Love Lila





Penulis   :  Rin Ahmad   
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 388
Tarikh Terbitan : 2018  
ISBN :  978-967-86-0842-8 
Rating :
 

       
 


 

Ulasan :

الحَمْد لله . Setelah sekian lama akhirnya dapat jugak aku baca buku ke 5 penulis hebat ni selepas Arluna, Untuk Semua Dosaku, Bimbo dan Jejaka Edisi Terhad.  
 
Sejujurnya
cerita kali ni watak-watak utamanya agak kurang daya tarikannya pada aku dan buat aku selak muka surat agak perlahan sikit.

Walaupun kisah Lila dan Jude ni buat aku pening lalat dan tertanya-tanya betul ke si Jude ni kerja sebagai pembunuh? Rupanya, si Jude ni pakar robotik dalam teknologi dunia perubatan. Baru aku tau tentang mesin robotik serba canggih da Love ni apa fungsi dan konspirasi sebenarnya dalam bidang perubatan moden yang memang membahayakan dunia sekarang ni. Selain itu, banyak maklumat yang baru aku tau tentang penyakit sapi gila, BSE atau mad cow disease. Ia boleh berlaku kepada orang tua dan muda dan dikenali sebagai variant Creutzfeldt Jakob Disease atau vCJD.

Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.

 
Sinopsis




Tidak ada cinta yang tidak diuji. Tidak ada kesetiaan yang tidak diduga.

Alila baharu sahaja putus cinta. Alasan putus cinta ialah kerana perbezaan darjat. Alasan yang dia rasa sangat tak relevan di zaman metropolitan ini. Seorang jururawat sepertinya mana mungkin bergandingan dengan seorang doktor. Malah kedua-dua ibu bapa bekas kekasihnya juga doktor yang hebat maka siapalah dia di mata mereka.

Alila bangkit meneruskan hidup. Padanya cinta boleh datang beribu kali. Tiada istilah cinta pertama bawa ke mati. Bezanya di tanam satu perasaan agar dia jatuh cinta dengan orang yang setaraf dengannya.

Pertemuan Alila dengan seorang jejaka bernama Jude mencambah kembali perasaan halus. Apa tah lagi pada pertemuan pertama dan kedua, sangkanya mereka setaraf dan Juhaidi ini orangnya biasa-biasa sahaja. 




 

 


“What I am amazed by is, this is the first time I know anyone who created something so tech! I’m so glad that you are not a doctor.” - ALILA







 



"Alila about my work. so much confidentiality is involved. Ada yang saya boleh cakap, ada yang saya kena simpan sendiri. Saya harap sangat awak faham. - JUDE

 









Apabila akhirnya status Jude terbongkar, haruskah Alila berundur. Benar ke Jude bukan se orang doktor saperti bekas kekasihnya tetapi dia seorang 'pembunuh'? Mampukah Alila menerima hakikat yang pahit ini? Mampukah Alila teguh dengan pendiriannya apabila rahsia demi rahsia terbongkar?



... Lagu Aku Yang Berdosa - Shahir ...





No comments:

Post a Comment