Penulis : Hlovate
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 593
Tarikh Terbitan : May 2013
ISBN : 978-967-0508--26-9
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Lega rasanya terasa macam aku ni baru lepas habis marathon pulak baca buku tak henti-henti...dan lepas sudah 'geram' aku 'pulun' baca berturut-turut buku Hlovate ni.
Tajuk 'Anthem' membuatkan aku tertanya-tanya apa kaitan dengan isi perut buku ni dan apa pulak yang nak disampaikan oleh penulis kali ni. Apa yang aku faham 'National Anthem' lagu 'Negaraku' ??? Selepas aku 'khatam' buku ini, aku rasa buku ni lebih kurang sama seperti 'Contengan Jalanan' agak berat sedikit berbanding dengan buku-bukunya yang telah aku baca sebelum ni. Dalam karya kali ini, penulis cuba mengupas apakah makna syahadah dalam diri setiap umat islam itu sendiri. Sebagai yang lahir sebagai seorang Muslim, adakah kita benar-benar faham maksud syahadah ? Adakah kita mengamalkannya di dalam kehidupan kita seharian dengan berpandukan hadis dan Al-Quran ? Sejujurnya setelah membaca karya hebat ini, ia berjaya membuatkan aku termenung sendiri, banyak memikir dan bertanya apakah anthem aku sebenarnya ?
" My anthem, is my syahadah. Jadilah adamantium ".
Sinopsis
Kisah perjalanan hidup seorang remaja Nur Dania Dashrin (Dash) yang dibesarkan di perantauan bersama adiknya Haikal, mama dan ayahnya yang bekerja sebagai diplomat di luar negara secara tidak langsung telah memberi acuan pada dirinya dan membentuknya dengan kehidupan yang bebas. Untuk menyelamatkan Dash dari terus terjerumus dan hanyut dengan budaya barat, mama dan ayah Dash telah menghantarnya pulang dan meneruskan persekolahan di Malaysia setelah terjadi satu insiden. Dash yang pada mulanya tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Malaysia akhirnya menyambung pelajaran di Malaysia setelah tamat SPM.
Kehidupan Dash mula berubah setelah pelbagai peristiwa terpaksa dilaluinya semasa bersekolah di Malaysia, perkenalannya dengan ' Lee Hitler ' senior di sekolah menengah, rakan-rakan band sekolah menengah, di rumah mama dan ayahnya di Chanakyapuri, India dan kehidupannya di University of Aberdeen. Dash mula berubah dari seorang gadis yang 'third-culture kid' yang 'rebel' berhantu menjadi seorang gadis yang jati diri seorang Muslim yang berpegang kepada Islam. Dash juga telah berjaya menyedarkan ' Lee Hitler ' berubah menjadi seorang Muslim yang sebenar. Mereka kemudiannya sama-sama berusaha membetulkan diri masing-masing menjadi pasangan yang beriman, saling melengkapi dan membahagiakan dan kembali mendekatkan diri dengan penciptaNya iaitu Allah swt.
Secara peribadi, aku rasa karya ini memang hebat dan terbaik yang pernah aku baca. I'm speechless you know, no words to describe that... Terima kasih ya Allah kerana memberi ku kesempatan ini..Alhamdulillah kerana dengan izinMu ya Allah, sekali lagi aku dapat menghayati mutiara indah dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis hebat ini. Pengisian yang cukup padat dan mantap ini memang membuatkan aku tersedar dan menyedarkan aku, mengajar aku erti pengajaran yang sebenar dan membuatkan aku menginsafi diriku sendiri. Syabas dan tahniah Hlovate kerana berjaya menghasilkan karya yang membuatkan aku terkesan hingga ke mata hati dan mata akalku yang paling dalam. Teruskan usaha-usaha dakwahmu ini dengan karya yang bukan sahaja dapat mendidik malah dapat menyedarkan dan seterusnya mengajak pembaca untuk sama-sama mencari jati diri sebagai seorang Muslim dan mendekatkan diri kepada penciptaNya. Sebagai seorang Muslim, marilah kita sama-sama membimbing saudara-saudara kita menjadi seorang Muslim dalam redha-Nya insya-Allah.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
" Everybody has a past
Everybody lives a present
And everybody deserves a future
No judging on one's past
because it might be your future "
No judging on one's past
because it might be your future "
No comments:
Post a Comment