“ The more that you read, the more things you will know.
The more that you learn, the more places you'll go.”
― Dr. Seuss
Semerah Red Velvet
Penulis : Hezzy Azra
Negara : Malaysia Bahasa : Melayu Genre : Cinta/Malay Fiction Penerbit : Karangkraf Bilangan Mukasurat : 518 Tarikh Terbitan : March 2013 ISBN : 978-983-124-846-1 Rating : ★★★★
Ulasan
Buku ni aku beli secara online dari penulis sendiri tau...selepas aku google info kat internet dan message FB, Hezzy Azra pun pos pada aku beserta autographnya sekali...memang seronok aku bila dapat "chat" dengan penulis buku tu sendiri. Yelah bukan senang nak dapat borak dengan penulis buku yang hebat kan... aku
baca buku ni dalam masa 2 hari jer...sebab nak puaskan hati sendiri sampai baca 2 kali
tuh...memang seronok baca buku nih, jalan ceritanya simple, plot cerita yang tidak memberatkan kepala aku nak fikir dan yang paling aku suka ada nilai kekeluargaan yang ditonjolkan. Hubungan adik-beradik ramai yang sangat rapat dan erat, sporting dan ambil berat antara satu sama lain. Dan hubungan antara Pak Samad dan anak-anaknya yang rapat dan sporting memang buat aku rasa sebak dan menitis air mata...Memang seronok dan bahagia kalau dapat keluarga dan adik-beradik macam ni kan. Tahniah Hezzy kerana berjaya hasilkan karya
yang memang menyentuh hati & perasaan aku bila membacanya. Jalan cerita yang mantap dan banyak nilai-nilai murni yang boleh aku jadikan teladan dan pengajaran . Aku memang suka sangat dengan watak dan perwatakan Raina ni seorang gadis yang tabah dan cekal hati, sanggup ketepikan impian sendiri dan berkorban untuk bapa dan adik-beradik yang lain. Aku rasa dalam dunia ni, payah nak dapat anak macam nih... Tapi ada satu watak dalam buku
tu yang aku tak puas hati endingnya seperti boyfriend Raina yg pertama Syahir...buat aku tertanya-tanya apa yang terjadi padanya sebab pada awal cerita memang banyak cerita pasal
diakan...lagi seronok kalau endingnya ada di ceritakan sedikit pasal tu...tapi
kira happy ending la kan...walaupun tak diceritakan macamana perasaan watak Raina & Emir dapat anak akhirnya...kalau ada lagi ummph...
Sinopsis
Kisah pertemuan singkat antara Raina yang bekerja di Cafe Boraque dengan Emir seorang Pensyarah Universiti, pelanggan Cafe yang sering datang minum di situ telah membuahkan suatu perasaan di antara mereka. Secara tidak sengaja, Emir telah terlibat dalam pergaduhan antara Raina dan bekas teman lelakinya, Syahir di hadapan Cafe. Oleh kerana malu dengan Emir dan khuatir Syahir akan mengganggunya lagi di tempat kerja , Raina telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Selepas insiden itu, Emir telah cuba mencari Raina untuk meminta maaf namun gagal sehinggalah mereka bertemu semula di tapak karnival yang berlangsung di kolej tempat Emir mengajar. Peluang untuk berbual panjang tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh Emir yang terikat dengan tugas pada ketika itu. Raina kemudiannya telah meninggalkan 1 kotak kek cawan Red Velvet buatan tangannya sendiri di pintu bilik Emir dan merasakan mungkin tidak akan bertemu lagi. Namun, siapa sangka kek cawan Red Velvet telah menemukan mereka kembali dan membuahkan rasa cinta kasih sayang di hati mereka.
Usia perkenalan yang singkat selama dua bulan dan seterusnya melangsungkan perkahwinan itu telah mewujudkan konflik dan banyak cabaran dalam perhubungan setelah mereka berkahwin. Juga banyak perbezaan yang timbul akibat jurang pendidikan antara mereka, iaitu Raina berumur 21 tahun hanya lepasan SPM, manakala Emir berumur 30 tahun seorang pensyarah dan bakal graduan PhD. Di sinilah bermulanya perbezaan pendapat dan timbul rasa tidak puas hati malah mula mengenali hati budi dan perangai masing-masing. Emir seorang yang terdidik dengan pantang larang & peraturan, merahsiakan hubungan silamnya dengan bekas tunangnya Zalia, sentiasa dengan buku, sibuk mengejar PhD dan kerjayanya dan cemburukan hubungan Raina dengan Zayn telah menyebabkan Raina merasa terpinggir, lemas tak tahan dan tertekan dengan cara dan rentak Emir. Akibatnya Raina mula merasakan mereka tidak sepadan dan sehaluan, mula memberontak dan mendesak kembali ke rumah bapanya untuk mencari ketenangan dan memikirkan semula hubungan antara mereka. Hah..part ni memang sedih tau.. kalau nak tahu macam mana mereka nak selesaikan masalah ketidaksefahaman mereka nih kenalah beli buku nih yer...memang sedih dan sebakkk tau....buat aku nangis jer...
ini pula komen dari Hezzy Azra dalam FB setelah aku beritahu pendapat aku pasal novel dia tuh...
2:15pm
Hezzy Azra
Terima kasih byk2 atas komen itu.
Ya... saya akui yg watak Syahir
dimatikan di tengah2 cerita. Di hujung2 tu dah takde sebut pasal dia
lagi. Sebabnya, saya rasa watak dia tu not worth utk dibawa hingga ke
pengakhiran...bleh tak gitu?
Cukup sekadar pembaca tahu yg dia ada kes dgn adik angkatnya....yg
lain2 tu, bagi saya tak brp releven utk jln cerita seterusnya.
Ttg
perasaan Emir & Raina dpt anak...pada mulanya nak buat jugak. Tapi
bimbang endingnya akan meleret-leret pulak nnt....hehe. So, saya
habiskan kat situ ajelah.
Apa2 pun, saya hargai komen ni. In sha Allah, utk novel yg seterusnya...bolehlah dibaiki apa yg terkurang.
Nak beli Aku Pilih Dia? Alhamdulillah. Cuma stok APD saya dh habis buat masa ni. Tapi rasanya di kedai APD masih dijual...
kalau nak tau lebih lanjut karya Hezzy Azra boleh klik link ni... Hezzy Azra
No comments:
Post a Comment