Menantu Komando Pencen


 

Penulis   :  Cik Tet
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Kaseh Aries Publication
Bilangan Mukasurat :
1.50 MB (epub)
Tarikh Terbitan : 2016
ISBN : 978-967-2035-01-5
Rating :

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk selongkar setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Rania dan Kalif ni agak meleret-leret dengan ragam romantis, kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku dan agak lelah nak habiskan bacaan sampai muka surat terakhir. Aku rasa macam tak logik pulak macam mana boleh kahwin tanpa pengetahuan pengantin perempuan. Kisah diorang ni memang sengal lah, memang tak boleh masuk dengan aku yang dah kategori pembaca tua ni haa he he he.

Musykil jugak aku bila fikir balik macamana boleh dapat rating tinggi ya. Harap Cik Penulis akan dapat menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ya.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


Sinopsis

“Maafkan saya Rania, saya tak boleh nak teruskan pernikahan ini. Saya tak nak kita menyesal di kemudian hari.”

Kejamnya Ikhwan! Mudahnya dia mengakhiri satu hubungan yang telah hampir dua tahun terjalin. Apatah lagi di saat tarikh pernikahan mereka hanya tinggal empat belas hari sahaja lagi.

Rania nanar, kecewa dan sedih. Teganya Ikhwan memalukan dia dan keluarganya. Bagaimana dia harus berdepan dengan Komando Pencen Misai Melentik dekat kampung sana?

“Saya yakin ada jodoh lain yang sedang menanti awak. Hanya orang yang betul-betul bertuah yang akan dapat memiliki awak.”

Di saat dia sedang bersedih tahap nak gelek diri dengan tayar kapal terbang, kata-kata itu muncul meniup semangat dalam dirinya yang hampir hilang.

Kalif Adrian, pertemuan pertama mereka berlaku ketika Rania kehilangan. Namun, pemuda itu seakan begitu dekat di hatinya. Layanan dan tingkah pemuda itu meninggalkan satu debaran yang dia kurang mengerti.

“Itulah, derhaka sangat. Tuhan ni Dia bayar tunai je tau...”
“Awak merepek apa ni? Saya nak derhaka pada siapa? Awak tu bos bukannya suami saya.”
“Jangan berkasar dengan saya Nia, tak cium bau syurga nanti..”

Ahh! Pening Rania dengan peel si Kalif yang entah apa-apa tu. Dia tahu, boss is always right. Tapi, takkanlah melawan cakap bos pun boleh dikira derhaka dan tak cium bau syurga?

Siapa sebenarnya Kalif Adrian dalam hidup Seri Rania? Nak kata bos, macam kekasih. Nak mengaku kekasih, Rania sedar diri. Dia hanyalah gadis biasa.

Buntu! Pening!

 

 

No comments:

Post a Comment