisah Ryna dan Aidil ni berjaya menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Rancangan dan kesilapan Ryna akhirnya terbongkar setelah mereka berkahwin sehingga Ryna ambil keputusan untuk lari jauh dari Aidil setelah mengetahui Aidil sangat kecewa dan ingin berpisah dengannya.

Walaupun kisah diorang ni agak sedih, tapi aku tetap mengharap bahagia jadi milik mereka. Syukur, akhiran kisah ni yang memberi bahagia pada dua watak utama yang aku rasa mereka memang berhak diberi peluang kedua untuk merasai dan membina keluarga bahagia.

Ya setiap orang itu tidak sama ujiannya di dunia ni. Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang itu menyesali kesilapannya untuk berubah. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu.   

Adakalanya, orang yang melalui masa lalu paling kelam akan menciptakan masa depan yang paling cerah ~ Umar Ibnu Al Khattab

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Nuha Eryna, gadis cantik namun sikapnya liar dan suka bersosial. Baginya wang adalah segala-galanya. Dia sanggup lakukan apa saja untuk memiliki apa yang dihajati. Disebabkan perniagaan keluarganya hampir muflis, dia bersetuju dengan rancangan bapanya, Encik Nasran untuk dia mendekati Aidil Wafie.

Kononnya, untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada keluarga lelaki itu. Namun tanpa disedari, ada udang di sebalik batu!
Dengan kecantikan dan kemahiran menggoda yang dimilikinya, Eryna yakin dia akan berjaya. Ya, dia memang berjaya, namun dia yang tidak mudah jatuh cinta, akhirnya tewas di tangan Aidil juga.

“Kita kahwin ya? Sudi tak Ryna habiskan masa seumur hidup dengan lelaki seperti abang?” -Aidil
“Aku tiba-tiba jadi takut. Macam mana kalau dia tahu papa aku rancang nak dapatkan syer resort keluarga dia? Aku tak sanggup dia bencikan aku nanti.” - Eryna.

Sebaik sahaja mereka disatukan, niat Eryna terus berubah. Dia tidak mahu menyakiti hati suaminya. Namun semua itu tidak semudah yang disangka. Kemunculan musuh perniagaan Aidil menyebabkan Eryna tersepit. Sementelah kekhilafan dan dosanya dijadikan ugutan. Lalu dia telah melakukan satu kesilapan besar.

“Abang kecewa sebab Ryna sanggup khianati abang. Penting sangat ke duit tu dalam hidup Ryna?” - Aidil
Aidil kecewa.
“Abang tak mampu bagi Ryna peluang tu lagi. Baliklah ke sana...”

Saat ikatan hampir terlerai, satu musibah telah menimpa keluarga Eryna. Demi kerana khilaf dan dosanya, Eryna membawa diri jauh daripada hidup Aidil. Namun takdir telah menemukan mereka setelah hampir 2 tahun terpisah.

Bagaimanakah penerimaan Aidil terhadap Eryna yang penuh dengan khilaf dan dosa? Tambahan pula, kemunculan Adira telah membuatkan hati Aidil bertambah terluka. Dengan status suami yang masih ada, Eryna didesak untuk taat di sisinya kembali. Jika tidak, Adira bakal dirampas.

Dapatkah Eryna memenuhi permintaan Aidil? Siapakah Adira? Masih ada lagikah peluang untuk mereka bahagia sekali lagi?

 

 ... lagu Hal Hebat - Ernie Zakri ft. Govinda ...

 


 

 

 

 

No comments:

Post a Comment