Rahsia Hati Sofia





Penulis   :  Nazurah Aishah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Motivation Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Publishing 
 
Bilangan Mukasurat : 553   
Tarikh Terbitan : 2009   
ISBN :   978-967-5118-17-3  
Rating : ★★






Ulasan :

Ini adalah buku kedua penulis ini yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita. Sejujurnya selepas baca buku pertama penulis ini, aku memang tidak mahu lagi baca karyanya yang lain. Kerana karya pertama penulis ini memang menyesakkan dan buat aku sakit hati. Tetapi, jualan online murah di e-sentral baru-baru ini telah buatkan hati aku bagai ditarik-tarik semula untuk baca karya ini pula. Karya ini juga tema dan ceritanya menjeruk pelbagai rasa dihatiku dan buat aku sakit dada. Kisah yang sungguh lara dan meruntun jiwa dan tidak dapat aku terima ending karya ini yang memang tidak berpihak kepadaku langsung. Agak sukar untuk aku terima kisah ini walaupun aku rasa ini adalah sebahagian daripada seribu satu cerita yang terjadi dan wujud di sekeliling kita.  

Aku terlalu kasihan kepada watak Ikhmal walaupun aku mengerti penderitaan zahir dan batin yang dialaminya yang telah buatkan dia ambil keputusan melepaskan Sofia, isteri yang amat amat dicintai dan disayangi sepenuh hati. Walaupun Sofia tidak rela berpisah dengan Ikhmal, suami yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga. Namun, kuasa talak adalah terletak kepada suami. Aku rasa memang tidak adil Ikhmal menghukum Sofia atas apa yang telah terjadi kepada mereka. Tetapi hanya mereka yang mengalami situasi sebegini yang lebih memahami dan dapat menerima hakikat takdir sedemikian. Secara peribadi, aku memang agak terkilan dan agak marah bila Sofia berkahwin dengan Nizam. Jika benar Sofia mencintai dan menyayangi suaminya sepenuh hati, dia tidak akan sanggup untuk mencari pengganti dan mengharap kebahagian baru dan membiarkan Ikhmal menderita seumur hidup. Memang benar orang kata lelaki terlalu pentingkan ego dan maruah. Dan lelaki yang terlalu cemburu tidak akan dapat menerima jika ada orang lain yang memuja isterinya. Tetapi, adakalanya kerana lebih pentingkan cemburu, ego dan maruah diri, ia akan buat lebih ramai hati dan jiwa yang terluka dan sengsara. Sanggupkah kita melakukan sedemikian kepada insan yang pernah kita cinta dan sayangi semata-mata kerana lebih pentingkan ego dan maruah ??? 
 


 Sinopsis


Sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa! 


Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih! 



Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal? 
Nizam dan Ikhmal Hisham berjiran dan mereka bersahabat baik. Ikhmal Hisham tidak dapat mengawal rasa cemburunya apabila mengetahui Nizam rapat dengan Jihannur Sofia, buah hati Hisham. Nizam dan Sofia pula satu pejabat. Ikhmal menipu keluarga mereka dengan mengatakan dia dan Sofia telah terlanjur. Lalu mereka dinikahkan walaupun Sofia sudah bertukar jadi pembenci.

Dalam satu kejadian di mana Ikhmal telah menyelamatkan Sofia dalam satu rompakan di rumah mereka, Sofia akhirnya sedar yang membenci tidak akan membawanya ke mana-mana. Sinar bahagia kembali menjelma berkat usaha dan doa seluruh keluarga.


Namun mereka didatangi ujian lagi selepas Sofia melahirkan anak sulung. Ikhmal kemalangan,lumpuh dari pinggang ke bawah dan tidak dapat berjalan. Sifat cemburu dan panas barannya kembali sehingga rumah tangga mereka bergolak. Dapatkah Sofia mempertahankan rumah tangganya dengan sikap Ikhmal yang ego, ditambah pula Nizam yang prihatin sering hadir memberi pertolongan? 




..lagu Jangan Ada Benci - Casey ...



 
..lagu Sekuntum Cinta - Wheels ...




No comments:

Post a Comment