Sugar? Yes Please


 

Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 627
Tarikh Terbitan : Mei 2019  
ISBN :  978-967-469-127-1 
Rating :


 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 18 penulis hebat ini selepas Hurt, Checkmate, Luruh, Hati Yang Kau Pinjamkan,The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Syukur, akhirnya dapat jugak aku peluk buku ni setelah lama mencari. 

Pertemuan En Nel (Nik Emeriz Lufias) seorang barista dan Cik El (Edian Lufya) pelanggan yang selalu minum kopi di kedai Cafe Roma bermulanya perkenalan antara mereka. Kehidupan Cik El umpama patung bernyawa terpaksa menurut segala kehendak mama dan ayahnya. Walaupun kisah diorang ni agak sedih dengan ujian bertalu-talu dari awal hingga akhir cerita, tapi aku tetap mengharap bahagia jadi milik mereka. Syukur, aku tersangatlah gumbira dengan akhiran kisah ni yang memberi bahagia pada dua watak utama yang aku rasa mereka memang berhak diberi peluang untuk merasai bahagia.

Ya setiap orang itu tidak sama ujiannya di dunia ni. Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang itu menyesali kesilapannya untuk berubah. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu.   

Bahagia ini ada pada hati-hati yang redha dalam apa saja keadaannya dan sentiasa berdoa moga hati redha menerima segala ketentuan. 

Adakalanya, orang yang melalui masa lalu paling kelam akan menciptakan masa depan yang paling cerah ~ Umar Ibnu Al Khattab

Ada banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui watak Nel dan El ni. Aduhai, rasanya aku dah jatuh hati berguling-guling dengan watak Nel ni tau, mana nak cari suami seperti Nel ni ye he he he... Setiap wanita bergelar isteri pastinya mendambakan suami seperti Nel ni tau. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai inspirasi, teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Edian. Dia akur atas segala kehendak orang tuanya walaupun jiwanya terseksa. Dia umpama patung bernyawa, yang punya hati namun tak mampu menyatakan tidak. Dia cuba mencintai Haikal walau dirinya kosong tanpa secalit perasaan.

Hingga Nel muncul. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.

 


“Apa kata saya ponteng hari ni?” - Nel

“Nanti kena buang kerja…” - Edian

“Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak…” - Nel


Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.

“Saya tak patut dekati awak. Meninggalkan luka di hati lelaki sebaik awak…” - Edian

“Silap tu, Cik El. Saya yang dekati awak. Gamaknya, kejahatan itu masih ada dalam hati saya sebab tu Tuhan tak benarkan saya miliki gadis sebaik awak.” - Nel


Ya. Itu kenyataan. Pandangan mata kasar hanya nampak yang terzahir. Yang disembunyi, tiada siapa tahu. Nel, punya sejarah tersendiri; yang dia tahu, akan menjadi senjata dan menghunus padanya satu hari nanti.


“Ini kali terakhir awak adalah Cik El pada saya. Antara kita, tak ada lagi Nel dan El. Maafkan saya… bukan niat mahu rosakkan saat-saat akhir…” - Nel


“Sementara saya masih dekat sini, boleh saya minta sesuatu?” - Edian

“Saya risau apa yang awak minta tu, tak dapat saya berikan…” - Nel

“Anggap ajelah saya minta hadiah kahwin daripada lelaki yang satu-satunya berjaya tembus ke dalam hati saya…” - Edian


Permintaan Edian nampak ringan. Menunaikan… Cukup berat. Dia mencintai Edian bukan dengan syarat wanita itu menjadi miliknya. Cukuplah Edian bahagia. Kerana keadaan begitu mendesak dan yakin; ini yang telah takdir aturkan, Nel tekad untuk nikahi Zahlia hanya kerana janji yang Edian akan bahagia dengan Haikal. Mereka akan ke jinjang pelamin pada hari yang sama. Sayang, pengantinnya berbeza.

Bahagia itu ada pada hati yang reda. Tapi, memang sifat manusia. Menasihati itu mudah selama tidak terhantuk dahi sendiri. Bagaimana harus mereka telan kepahitan hari ini, demi manisnya hari esok; Sugar? menjadi jawapannya.

 

 

... lagu Hatiku Milikmu - Siti Nordiana ...

 


 ... lagu Sampai Mati - Hazama ...

 


 

 

 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...