Penulis : Hlovate
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 432
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN : 978-967-5118-33-3
Rating :
Ulasan :
Nampaknya bulan ini aku semacam melekat terus dengan karya Hlovate... I'll be the greatest fan of your books Hlovate.
Versus bermaksud berlawanan, bertentangan dan dalam karya ini penulis mengupas dan memperlihatkan kepada kita apakah yang akan kita lakukan apabila kita harus menentang diri kita sendiri dan cuba melawan kebiasaan kita. Seperti dua karya terdahulu yang telah ku baca sebelum ini, karya ini juga tidak lari dari persoalan yang sama iaitu mengajak kita merenung dan muhasabah diri untuk berubah menjadi individu yang lebih baik. Tetapi dalam karya ini, penulis lebih menekankan apakah definisi baik itu pada diri kita sebenarnya. Adakah dengan hanya cukup solat lima waktu itu kita sudah dikira baik ? Adakah dengan hanya melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah swt kita sudah dikira baik ? Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza dari pelbagai sudut. Menjadi baik sahaja tidak cukup, malah berusaha berubah untuk menjadi lebih baik juga tidak semudah a,b,c...apatah lagi untuk meninggalkan perkara-perkara yang sudah terbiasa kita buat.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
Pendapat peribadi aku, setelah membaca tiga karya penulis ini, aku rasa karya ini antara yang terbaik yang pernah aku baca selepas Contengan Jalanan & aA + bB . Alhamdulillah kerana dengan izinNya sekali lagi aku dapat menghayati mutiara indah dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis ini dan banyak pengisian yang memberi kesedaran, pengajaran dan keinsafan kepada aku sesudah membaca karya ini. Gaya penulisan dan pengolahan cerita memang harus aku puji SUPERB .
Aku suka dengan cara penulis berdakwah dan mendidik pembaca dengan cara yang amat halus dan cara yang tersendiri dengan mengolah dan mengupas perjalanan watak dan plot cerita dengan begitu baik sekali sehinggakan aku terasa dan merasakan tempias dua watak utama dalam karya ini seperti mengena pada 'batang hidungku' sendiri. Perasaan cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan dalam karya ini amat syahdu sekali walaupun tanpa ayat dan perbuatan yang berbunga-bunga namun aku seperti terasa 'kepedasan' dan kehadirannya. Malah tidak salah untuk kita merasai cinta yang dianugerahkan oleh Allah swt asalkan kita perlu tahu di mana batas-batasnya sebagai seorang muslim dan sama-sama mencari kebahagiaan di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang-Nya.
Sejujurnya aku mengakui bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik. Susah sebenarnya untuk melawan fitrah sedia ada tetapi itulah dugaan yang perlu kita tempuh apabila kita cuba berusaha ke arah yang lebih baik. Namun jangan pernah putus asa dan teruskan berjuang melawan sisi buruk yang ada dalam diri kita. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu.. Tahniah dan terima kasih Hlovate kerana karya yang sungguh terkesan di mata hati dan mata akal ku dan membuatkan aku terus berfikir dan memikirkan tentang definisi 'baik' bagi diriku sendiri. Semoga kita sama-sama dapat berubah menjadi seorang muslim dengan redha-Nya insya-Allah.
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
" ...berubahlah walaupun payah,
berubahlah ke arah hidup yang lebih indah,
hidup dan masa muda sekali cuma,
sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya ? ..."
"...bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..."
... lagu Thank You Allah - Maher Zain ...
No comments:
Post a Comment