Di Atas Sayap-Sayap Malaikat





Penulis   :  Hana Ilhami
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni Sdn Bhd

Bilangan Mukasurat : 581   
Tarikh Terbitan : Sept 2016
ISBN : 978-967-469-023-6   
Rating : 



Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 6 penulis favourite aku ni selepas  Ya Maulana, Perempuan Lindungan Kaabah, Membakar Syurga Mengguyur Neraka, Bidadari Bermata Jeli dan Tebus

ما شاء اللهApa yang dapat aku coretkan, kisah ini memang S.U.P.E.R.B. bukan sahaja buat aku sedih dan sebak malah penuh kejutan. Tahniah di atas keberanian penulis mendedahkan isu yang agak berat iaitu tentang siapa Yahudi siapa Zionis, konspirasi Iluminati, kisah di Iraq dan Islam di bumi Swiss. Banyak ilmu yang dapat aku pelajari tentang Islam, agama Nasrani dan Yahudi dalam kisah ini.


Bacalah anda pasti akan merasai debaran dan gelodaknya dan akan sama-sama merasai permasalahan yang dihadapi oleh Ustaz Naim dan watak-watak yang lain dalam kisah ini. Walaupun aku agak kecewa dan terkejut dengan akhiran kisah di antara Ustaz Naim dan Miriam. Namun, siapalah kita untuk mempertikai takdir ALLAH swt ke atas hambaNya. Jangan pernah lupa kerana ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
 

Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada pembaca di luar sana.
    


T.E.R.B.A.I.K.

Sinopsis

    
Madrasah Darul Uloom Al-Haniffa semakin terkenal di bumi Swiss. Ustaz Naim menggalas tanggungjawab memperluaskan syiar Islam di sana. Segalanya berjalan lancar sehinggalah penemuan nota-nota di tembok batu di hadapan madrasah, menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tanpa Ustaz Naim sedari, perkembangan Darul Uloom tidak disenangi oleh pihak tertentu. Kemunculan Miriam dan Nadine, semakin menghuru-harakan hidup Ustaz Naim. 


MIRIAM, seorang remaja berbangsa Yahudi sering berkunjung ke Darul Uloom kerana ingin mengetahui tentang Islam serta mempelajari seni khat dari Ustaz Naim. Meskipun ditentang keras oleh ibunya, Darul Uloom tetap dijejaki kerana Miriam sebenarnymilitangjatuh hati terhadap tenaga pengajar itu.

“Hampir setiap hari saya meneropong ustaz dari rumah saya. Sebab itulah saya dapat lukis wajah ustaz.” - Miriam

 
Namun kedatangan Miriam telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Beberapa orang penghuni Darul Uloom tidak menyukai kedatangannya. Ustaz Naim mulai dipandang serong.


NADINE, seorang penari kelab yang begitu agresif. Kemunculannya membuatkan ketenteraman hati Ustaz Naim sering terganggu. Wanita itu bukan sekadar menggoda, malah dia turut membuat provokasi terhadap Islam. Namun kerenah Nadine ditangani dengan penuh kesabaran meskipun adakalanya sangat menyesakkan jiwa. 



 




Wanita yang menyembur pewangi dan menayang tubuhnya untuk memikat hati lelaki merupakan wanita yang tiada keyakinan diri. – Ustaz Naim

 









"Kau menghina aku?" - Nadine

Tidak. Saya sekadar mengingatkan. Sarungkan kembali jaket kamu. Kamu akan lebih dihormati jika kamu menghormati diri kamu sendiriUstaz Naim

Hanya kerana sebuah lukisan wajah Ustaz Naim yang dilakar oleh Miriam ditemui pada mayat seorang remaja punk, Ustaz Naim menjadi suspek utama. Dia bukan sahaja disyaki membunuh, bahkan Darul Uloom turut dituduh sebagai markas militan Islam. Demi keselamatan Darul Uloom dan para pelajarnya, Ustaz Naim terpaksa bertindak.


"Kamu semua penuntut ilmu, jadi kenapa kamu mahu perlu berasa takut sedangkan para malaikat sentiasa bersma kamu?" - Ustaz Naim

Mampukah Ustaz Naim membersihkan namanya sekali gus mempertahankan Darul Uloom? Siapakah sebenarnya dalang yang cuba menghancurkan Darul Uloom? Bagaimana pula dengan kedua-dua wanita ahli kitab yang muncul dalam hidup Ustaz Naim? Ikhlaskah cinta kedua-duanya atau sebenarnya mereka mempunyai agenda yang tersendiri?


... Thank You Allah - Maher Zain ...





Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-



Khat bukanlah lukisan tapi ia satu seni penulisan

Menyimpan memori silam yang pahit adalah lebih berharga daripada tak punya apa-apa memori

Allah berkuasa, makhluk tidak ada kuasa

Orang mukmin memandu nafsunya dengan akal dan iman

Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) antara dia dengan Allah

Kubur itu satu taman dari taman-taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Imam Muslim
Hak orang Islam atas orang Islam itu ada 6 perkara :-
i. Apabila bertemu hendaklah diucapkan salam
ii. Apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan
iii. Apabila dia meminta nasihat hendaklah memberi nasihat
iv. Apabila dia bersin dengan memuji Allah hendaklah mohonkan rahmat buatnya
v. Apabila dia sakit hendaklah ziarahi
vi. Apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahnya ke kubur


Doa tanpa usaha adalah bohong dan usaha tanpa doa adalah sombong


Tabarruj itu bermaksud berhias yang berlebih-lebihan dan ia menjadi haram apabila dipertontonkan kepada bukan mahram

Kata Imam Ghazali, ilmu tanpa amal adalah gila 
dan amalan tanpa ilmu adalah sia-sia



No comments:

Post a Comment