Penulis : AK Raffhan
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Gobok Aksara Enterprise
Bilangan Mukasurat : 562 (ebook)
Tarikh Terbitan : Dis 2025
Rating : ★★★
الحَمْد لله dengan izinNYA, pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan.
Kisah Tya Milia dan Mikail ni nampak macam cliche
je, kisah dua orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin dan terdera perasaan yang tak nak mengaku dan luahkan rasa hati masing-masing. Seperti perigi cari timba begitulah sikap tak tahu malu si Tya ni yang tergila-gilakan dan sering mengejar si Mikail ni walaupun Mikail tunjuk perangai kasar dan tak pernah tunjuk suka pada si Tya ni. Biasa tak dengar pesanan
orang tua-tua dahulu, 'jangan benci sangat nanti jadi sayang'.
Haa... biasalah orang muda ni mana nak dengar kan,
kalau dah tak suka tu semakin tinggilah ego masing-masing. Itulah pasal, mula-mula tak suka, lama-lama jadi suka dan timbul rasa sayang pulak kan he he he.
Inilah asam garam dan antara dugaan hidup suami isteri ye he he. Walaupun kisah ni pendek dan santai je, namun berjaya mainkan emosi aku jugak. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah sempoi diorang ni.
Semga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye.
Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
p/s : Rasanya lepas ni aku kena selongkar karya-karya penulis ni yang lain pula.
Sinopsis
Tya sukakan Mikail? ✅
Mikail sukakan Tya? ❌
Namun entah mengapa bila dengar Tya akan dinikahkan, Mikail gundah gulana. Kelam-kabut minta nenek pinangkan Tya untuknya.
Hairan.
Tak suka tapi masuk meminang. Kasihan pada Tya agaknya sebab malam itu
Tya teresak-esak mengadu, tak mahu berkahwin dengan orang tua.
Lagaknya seperti superhero. Tapi mana mungkin Tya nak percaya.
Mikail sukakan Tya? Hurm, mustahil.
Ayah paksa Mikail menikahinya? Boleh jadi.
Bagaimana
agaknya kisah Tya yang menyangka Mikail menikahinya kerana terpaksa?
Mampukah Mikail membetulkan salah faham yang berlaku?

No comments:
Post a Comment