Sanggupkah Bersabar, Sayang?


 

Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 504
Tarikh Terbitan : Jan 2017  
ISBN :  978-967-469-037-3 
Rating : 


 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 21 penulis hebat ini selepas Beast And The Beauty, Jiwa, Sugar? Yes Please, Hurt, Checkmate, Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Ini kisah si encik lebah Kuca (Tengku Cairel) yang sangat pandai menyengat dengan madunya Qais (Qaiser Wardah). Apa yang aku boleh tulis di sini, kisah diorang ini memang sarat dengan emosi, meninggalkan pelbagai rasa di hati ini.  Di awal cerita memang aku tertanya-tanya dan begitu teruja nak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Kuca ni. Kenapa pula Kuca hidup terbuang dan bersendiri selama 10 tahun lamanya dan bermusuh dengan keluarga sendiri hinggakan mummy dan papa benci sangat pada Kuca. Memang buat aku suspen dan mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni.

Membaca setiap baris ayat dalam karya ini memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar. Bacalah, anda pasti akan rasa apa yang kurasa. 

Siapa sangka, orang yang telah menyebabkan kemalangan sehingga Qais kehilangan deria penglihatan dan kedua ibu bapanya dan paling tak nak jumpa satu waktu dahulu telah menjadi suami yang sangat dikasihinya. Manakala Kuca pula, peristiwa hitam itu telah merenggut segala kebahagiaan dan hidup merana. Kuca belajar mengenal erti hidup, erti kehilangan, erti kesepian serta erti kekesalan yang tidak berkesudahan sepanjang hidupnya.

Betul, bukan mudah untuk memaafkan kesalahan seseorang dan melupakan segala kenangan pedih dan sakit yang telah berlaku dalam hidup kita. Apatah lagi jika kesalahan tersebut sangat besar dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada kita. Namun, percayalah sifat memaafkan adalah punca ketenangan hidup yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambaNya.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran "Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." ~ (Surah Al-Nisa':a25)

Kadang-kadang kita terlupa dan tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku dalam hidup kita. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut telah tertulis untuk kita sebagai hambaNya. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah di Lauh Mahfuz untuk hambaNya walaupun amat berat dan payah untuk kita terima. Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.  

Banyak mutiara ilmu, doa dan kata-kata nasihat yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih pilu diorang ini. 

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai peringatan dan teladan buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta.
 
Mereka… Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.
 
 
 
"Tongkat saya mana?" - Qaiser Wardah
 
“Tak payah tongkat… Aku kan ada…” - Tengku Cairel
 
Rupa-rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu. Bukan rasa belas semata. Tapi ia cinta! Cinta pada seorang gadis buta. Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Cairel selamanya. Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar.
 
"Awak nak kerja kontrak jaga saya ke?" - Qaiser Wardah
 
“Memang. Kontrak seumur hidup…” - Tengku Cairel
 
 
Sesungguhnya, bumi ini berputar pada paksinya. Yang pernah terjadi, kembali menghantui. Qaiser Wardah telah tolak jauh segala kenangan lalu yang dirasakan begitu menyakitkan. Tak mudah dia terima tapi kini, penyebab pada kesakitan itu rapat di sisi. 



“Apa yang perlu abang buat untuk Mawar maafkan abang?” - Tengku Cairel
 
“Kita masing-masing perlukan waktu.” - Qaiser Wardah
 
Kerana tembok sabar yang retak, Qaiser Wardah tidak menahan Tengku Cairel pergi. Biarlah dia tidak dapat melihat selamanya kerana wajah lelaki itu adalah wajah yang tak diundang hadirnya.
 
“Abang akan hadiahkan segala bahagia buat Mawar, isteri tercinta... Selagi ada asa, selagi ada nyawa. Biarpun abang harus menderita...” - Tengku Cairel
 
“Mawar tak sangka, bila Mawar boleh melihat… Abang tak mampu membalas renungan Mawar…” - Qaiser Wardah
 
Entahkan mimpi atau realiti, sukarnya untuk dia terima. Jika ini mimpi dia mahu segera terjaga. Andai ini realiti, mampukah dia terus bersabar?
 
 
 

... lagu Sanggupkah Kau Bersabar Sayang - Scan ...

 

 

... lagu Di Atas Satu Cinta - Indah Dewi Pertiwi ...

 

 

... lagu Bersamamu - Siti Sarah ...

 


... lagu Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain ...

 

 

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


Aku bersujud kepada-Mu Allah. Terima kasih untuk rasa cinta, terima kasih untuk rasa rindu dan terima kasih membawa dia untuk menjadikan aku seorang insan yang celik mata terang hati. Terima kasih atas kelembutan hati mummy dan papa, terima kasih untuk pertemuan kami. Ingin aku katakan pada-Mu tentang kami. Tentang hidup kami tapi segalanya Engkaulah yang lebih mengetahui. 

 Sejarah adalah guru yang paling jujur untuk kita dengan harapan agar kita tidak ulangi kesilapan lalu.

Kemaafan itu adalah ketenangan jiwa bagi manusia.

Masa itu bukan milik kita biarpun sesaat di depan.

Syurga kaum Hawa adalah pada seorang suami dan keluarga mentualah yang terutama jika hendak dibandingkan dengan keluarga sendiri.

Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Allah menjadikan semuanya penuh hikmah.

Allah beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita nak.

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment