“ The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.” ― Dr. Seuss
Antologi Cinta Dia 2
Penulis : Hezzy Azra, Lynn Dayana
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Poreng Kertas
Bilangan Mukasurat : 326
Tarikh Terbitan : 2017
ISBN : 978-967-14313-3-7
Rating : ★★
Ulasan :
Ini adalah sambungan buku Antologi Cinta Dia. Tapi buku ke 2 ni hanya ada sambungan cerita daripada 2 penulis je tau.
Secara keseluruhan, aku puas hati dengan kisah pertama sambungan kisah EJ nih. Alhamdulillah akhirnya bersatu jugak Edrina Julia (EJ) dan Tengku Azril (Ku Ril). Cuma cerita kali ni aku rasa agak kurang rencah dan kurang ummphh daripada yang pertama. Dalam beberapa jam aku dah boleh habis baca cerita ni tau sebab perjalanan ceritanya pendek je dan takde pusing sana sini. Kiranya camne yek nak tulis....takde T.H.R.I.L.L. sorry sis writer cause I'm expecting more than this he he he.
Kisah kedua ni pulak aku agak kechewa sebab aku harapkan ada lagi kisah Ai & Chairyl yang lebih kebabom <sigh> tapi takde. Kisah Benz pulak yang ada aduhai aku tidak dapat nak hadap dengan lebih bersungguh. Bukan apa mungkin aku je kot yang tak boleh nak terima kisah Benz dengan Emma nih....tak menangkap hati akak ni dek.
Lepas ni korang kena buat cerita lagi kebabom tau he he.
Sinopsis
Marry Ku Ril? - Hezzy Azra
Selepas terlucutnya status isteri, Edrina Julia tak mahu fikir soal jodoh lagi. Biarlah dia bersendiriran buat sementara waktu. Tapi, Taj Ghazi tetap merayu.
Taj : I want you back, EJ...so badly!
Edrina lelah. Tiba-tiba hadir pula Tengku Azril a.k.a Ku Ril dengan gurauan berbaur lamaran.
Tengku Azril : Kalau you tak nak kahwin semula dengan ex you tu..kahwin dengan I. That will end your headache!
Marry Ku Ril? Semudah itu? Mungkin dia boleh menjadi isteri Ku Ril. Tetapi mampukah dia menyaingi Jane di mata anak-anak Ku Ril?
Aku Bukan Dewa - Lynn Dayana
Benz : Cuma mahu kamu. Tapi...titahku tiada kuasa
Aku bukan dewa. Aku manusia paling tidak sempurna.
Antara kita ada mimpi yang sukar jadi nyata.
Emma : Benci? Tidak juga. Kasih? Itu perkara gila.
Bagaimana kalau orang yang kau suka, sama skala dengan orang yang kau mahu benam pisau berkilat tepat di jantungnya?
"Kau, Emmalin Kesuma...berjodoh dengan Benjamin Iskandar? Boom! Merkuri! Titanium! Nuklear! Hancur, hancur, hancur!"
Habis tu, macam mana? Hati seperti terpateri namun jasad tak mahu kompromi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment