Penulis : Melur Jelita, Tiffirah
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Anggun Melor
Bilangan Mukasurat : 400
Tarikh Terbitan : September 2020
ISBN : 978-967-18449-20-8
Rating : ★★★
Ulasan :
الحَمْد لله dengan izinNYA aku telah diberi
kesempatan lagi untuk bedah siasat sambungan karya ke 2 penulis favourite
aku ni selepas Mikayla.
Sebenarnya karya ni telah disambung dan diterbitkan oleh anak arwah Melur Jelita selepas hampir dua tahun arwah kembali bertemu Ilahi. Tahniah cik penulis, cerita anda memang menarik dan berjaya menyempurnakan karya ini hingga ke noktah terakhir. Aku
suka dengan teknik penceritaan yang dipaparkan dalam sambungan kisah Mikayla ini. Terubat segala rindu bila semua watak yang ada dalam karya MJ dipertemukan semula di dalam karya akhir ini.
Apa yang dapat aku coretkan, kisah ini bukan sahaja buat aku sedih dan sebak kerana inilah karya terakhir arwah. Tetapi yang pasti aku akan merindui karya magis arwah MELUR JELITA. Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin aamiin ya rabbal alamin.
Diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi
manfaat kepada kita semua.
Sinopsis
Kejarlah aku. Aku menuju ke arah mu.
HARDI-E. AR RAHMAN
"Saya minta maaf."
"Orang yang lemah akan berdendam. Orang yang kuat akan memaafkan."
WAN ADRA MIKAYLA
“Orang yang suci hatinya tidak peduli. Kerana sibuk mencari ikhlas.”
“Awak tau... saya tak peduli... Saya tak pernah pedulikan awak atau sesiapa pun" Goresan di hati Hardie menitiskan darah lukanya. Tap... tap... tap... Selama ini Mikayla tidak pernah pedulikannya. Ada ke tidak ada... sama sahaja. Kemaafan yang dicarinya selama ini... ternyata tidak pernah ada. Dia tidak bererti apa-apa kepada Mikayla. Ternyata... Hakikat ini lebih memedihkan daripada cinta yang tertolak. Hakikat.
No comments:
Post a Comment