Penulis : RodieR
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Nuun Creative Books
Bilangan Mukasurat : 635
Tarikh Terbitan : 2020
ISBN : 978-967-14110-6-3
Rating : ★★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah dapat beli buku ni daripada penulis sendiri setelah sekian lama mencari dan diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 5 penulis ini selepas Ash, Cooper-K, Nyanyian Hati dan One Fine Day.
Beli buku ni sebab teruja nak tahu tentang Dyslexia. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku pelajari melalui kisah Fir & Anne ini. Baru aku tahu macamana Dyslexia ni dan apa bezanya dengan Autisme. Orang yang ada dyslexia ni mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan cara mereka berfikir pun berbeza dengan orang yang normal. Orang dyslexia ni melihat sesuatu perkara dengan perspektif pelbagai dan berbeza-beza. Diorang ni sebenarnya lebih bijak dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi kerana otak mereka ni bekerja sangat laju dan akan fikir dan tapis secara terperinci tentang sesuatu perkara tu sebelum buat sesuatu keputusan. Baru aku tahu rupanya ramai tokoh dunia juga penghidap dyslexia seperti Leornardo da Vinci, George Washington, Stephen Spielberg dan ramai lagi.
Orang Dyslexia ni bukan hanya ada masalah membaca, menulis dan mengira je. Mereka ni juga sukar untuk berkomunikasi dengan orang ramai, selalu nampak pelik, lupa apa yang pernah dicakap dan rendah keyakinan diri. Orang Dyslexia ni otak di bahagian kiri tidak berfungsi seperti orang normal. Jadi apa yang diorang baca selalunya akan sampai lambat dan tidak akan sampai dengan betul. Jadi mereka ni akan banyak berfikir dan akan membayangkan macam-macam yang kadang-kadang tak terfikir dek akal oleh orang normal. Sebab itu mereka agak lambat bila membaca. Jadi, jika korang ada kawan atau mana tahu bertemu jodoh dengan orang Dyslexia ni korang kena faham cara mereka berfikir dan kena belajar berterus terang tau he he.
Tak rugi baca kisah ni. Banyak yang aku baru tahu dan pelajari tentang Dyslexia melalui watak Fir & Anne dalam kisah ini. Jadi, jika anda nak tahu macamana nak kenal orang dyslexia ni, baca je buku ni tau he he. Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada kita semua. Terima kasih Cik penulis kerana telah berkongsi kisah manis Fir & Anne muahh.
Sinopsis
HATI ITU MISTERI YANG TAK TERUNGKAP. MENYUKAI TANPA SEBAB, MEMBENCI TANPA ALASAN.
Ahmad Firdaus Abdullah itu sangat pendiam orangnya. Diam bersebab. Sesuailah dengan panggilan The Serious Pine Tree itu. Dia yang suka bertindak di luar jangkaan itu boleh dikatakan pelik tapi sekali dia tersenyum, 'seseorang itu' akan terkesima.
Sampai teringat-ingat...
"Teringat kat aku sangat ke semalam sampai Google nama aku?"
Aina Insyirah Ihsan itu pula ceria orangnya. Bersikap positif dan berani bersuara. Sesuailah dengan nama Annoying Anne with an 'e' itu.
"Kau ni degil. Ego. Tu je sebenarnya. Sedar tak?"
Rahsia Firdaus dan sifat ingin tahu Aina merapatkan mereka dalam sedar tak sedar. Namun hanya kerana sepatah kata 'tidak' itu, hala tuju mereka tidak selari. Dengan masa, manusia berubah. Apatah lagi apabila melibatkan rasa yang tak keruan di hati. Yang ceria mula memendam rasa, yang beku mula menabur rindu pada bintang di langit.
Namun, mampukah rindu itu berkembang mekar dengan cinta? Apabila rasa yang dipendam itu terlalu dalam untuk diberikan penawarnya?
MENYELUSURI KEMATANGAN DUA INSAN DALAM FIR & ANNE, PENULIS MEMBUAI DAN MELAMBUNG PERASAAN PEMBACA BAGAI DALAM PELAYARAN DI LAUT LEPAS.
... Kupetik bintang-bintang - Kenny, Remy & Martin ...
No comments:
Post a Comment