Penulis : Hanis Azla
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction / Cinta
Penerbit : Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 597
Tarikh Terbitan : 2011
ISBN : 978-967-0184-76-0
Rating : ★★★★
Sinopsis
Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta. Kahwin tanpa cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa untuk membuat pilihan bukan milik orang sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yang diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah bila ada cinta lama dan cinta baru yang mahu mengisi hatinya?
Ulasan
Karya yang mengisahkan tentang perjalanan hidup nasib seorang anak terbuang ini memang meninggalkan kesan dihatiku. Kisah sedih suka duka demi mendapatkan secebis rasa kasih sayang dan bahagia dalam karya ini berjaya diolah oleh penulis dengan begitu terperinci sekali. Walaupun teknik penceritaan pada awalnya dilakarkan dengan kisah yang agak pilu dan meleret-leret. Tetapi akhiran ceritanya memberi suatu kelegaan kepadaku setelah Nur Fitrah akhirnya diberi peluang untuk mendapatkan kebahagiaan yang sering menjadi impiannya. Pada pendapat peribadi aku, baca karya ini memang menjentik pelbagai rasa dihatiku, ada rasa hendak marah, benci, geram, kasihan kesian, rasa tidak puas hati pun ada jugak dan macam-macam rasa.
Tetapi sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang dapat dikongsi dan membuka mata aku setelah membaca karya ini. Walaupun watak Nur Fitrah dalam karya ini aku rasa terlalu hebat ujiannya tetapi sikapnya yang sering beralah dan sanggup memaafkan dan beri peluang kedua kepada bekas suaminya dan semua orang yang pernah melukakan dihatinya, aku rasa walaupun tidak ramai tetapi memang wujud sebenarnya dalam realiti kehidupan ini. Cuma mungkin amat payah untuk kita temui. Dan watak Aiham Fakhri pula aku rasa macam nak tumbuk aje muka dia kalau ada depan aku sekarang ini. Tetapi perubahan sikap dan perangainya di akhir cerita ini setelah dia tersedar akan kesilapannya memang buat aku tersengih memanjang dengan usaha-usahanya untuk menawan semula hati bekas isterinya itu. Dan kedua-dua watak utama ini aku kira banyak memberi teladan berguna kepada aku. Okay aku tidak mahu comments lebih-lebih sebab aku rasa lebih baik baca karya ini dan cuba hayati sendiri maksud yang tersirat dan tersurat yang cuba disampaikan oleh penulis dalam cerita yang menarik ini ye.
... lagu Pasrah - Erra Fazira ...
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye... Hanis Azla
As-salam ctriko..
ReplyDeleteterima kasih untuk review yang menarik ni.. saya sangat menghargainya.. gambaran Nur Fitrah adalah seperti apa yang saya sendiri bayangkan he..he.. Anyway.. terima kasih sekali lagi atas kesudian membaca TFT :)
Waalaikumussalam wbt...
DeleteYa Allah tak sangka Hanis Azla sudi singgah, baca dan comment pd coretanku yg entah apa-apa ni..Syukran Jazilan sis...I loved your book. Tak sangka bayangan kita sama...Harap sis dapat keluarkan buku terbaru ye...
now I know how to get in touch with you sis...
Delete