Contengan Jalanan






Penulis  :  Hlovate
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat :  553
Tarikh Terbitan :  Mei 2011
ISBN :  978-967-5118-53-1
Rating :





Ulasan

Buku ni merupakan buku pertama karya Hlovate yang aku baca setelah aku google byk review kat internet psl penulis nih...ramai yang komen karya Hlovate agak berlainan dari penulis buku yang lain di pasaran jadi aku tertanya-tanya sebenarnya camne pulak gaya penulisan penulis hebat nih...jadi aku pun terus ambik keputusan utk beli jer buku nih kat MPH pada Aug yang lalu...

Buku ni terbahagi pada dua cerita dan dua watak yang berbeza namun ada kaitan antara satu watak dgn watak yang lagi satu tuh...Cerita pertama I-FEND mengisahkan ttg watak Affendi seorang pelajar universiti jurusan Arts yang terlalu "obsessed" dgn "underground music" sehinggakan terikut-ikut dengan gaya hidup idolanya...Namun selepas pertemuan dengan seorang student bernama "Lia" dgn satu "ayat" yang agak sinis telah meninggalkan kesan di hati Fendi. Setelah diajak oleh sepupunya Chad/Irsyad bermusafir ke Australia semasa bulan ramadan, di sana dia telah disedarkan pula tentang apakah sebenarnya yang dicari dalam hidup seorang manusia atau seorang hambaNya di dunia ini ...kematian sepupunya Chad slp pulang dari Australia semasa menyambut Hari Raya di kampung telah memberi kesan yang mendalam seterusnya timbul ruang keinsafan dan menyedarkan Fend untuk kembali ke pangkal jalan sebagai hamba Allah...

Cerita kedua II-K2 pula mengisahkan ttg watak K2 / Kamarulzaman yang juga rakan Affendi, yang juga 'obsessed' dgn 'music instruments'. Pengalaman bermusafir ke Australia bersama Fendi tidak dapat difahami langsung oleh K2 bgmana Fendi boleh berubah slp kembali dari Australia bersama Chad... oleh kerana itu jugak lah K2 telah ambil keputusan untuk pergi bermusafir ke Jakarta secara solo pula untuk mencari kebenaran dan juga untuk memahami apa sebenarnya yang telah dirasai oleh Fendi...

Setelah aku baca buku ni, secara jujurnya aku katakan baca buku nih menitis air mata aku..pengisiannya agak berat dan perlu memahami jalan cerita dengan bersungguh-sungguh sebab kalu tak paham dan  menjiwai watak dlm buku ni mmg agak susah sikit nak faham maksud yang tersirat yang nak disampaikan.. ...terasa semacam ada satu batu besar yang telah menhempap dada aku...mmg rasa sebak, insaf dan takut akan segala perbuatan yang telah aku buat sepanjang aku hidup ni... terasa begitu banyak lagi  yang aku tidak buat sebagai seorang islam.brapa bykkah amalan-amalan ku ??..sempatkah aku untuk lakukan segalanya sebelum ajal datang menjemputku....jadi mmg betul lah tulisan Hlovate ini memang 'unik' pada aku meninggalkan kesan yang begitu mendalam dan menyentuh kuat pada jiwa aku...tqsm Hlovate kerana telah menghasilkan karya yang mengajak ku menginsafi diri aku sendiri...

Petikan dari buku...

Allah berfirman, "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar shj, jika kamu benar-benar mengetahui". Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ~ (al-Mu'minum:114-115)



No comments:

Post a Comment