Penulis : Msroses
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Orabook Publication
Bilangan Mukasurat : 472
Tarikh Terbitan : Mei 2025
ISBN : 978-629-99485-0-6
Rating : ★★★
الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya kedua penulis ini selepas Cinta Tak Bersyarat.
Ini kisah tentang Yana (Dayana Aleesa) yang sewaktu berumur 6 tahun main kahwin-kahwin dengan Abang Iz (Izhan Hakimi), abang sepupunya sendiri. Siapa sangka setelah dewasa, mereka akhirnya dijodohkan bersama ha ha ha...
Aku pun tidak pernah terfikir akan
kahwin dengan sepupu sendiri. Hubungan sepupu ni dah lah rapat dan dah
macam adik-beradik juga. Jadi, memang akan rasa janggal jika kita kahwin
dengan sepupu sendiri.
Kisah Yana dan Abang Iz ni memang kelakar dan memang berjaya buat aku ketawa dan tersengih jer hilang stress dalam kepala aku ni ha ha ha. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya.
Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat, doa dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Sebuah karya yang sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.
Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Sinopsis
"Saya terima nikahnya Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebatang coki-coki."
Berkahwin
dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana
Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu.
Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya
senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak
lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri.
Bagi Izhan Hakimi
pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia
kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Ingat Izhan ni
babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh
jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala je nanti.
"Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
"Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz. Bukannya ibu dengan maklong tahu pun." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap.
Namun, selepas akad sudah terlafaz...
"Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi
Eh? Kenapa lain pula ceritanya?
Selami
kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati
budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
... lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia - Noraniza Idris ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
"Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut-Mu. Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuan-Mu dan aku memohon dengan kemurahan-Mu, Tuhan yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi."
"Ya Allah, jika menurut pendapat-Mu, berkahwin dengannya memberi kebaikan bagiku, untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku."
"Namun, jika menurut pengetahuan-Mu, ia memberi keburukan bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka kumohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Dan jadikanlah aku orang yang reda atas anugerah-Mu."
"Wahai para remaja, barang siapa di antara kalian telah mampu berkahwin, berkahwinlah. Sesungguhnya dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa dapat menjadi benteng baginya."
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Suasana dan keadaan rumah tangga yang mawaddah war-rahmah tentu saja tidak datang dengan begitu mudah. Syarat untuk berupaya mencapai mawaddah war-rahmah, salah satunya adalah, hendaknya suami isteri itu saling melindungi, saling melengkapi dan menutupi kekurangan pasangan masing-masing."
"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah."
"Sebaik-baik harta seorang lelaki adalah isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi, si isteri ini akan menjaga dirinya."
"Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih serta dukacita ataupun kecemasan, daripada rasa lemah serta kelemahan, daripada kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban hutang serta tekanan orang-orang jahat."
Hasbunallah wani'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir
Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung
Allahumma'jurni fii musibati, wa akhlifli khairan minha
"Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini, berilah ganti yang lebih baik daripadanya."
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir." ~ Surah Ar-Rum : a21
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...

No comments:
Post a Comment