Misi Cah Mengorat Acap

 


 

Penulis   :  Najwa Rahman
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Rinsya Chasiani

Bilangan Mukasurat : 4.36 EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2021
ISBN : 978-967-2813-10-1
Rating :


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 2 penulis ni selepas Anak Cikgu Timah Masuk Kampung.

Kisah Acap yang mula jatuh suka pada Cah sejak zaman sekolah rendah lagi. Tapi sebab Cah 'reject' Acap. Sejak itu, mereka semakin jauh bila masing-masing masuk sekolah menengah hingga berkerjaya. Acap buat tak tahu je dengan Cah dan Cah tetap memendam rasa suka pada Acap tanpa mengetahui mereka berdua menyimpan perasaan yang sama. Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

Cah, cikgu sekolah rendah yang garang dalam diam menyimpan perasaan pada Asyraf Zafran atau lebih dikenali sebagai Acap.

Patah hati Cah bila mendengar khabar angin yang Acap sudah mempunyai kekasih hati dari Kuala Lumpur sana.

Tunduk-tunduk si pengantin baru
Tunduk-tunduk tanda segan
Dalam hati ada rasa cemburu
Sebab bukan kita yang jadi pilihan

Namun, Cah tak berputus asa! Bagi dia, selagi belum berkahwin, hati Acap itu boleh dia tawan.

Waktu itulah Cah keluarkan idea gila untuk mengorat si Acap tapi sayangnya, tak sempat misi dijalankan, Cah sudah kecewa.

Betulkah tiada Cah di hati Acap? Putus asakah Cah dalam meraih perhatian Acap? Siapa pula Puteri Aleya yang selalu ada dengan Acap itu?

Budak pergi sekolah main lawan pemadam
Cikgu di depan tengah berucap
Rasa hati ini sudah lama Cah pendam
Kalau diluah mahukah diterima Acap?

 

 

No comments:

Post a Comment