Indah Cintaku

 


Penulis   :  Msroses  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Orabook Publication
Bilangan Mukasurat : 472
Tarikh Terbitan : Mei 2025  
ISBN :  978-629-99485-0-6 
Rating :

 


الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya kedua penulis ini selepas Cinta Tak Bersyarat.

Ini kisah tentang Yana (Dayana Aleesa) yang sewaktu berumur 6 tahun main kahwin-kahwin dengan Abang Iz (Izhan Hakimi), abang sepupunya sendiri. Siapa sangka setelah dewasa, mereka akhirnya dijodohkan bersama ha ha ha...

Aku pun tidak pernah terfikir akan kahwin dengan sepupu sendiri. Hubungan sepupu ni dah lah rapat dan dah macam adik-beradik juga. Jadi, memang akan rasa janggal jika kita kahwin dengan sepupu sendiri. 

Kisah Yana dan Abang Iz ni memang kelakar dan memang berjaya buat aku ketawa dan tersengih jer hilang stress dalam kepala aku ni ha ha ha. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya. 

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Banyak mutiara ilmu rumahtangga, nasihat, doa dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah santai diorang ni. Sebuah karya yang sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.

Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 


Sinopsis

"Saya terima nikahnya Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebatang coki-coki."

Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri.

Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala je nanti.

"Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa

"Okay." - Izhan Hakimi

"Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz. Bukannya ibu dengan maklong tahu pun." - Dayana Aleesa

"Okay." - Izhan Hakimi


Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap.

Namun, selepas akad sudah terlafaz...

"Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi


Eh? Kenapa lain pula ceritanya?

Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

 

 

... lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia - Noraniza Idris ...

 


 

 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


"Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut-Mu. Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuan-Mu dan aku memohon dengan kemurahan-Mu, Tuhan yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi."

"Ya Allah, jika menurut pendapat-Mu, berkahwin dengannya memberi kebaikan bagiku, untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku."

"Namun, jika menurut pengetahuan-Mu, ia memberi keburukan bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka kumohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Dan jadikanlah aku orang yang reda atas anugerah-Mu."

"Wahai para remaja, barang siapa di antara kalian telah mampu berkahwin, berkahwinlah. Sesungguhnya dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa dapat menjadi benteng baginya."

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Suasana dan keadaan rumah tangga yang mawaddah war-rahmah tentu saja tidak datang dengan begitu mudah. Syarat untuk berupaya mencapai mawaddah war-rahmah, salah satunya adalah, hendaknya suami isteri itu saling melindungi, saling melengkapi dan menutupi kekurangan pasangan masing-masing."

"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah."

"Sebaik-baik harta seorang lelaki adalah isteri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi, si isteri ini akan menjaga dirinya."

"Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih serta dukacita ataupun kecemasan, daripada rasa lemah serta kelemahan, daripada kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban hutang serta tekanan orang-orang jahat."

Hasbunallah wani'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir

Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung

 

Allahumma'jurni fii musibati, wa akhlifli khairan minha

"Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini, berilah ganti yang lebih baik daripadanya."

 "Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir." ~ Surah Ar-Rum : a21

 

 

 

 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 

 

 

Beast And The Beauty




 

Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Blogijau Enterprise
Bilangan Mukasurat : 422
Tarikh Terbitan : Mac 2023  
ISBN :  978-967-14261-3-5 
Rating :

 

 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 20 penulis hebat ini selepas Jiwa, Sugar? Yes Please, Hurt, Checkmate, Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Kisah Benjamin dan Sufi ini menyedarkan aku tentang qada' dan qadar Tuhan. Mereka bertemu dan dianugerahkan oleh ALLAH rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka.  Setiap rasa kasih dan cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu pasti akan diuji sama ada kita bersedia atau tidak. Hanya kasih sayang yang berpaksikan iman yang kuat mampu menghadapi segala dugaan yang datang.

Tiada siapa pun yang boleh menerima dan jatuh kasih kepada orang yang pernah menyakiti dan hampir membunuh kita. Namun, ini yang terjadi kepada Sufi ketika berusia 16 tahun dalam kejadian samun dan ditikam oleh seorang remaja lelaki hingga kehilangan buah pinggang. Setelah sedekad berlaku, mereka bertemu kembali di tempat kerja yang sama tanpa Sufi mengetahui Benjamin adalah pemuda yang ingin ditemui kembali dan adalah penderma buah pinggangnya.

Islam menyeru umatnya untuk menjauhi sifat dendam dan mengamalkan sikap saling memaafkan. Sifat dendam akan menjadikan jiwa seseorang itu keras dan kotor. Benci dan dendam hanya akan buat kita menyesal di kemudian hari, kerana kita tidak tahu bilakah penghujung hidup kita di dunia ini.

Benar, dendam tidak akan buat kita rasa bahagia dan tenang. Malah, dendam akan buat jiwa kita semakin keras, mati dan boleh memusnahkan diri sendiri. Kemaafan adalah dendam yang terbaik dan terindah. Tiada manusia di dunia ini yang tidak buat kesalahan dan kesilapan.

Memang bukan mudah untuk  memaafkan seseorang dan melupakan sesuatu yang pahit untuk dikenang. Dalam Al Quran disebut banyak kali supaya memaafkan orang lain kerana ia adalah sifat yang terpuji dan mulia. Jadi, cuba dan cuba untuk memaafkan kerana apabila kita maafkan orang lain, insya Allah akan dikurniakan ketenangan kepada kita dan moga kita termasuk dalam kalangan orang yang paling mulia disisiNYA.

Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "~ Surah Al Baqarah ayat 216.  

Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan di dunia ini dan tidak pernah lepas daripada dosa. Taubat itulah penghapus segala dosa. Kita jangan hanya pandai menuding jari, menyalahkan dan terus menghukum si pesalah tanpa memberi peluang kepada mereka membela diri. Setiap orang tidak sama ujian di dunia ni.

Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah sedih diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 

 

 

 

Sinopsis

Manusia akan rasa rimas bila dikongkong. Tapi, tidak pada Sufi. Dia rela. Rasa selesa dan selamat setelah apa yang terjadi sedekad yang lalu. Memori pahit yang cuba ditelan. Biarpun kini, ayah, mama dan Abang Johan mahu dia beranikan diri hadapi dunia, dia tetap menolak. Hingga satu hari, lelaki itu muncul di depannya. Kacak, segak, tenang dan misteri.

"Nak jawapan jujur ke tipu?" - JULIANA SUFIA
"Jawapan yang awak rasa senang nak bagitahu." - BENJAMIN
"Jujurnya, dia orang tak suka saya..." - JULIANA SUFIA
"Tak apalah. Janji saya suka awak, rasanya itu dah cukup kot..." - BENJAMIN


Benjamin buat dia berani berlari mengikut kemahuan hati demi cinta lelaki itu padanya. Sufi tersenyum bahagia sedangkan Benjamin sedang sarat mengusung duka angkara dosa yang tak pernah lelah menjejaki. Kerana ujian itu muncul pada saat dia berjanji untuk buat Sufi bahagia. Benjamin benar-benar perlu memilih dan yang menjadi pilihan adalah sesuatu yang buatkan hati sendiri lebur.

"Perasaan saya pada awak, adalah satu kesilapan..." - BENJAMIN


Di mana silapnya? Itu yang menjadi persoalan. Sakit sekarang, lebih perit daripada sakit yang dulu biarpun tiada darah yang mengalir. Sufi nekad untuk tinggalkan segalanya di belakang tapi mana mampu dia pergi bila dia tahu sebabnya Benjamin menjauh.

Yang lalu, biar saja berlalu. Itu yang mereka paterikan bersama. Namun sayang... yang diharapkan sukar menjadi kenyataan. Benjamin sekali lagi menyelamatkan nyawanya. Kini, nafas Benjamin di hujung helaan.

"Maaf, Sufi... terpaksa tinggalkan awak lagi sekali. Maafkan saya sebab pernah muncul sebagai seekor binatang ganas dalam hidup awak..." - BENJAMIN

 
Sufi sekali lagi perlu menelan hakikat yang tak ubah seperti bara api.
"Awak okey?"
- JULIANA SUFIA

 
"Ada Sufi di sisi, tak okey pun jadi okey..." - BENJAMIN


Benjamin kembali? Tak. Itu hanya mimpinya. Bila dia buka mata, tiada Benjamin di sisi. Lelaki itu pergi bersama janji yang masih gagah dia usung untuk selamanya.

 

 

... lagu Mentari Hidup - Haikal ...

 


... lagu Semakin - Siti Sarah ...

 


 

 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 

 Maha pemilik hati... damaikan hati aku, Allah. Hidupkan hati ini untuk menyebut nama-Mu dan matikan hatiku dengan menyebut nama-Mu.

Tidak aku berharap hanya pada-Mu, Ya Allah.

Tidak aku bergantung selain hanya pada tali-Mu, Ya Allah.

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...