Permaisuri Hati


 


Penulis   :  Izz Jaja      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  LoveNovel Enterprise
Bilangan Mukasurat : 579
Tarikh Terbitan : 1994  
eISBN :  978-967-0907-36-9 
Rating :  
 
       
 

 


Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih diberi kesempatan untuk bedah siasat karya pertama penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah ketabahan Amalina ni berjaya menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Pernikahan pertamanya musnah setelah suami yang dicintai sejak zaman sekolah curang dan berzina di hadapan matanya sendiri setelah dia tidak dapat hamil lagi setelah kelahiran anak sulung mereka. Pernikahan kedua pula dengan Dato Rafael duda dan mempunyai seorang anak perempuan juga diuji dan dituduh sebagai penyebab kematian anak tirinya pula.

Cumanya, kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he. Terlalu banyak ayat-ayat English dah macam baca novel inggeris la pulak... Jujur, aku tidak boleh masuk dengan watak Rafael ni.

Ada mutiara ilmu rumahtangga dan kekeluargaan yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
 

 

 
Sinopsis   

  
Bahagia di dalam dada ini hanya Tuhan yang tahu ertinya. Kasih ini untukmu, namun aku terkedu tatkala manisnya cinta yang aku berikan, kau balas dengan segala keperitan.

“… dulu saya anggap cinta itu manis dan mendamaikan, tetapi sekarang cinta itu hanya sesuatu yang melukakan bagi saya.” – Amalina Bashira

NIZAM… Aku tidak pernah mengerti di mana silapku, sehingga begitu tegar kau melafazkan kata perpisahan. Tidak cukupkah cinta yang kita bina bertahun lama? Tapi... tidak! Kesalahan bukan daripada pihakku. Aku juga bukan bodoh. Kerana itu, tidak mungkin aku mengalah. Aku akan terus mendongak ke atas, mencari sejalur sinar bahagia di langit Tuhan.

“Dulu abang cintai Lina. Lina dekat tapi abang jauhkan diri. Mungkin karma. Sekarang abang masih cintakan Lina. Walaupun dekat, terlalu jauh untuk abang capai.” - Nizam

RAFAEL HAMDANI... Kehadiranmu mendamaikan hati. Engkau bagaikan hembusan-hembusan cinta yang membangkitkan semangat. Engkau di sisi saat sakit di dada ini belum padam sepenuhnya. Aku juga ingin merawat luka dan pedih di hatimu. Apakah engkau sudi menggenggam tanganku, bersama-sama berlari mengejar cinta?

“… mungkin I tak sehebat lelaki impian you, I mungkin bukan lelaki yang selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you, tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk memenangi hati you…” - Rafael

ZAHID... Aku tidak pernah mengenali dirimu. Jauh sekali mendambakan kasih sayangmu. Aku tidak tahu sejak bila engkau mencintaiku dalam diam. Sungguh, aku hargai perasaanmu. Tapi maaf, kita tidak mungkin bersama. Aku sudah punya dia... dia yang sangat mengerti hatiku.

“Hati I tetap pilih you. Kalau you masih tak bersedia, I boleh tunggu Lina. Just give me a little hope.” - Zahid

Aku wanita biasa, namun antara ketiga-tiga lelaki ini, aku hanya ingin menjadi permaisuri hati untuk seorang sahaja…

 

 

 

No comments:

Post a Comment