Bukan Rahsia Lagi

 

 

Penulis   :  Maya Iris
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Anaasa PLT

Bilangan Mukasurat : 0.81 EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : 2017
ISBN : 978-967-2467-50-2
Rating :


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 9 penulis favourite aku ni selepas Mahar Cinta Cinderella, Konspirasi Suami, Kuseru Namamu Kekasih, Fugitif, Curahan Cinta Niagara, Plasma, Kontra Yang Menyatukan dan Andai Prejudis Itu

Ini kisah tentang wang hantaran yang mahal. Cerita ni pada aku memang biasa berlaku di luar sana tu. Ramai je pelajar Malaysia yang belajar di luar negara tak sabar-sabar nak kahwin muda ketika berada di perantauan. Pendapat peribadi aku, usia 18 tahun Syirah yang baharu saja sambung belajar di US memang terlalu muda untuk kahwin. Sebab itulah mak Syirah letakkan wang hantaran yang agak mahal supaya pihak lelaki iaitu Izzat undur diri je he he. Tapi diorang ni tak faham bahasa he he he.

Aku suka dengan watak Izzat yang digambarkan seorang yang boleh berfikir dengan baik dan matang sanggup ketepikan keinginan peribadi. Alasan Izzat tinggalkan Syirah empat tahun dahulu bukanlah kerana sebab wang hantaran yang terlalu mahal. Tapi, yang lebih utama adalah untuk mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin antara ibubapanya dengan ibubapa Syirah. Izzat tidak mahu disebabkan kata-kata ibu Syirah yang sinis terhadapnya dan hasratnya ingin berkahwin dengan Syirah kerana mereka baru je 6 bulan bercinta akan menyebabkan terputusnya persahabatan dua keluarga yang telah terjalin sekian lama.  

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

Sinopsis

“Dia makin cantik, kan?”- Shamsul

Afif Izzat terpaku. Ya, dia masih cantik. Dia masih lagi Insyirah yang sama. Empat tahun lalu, itulah gadis yang menjadi pendampingnya. Gadis yang membawa kebahagiaan dalam hidupnya.

Dia tertunduk. Kerana wang hantaran, dia terpaksa memutuskan hubungan dengan Insyirah. Kerana menjaga satu hubungan, dia melupakan cintanya pada gadis itu. Dan, kerana melindungi hubungan itu juga, Afif Izzat hanya membawa kenangan indah bersamanya. Kenangan cinta Ain Insyirah!

“Kau masih tak jawab soalan aku. Kenapa korang break?”- Shamsul

“Ada perkara yang lebih penting untuk dipertahankan. Kalau hubungan aku dan Syirah diteruskan akan mengeruhkan keadaan” – Izzat

Namun kini, semuanya bagai baru bermula. Dia ditakdirkan bertemu dengan Insyirah untuk kali kedua. Kerana masih cinta, gadis itu bakal ditawan semula. Dia sanggup jadi apa sahaja agar dia dan Insyirah bersatu.

“Cuba awak fikirkan. Sebenarnya kita pasangan yang setia. Saya masih single. Awak masih single. Kalau kita tak setia, sudah tentu kita dah kahwin dengan orang lain.” - Izzat

“Terimalah hakikat, Izzat. Sebenarnya, empat tahun adalah satu jangka masa yang panjang. Saya dah move on. Saya dah ada somebody. Awak dah terlewat. Terlalu lewat.”- Insyirah

Mohsin yang hadir antara mereka merapuhkan sekeping hati. Kerana calitan luka lama belum sembuh, Insyirah memilih Mohsin dan Izzat sekali lagi menjauh. Tetapi apabila Izzat menyepi, Insyirah merindu.

Kenapa mesti ada rindu bila hati kata benci? Kenapa pula hati kata benci jika yang dirindu itu lelaki yang dicintai?

Bila semua tahu apa yang Izzat sembunyikan, ia bukan rahsia lagi! Izzat dan Insyirah. Bolehkah cinta mereka menyatu?

 

 

 

No comments:

Post a Comment