Seikhlas Cinta Kayla

 

 

Penulis   :  Mia Azwari
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel Publishing Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat : 3.91 EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-2467-50-2
Rating :


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 6 selepas Jadikan Aku Yang Pertama, Suri Hati Encik Serius, Terus Setia Menjadi Imamku, Piah Di Hati Mr Beku dan Rahsia Mrs Fakrul

Siapa yang tak kenal dengan Pn Penulis hebat ni yang suka buat cerita cinta yang ada pertalian darah atau yang ada hubungan yang rapat. Kisah Kayla dan Aryan ni pun lebih kurang sama, mereka ni dah macam adik beradik dan dah kenal sejak kecil lagi.

Sebuah kisah kasih sayang tentang kesetiaan dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Kisah diorang ni berjaya menjentik pelbagai rasa dihati ini. Ada pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah diorang ni. Kisah Aidan anak Kayla dan Aryan ni pun lebih kurang sama macam kisah Mama dan Papa dia jugak.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, itulah sikap sebenar Kayla.

Dalam diam, dia mencintai anak sahabat ibu bapanya sejak kecil. Hanya Syed Aryan Harraz lelaki yang memahaminya dan dia inginkan lelaki itu menjadi suaminya. Namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kayla tekad ingin merampas Aryan daripada Husna. Bagi Kayla, hanya dia yang layak bergelar isteri Aryan.

‘Kayla akan buat supaya abang sendiri yang nak teruskan perkahwinan ni. Abang hanya akan jadi milik Kayla. Bukan Husna!’ -Kayla

Setelah dia bergelar isteri, Kayla sentiasa ingin membahagiakan suaminya. Dia tidak mahu ada Husna antara mereka. Saat satu rahsia besar terbongkar, Kayla tiba-tiba dibenci oleh Yasmin, ibu mentuanya.

“Sebelum Kayla berkahwin dengan Yan, pernah tak Yan beritahu Kayla tentang hubungan dia dengan Husna?” – Datin Yasmin

“Tahu… umi.” – Kayla

“Kalau dah tahu, kenapa teruskan perkahwinan ni?” -Datin Yasmin-

Hancur luluh perasaan Kayla saat dia bakal dimadukan. Tidak mahu menjadi beban buat Aryan, Kayla akhirnya membawa diri bersama tanda cinta mereka. Dia ikhlas melepaskan Aryan demi kebahagiaan lelaki itu.

Setelah beberapa tahun berpisah,mereka bertemu tanpa sengaja. Aryan muncul kembali. Kayla hampir gila mendengar permintaan Aryan yang mahu menuntut haknya sebagai seorang ayah.

“Abang dah tak perlukan Kayla. Kayla yakin abang dah bahagia dengan Husna sekarang.” -Kayla

“Kalau Kayla tak ikut abang, jangan harap Kayla akan dapat jumpa Aidan lagi.” – Aryan

Ikhlaskah Kayla kembali ke sisi Aryan demi anaknya?

 

 

 ... lagu Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan ...

 


 

No comments:

Post a Comment