Penulis : RodieR
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 564
Tarikh Terbitan : April 2014
ISBN : 978-967-0508-58-0
Rating : ★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah dengan izin-NYA, ini adalah buku ke 3 aku baca selepas Nyanyian Hati dan One Fine Day.
Secara peribadi, cerita penulis ini nampak sempoi dan biasa-biasa je kisah tentang dua orang pelajar jurusan perubatan Khairul Fairuz Muhammad (Cooper) dan farmasi Amilia Aisya Abdul Aziz (Mia) yang menjalin persahabatan di kampus Universiti Uitm. Persahabatan mereka terputus setelah Cooper mencurahkan rasa hati kepada Mia melalui surat. Tanpa pengetahuan Mia, Cooper terlibat dalam kemalangan kereta dan hilang ingatan. Selepas lima tahun mereka bertemu semula setelah masing-masing memulakan karier di sebuah hospital di Terengganu. Baru aku tau rupanya Mia ni adik kepada Iskandar dalam kisah Nyanyian Hati tu. Macam nilah gayanye bila doktor bertemu jodoh dengan farmasi kan kan kan...
Peribahasa ada menyebut 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku pelajari melalui kisah ini. Terselit pengajaran yang bukan hanya dapat mendidik malah boleh menyedarkan dan mengajak pembaca untuk sama-sama spot check dan muhasabah diri agar sentiasa menjaga tutur kata. Baca karya penulis ni buat aku rasa macam baca karya hlovate la pulak. Jangan marah ye cik penulis he he he.
Sinopsis
Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak berdaya lagi menahan perasaannya sendiri?
Dalam tenang yang lama dicarinya, Khair datang mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama? Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?
... Say Goodbye - S Club 7 ...
Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
Menuntut ilmu adalah takwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad ~ (Al-Ghazali)
One good thing will lead to another
... Have you ever - S Club 7 ...
... Have you ever - S Club 7 ...
No comments:
Post a Comment