Menanti Fajar Sidik




Penulis   :  Raihan Zaffya
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 569

Tarikh Terbitan : 2011
ISBN :  978-983-124-670-2
Rating : ★★★★








 Ulasan :



Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA aku telah diberi kesempatan lagi dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya yang sungguh hebat ini.  Ini adalah karya ketiga penulis hebat ini yang telah kubaca selepas Rindu SyahadahMU dan Aku Cantik.  Karya hebat ini boleh di kategorikan sebagai novel tarbiah dan kisah ini boleh dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran kepada pembaca terutamanya adik-adik manis di luar sana. Seperti dua karya yang terdahulu pernah kubaca, tema dan persoalan karya hebat ini juga menyingkap kisah pilu tentang seorang gadis lemah yang telah menjadi mangsa keadaan kerakusan nafsu akibat pengambilan arak dan jauh dari pegangan agama. Selain itu juga, ia memperlihat kepada pembaca bagaimana kesan kejadian tersebut kepada mangsa dan pelakunya. Bagaimana pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan ini dan anak yang dilahirkan tidak sah taraf. Adakah masih ada peluang kedua untuk mereka membetulkan segala kesilapan dan menyesali segala perbuatan. Secara peribadi, kisah ini banyak memberi ilmu dan pengajaran kepadaku. Semoga kita dapat mencontohi dan menjadi seperti srikandi Islam hebat seperti Sumayyah, Rabiah Al-Adawiyah, Masyitah dan ramai lagi. Oleh itu, cuba selami dan hayati secebis kisah ini dengan mata  hati dan mata akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperoleh dari karya penulis hebat ini insya ALLAH.


 
Sinopsis

 




 


Mia Sakinah - Mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga sdetegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya yang kecil. Hidupnya penuh ranjau dan duka. Ketentuan TUHAN memang tidak pernah terduga. Kehidupan biarpun pahit masih perlu diteruskan.

 

Danny - Dia tercari-cari 'jalan pulang'. Dosa-dosa lalu menghantuinya. Pada ILAHI dia mohon keampunan. Dia memulakan kembara menjejak sekeping hati yang telah dilukai. Niatnya hanya satu, kemaafan. Dia ingin mengembalikan harga diri yang telah tercalar.

 
Dapatkah niat Mia Sakinah dan Danny bersatu ? MENANTI FAJAR SIDIK jawapan kepada segala-galanya.








 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


" Apa yang ALLAH dah tentukan adalah yang terbaik buat hambaNYA. Di situ ada rahsia yang tersembunyi. Di situ juga adanya hikmah yang mana kita sebagai manusia sukar untuk memahaminya "

"... Maha Suci ENGKAU ya ALLAH, peliharalah hambaMU dari panahan jahat. Jauhkanlah aku dari kebencianMU. Kerana ENGKAU Maha Mengetahui di atas segala-galanya..."

" ALLAH akan selalu timpakan ujian untuk orang-orang yang DIA sayang "

" Orang yang kuat adalah orang yang menguasai jiwanya ketika marah. Tidak sesekali dia menyerahkan kepada hawa nafsu dan bisikan syaitan. Marah untuk mempertahankan diri, kehormatan dan agama adalah dituntut. Tapi bila datangnya bersama permainan syaitan, jauhilah. Syaitan itu diciptakan daripada api, maka padamkanlah dengan air. Berwuduklah dan berlindung kepada ALLAH SWT "

" Jika ALLAH sayang seorang insan, DIA akan terus menguji. Biarpun berat di mata manusia, namun ada seribu satu hikmah yang tersembunyi "

" Kita tak tahu rahsia ALLAH. kadang-kadang sesuatu itu diberi bukan sebab kita berdosa. Kadang-kadang juga, dosa-dosa masa lalu kita akan terbeban pada bahu anak cucu kita "

" Perempuan itu racun dan fitnah dunia jika hanya melakukan kerosakan dan tidak berbuat kebaikan. Sementara mereka akan menjadi perhiasan dunia yang paling indah andainya menjadi muslimah solehah "





Jauh Kau Pergi




Penulis   :  Dhiya Zafira
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction/Cinta
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 520
Tarikh Terbitan : 2010
ISBN :  978-983-124-569-9
Rating : ★★★+





 


Ulasan :


Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan dan terpanggil untuk membaca dan menghayati karya pertama penulis ini yang baru sahaja aku kenali dan baca. Buku ini sebenarnya telah lama aku cari tapi dah out of stock, entah macamana cari punya cari terjumpa blog penulis cuba email dan dapat balasan dari penulis ni. Akhirnya dapat kubeli secara terus dari penulis siap dapat autograph lagi tau. Secara peribadi aku suka dengan tema thriller disulam dengan unsur romantis dalam karya ini. Pada awal jalan cerita karya ini aku memang tidak berapa nak faham dan buat aku tertanya-tanya siapa watak utama dalam karya ini adakah Haiyan Rifqi (Rif) atau Afiqah Najwa (Afi), siapa Cougar dan apakah yang telah berlaku kepada abang kembar Afi iaitu Kapten Najmi Hariri (Jimmy). Tetapi bila dah baca sampai habis baru aku faham keseluruhan kisah ini. Ternyata kisah ini menarik juga dan cerita ini memang buat aku jatuh hati tahap MAKSIMA dengan komando ...


Sinopsis


Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan? 

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?


Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Dhiya Zafira   





Biarkan Ia Pergi




Penulis   :  Liza Nur
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction/Cinta
Penerbit  :  Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 583
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN :  978-967-5234-74-3
Rating :  

 

Ulasan :

Alhamdulillah syukur kerana dengan izinNYA aku masih bernafas dan di beri peluang "menyelongkar" karya kedua penulis yang baru sahaja aku kenali ini dan telah pun menjadi penulis favorite aku. Sebenarnya buku ini  telah pun berada di tanganku sejak beberapa bulan yang lalu, namun atas faktor tuntutan harian baru kini dapat kuhadapnya. Seperti bukunya yang pertama kubaca Bukan Salahku, karya ini juga mempunyai tema sedih yang hampir sama dan amat meruntun jiwaku sehingga meninggalkan parut dihati ini. Membaca setiap baris ayat dalam keseluruhan karya ini memang membuatkan aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar, membuatkan aku jadi sesak nafas, bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada. Penulis hebat ini telah berjaya memaparkan dan berkongsi suatu kisah realiti kehidupan yang begitu pilu dan sungguh menyayat hatiku ini. Bayangkan jika impian untuk mendapat kebahagiaan bersama insan yang tercinta dan tersayang di sekeliling kita hilang diragut dalam sekelip mata, melenyapkan segala mimpi-mimpi indah yang pernah kita angankan dan kita terkapai-kapai seorang diri.

Aku rasa kisah ini juga memang sesuai sekali dijadikan sebagai pengajaran dan motivasi yang amat berguna kepada pembaca terutamanya kepada generasi muda dalam mengenal dan mengharungi kehidupan yang sebenarnya sebagai manusia di bumi ALLAH ini. Cerita tentang ketabahan dan kegigihan seorang gadis mangsa keadaan yang sarat dengan emosi ini sejujurnya mencengkam pelbagai rasa di hatiku ini sewaktu membaca karya ini dari awal hingga akhir. Watak Alissa membuatkan aku tersedar, termenung panjang dan berfikir lebih jauh akan setiap ujian dan penderitaan yang dihadapinya. Andainya aku berada ditempatnya, mampukah aku untuk mengharungi setiap dugaan sengsara seperti Alissa ? Tabahkah aku menerima takdir yang sebegini hebat ? Dapatkah aku bertahan dengan segala cercaan dan hinaan manusia di sekelilingku? Ketulusan dan pengorbanan kasih Zaq dalam karya ini pasti menjadi dambaan bukan sahaja setiap gadis yang senasib seperti Alissa malah yang tidak senasib dengannya juga. Baca dan renung kisah CINTA SYAHDU HEBAT ini dengan mata hati dan mata akalmu nescaya banyak ilmu yang dapat diperolehi dari karya hebat ini. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku kepada kita itu ada nikmat dan hikmah yang tidak kita ketahui sebabnya. Hanya ALLAH yang mengetahui. Namun jangan kita mempersoalkannya dan terima segala ujian mendatang itu dengan redha dan berlapang dada. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmatNYA insya-ALLAH.   

Highly Recommended Book 

 

Sinopsis
 
Kisah tentang Alissa (Lis) pelajar di University of Adelaide yang telah menjadi mangsa keadaan yang tidak disengajakan. Alissa telah diculik dan dibawa ke sebuah motel semasa menghantar baju Fara rakan sebiliknya ke rumah sepupunya Elina. Hanya menyedari kesuciannya telah diragut setelah sedar dari lena. Alissa tidak tahu apa yang telah berlaku kepadanya, mengapa dan siapakah yang bertanggungjawab. Zaquan Zachery Antasya (Zaq) pelajar di La Trobe University di Melbourne telah mendapat berita abangnya Aidil Aqasha telah dimasukkan ke ICU di Adelaide Central Hospital atas cubaan bunuh diri setelah ditinggalkan oleh teman wanitanya, Elina. Zaq naik berang dan begitu marah sehinggakan bertekad untuk membuat perhitungan dan mencari Elina. Zaq telah bertemu dengan rakan sekolahnya Badry dan Fara bekas teman wanita sahabatnya Haris di kelab secara tidak sengaja dan Zaq telah terminum air minuman Fara yang mengandungi dadah didalamnya. Haris, rakan Zaq telah membuat rancangan menculik Elina supaya Zaq dapat bersemuka dengan teman wanita abangnya itu. Zaq telah bertemu Elina di motel dan hanya sedar setelah dikejutkan oleh Haris. 




Perancangan yang pada awalnya hanya untuk menakut-nakutkan Elina telah bertukar menjadi suatu tragedi hitam buat Zaq setelah menyedari dia telah meragut mahkota kesucian gadis yang bersamanya ketika dia dalam keadaan khayal dan tidak tahu apa yang telah dilakukannya. Zaq dan Haris terkejut bila dapat tahu gadis yang telah diculik dan bersama dengan Zaq pada malam itu sebenarnya bukanlah Elina setelah cuba bersemuka dengan Aqasha dan teman wanitanya Elina. Hidup Zaq jadi tidak keruan, menyesal dengan tindakannya dan tidak tentu arah mencari gadis misteri yang tidak berdosa itu dan bertekad untuk mencari sehingga kembali ke tanahair dengan bantuan Haris. Berita tentang Alissa yang telah dihalau oleh emak dan abahnya di kampung setelah hamil tidak melunturkan semangat dan harapan Zaq malah bertekad untuk terus mencari Alissa dan anaknya sehingga jumpa. 



Pada malam majlis syarikat papanya, Zaq telah terjumpa dengan seorang budak lelaki seirasnya bernama Ameen Zaquan dan telah menemukan Zaq dengan Alissa yang dicari selama lima tahun. Pertemuan tersebut telah merapatkan hubungan mereka dan Zaq telah melamar Alissa untuk menjadi isterinya yang sah. Namun pada malam majlis perkahwinan di rumah Zaq, Izani bekas teman lelaki Alissa telah membongkar segala rahsia yang disimpan oleh Zaq kepada Alissa. Pengakuan Zaq telah menyebabkan Alissa menjadi benci dan terlalu marah kerana telah ditipu sehingga menghalau Zaq keluar dari rumah. Zaq telah terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan teruk di kepala dan koma selama lebih setahun. Adakah Alissa dan Zaq akan bahagia bersama ? Jadi, kalau ingin tahu apakah yang terjadi seterusnya kepada Zaq dan Alissa, kena baca karya ini ye. Akhiran cerita yang sungguh syahdu dan memang tak puas aku baca buku ni dan rasa tak nak berhenti baca je tau he he.


 


Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-


" Albert Einstein pernah berkata, It's not that I am so smart, it's just that I stay with problems longer "

" Hidup ini tidak pernah kering dari dugaan dan cabaran. Manusia mesti berani berjuang untuk mendapat sesuatu yang diingini mereka "

" Kejayaan sebenarnya bukanlah apabila kita terus-menerus meraih kemenangan tetapi apabila kita tahu untuk bangun semula setiap kali kita jatuh tersungkur. Tak ada jalan singkat untuk berjaya "

" Hebat sungguh dugaan yang dihadiahkan Tuhan untuk menguji fitrah manusia. Kadang-kadang kita ada di atas dan adakalanya kita ada di bawah, macam pusingan roda "

" Ada 6 sebab manusia merintih tangis iaitu kegembiraan, kesakitan, penyesalan, kepiluan, ketakutan dan tindak balas elergi "

" Kadang-kadang kita terlupa betapa beruntungnya kita sampai kita lihat orang yang jauh lebih malang "

" Hidup ada hitam dan putihnya. Namun terpulang kepada seseorang itu untuk mengatur jalan, mengubah yang hitam kepada yang putih. Selagi nyawa dikandung badan, hidup ini perlu diteruskan jua. Biar perit. Biar sakit. Biar terdera hati nurani. Insya-Allah, ada hadiah yang tuhan janjikan untuk setiap kesabaran manusia "

" Masa itu bagaikan nyawa. Kalau masa itu emas, maknanya ia boleh dibeli. Tapi masa tak boleh kita beli, tak boleh diputar kembali, seumpama nyawa "

" Sejarah yang sudah terukir takkan dapat diubah "

" Dalam hidup ini keputusan terbahagi kepada dua. Satu, yang mampu kita pilih mengikut keinginan sendiri. Manakala yang satu lagi, keputusan yang tak mampu kita pilih tetapi terpaksa kita laksanakan yang diberi nama tanggungjawab. Namun tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita adakalanya bertukar kepada sesuatu yang kita ingini jika kita melaksanakannya dengan rela " 


...Kenny, Remy & Martin - Suratan atau Kebetulan ~ luahan hati Alissa...



...Sudirman - Merisik Khabar ~ luahan hati Zaq...



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Liza Nur    


  

Dia...Random Guy





Penulis   :  Farah Husain
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Cinta
Penerbit  :  Idea Kreatif Publication
Bilangan Mukasurat : 503
Tarikh Terbitan : June 2013
ISBN :  978-967-11925-0-4
Rating : ★★

 






 

Ulasan :


Pertama kali membaca karya penulis yang baru kukenali ini melalui eBook e-Sentral. Terdetik di hati nak 'bedah siasat' karya ini setelah terbaca beberapa comments yang mengujakan di Goodreads. Secara peribadi, aku rasa cerita dalam buku ini memang umpama 'lori gula terbalik' sebab memang ceritanya manis bergula belaka. Tema dan plot ceritanya memang cliche tak payah aku tulis kat sini berjela. Walaupun intipati karya ini agak kurang berjaya menambat hati aku dengan ayat-ayat dan aksi cintan-cintun yang melebih-lebih. Namun, memang ada juga mesej baik yang cuba disampaikan oleh penulis melalui cerita ini. Tetapi  karya ini memang tak boleh nak masuk dengan jiwa aku ni sebab ceritanya tidak seperti yang aku harapkan walaupun aku mengaku gambar hero cover depan buku ni memang mengancam.  




Sinopsis

Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu.

Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang.

Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung.

Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.

“You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina.

You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.

Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.

“You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar

“Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina

Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala.

Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari!

‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’.

Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?





Si Kolot Suamiku




Penulis   :  Fadzlyn Ridz
Negara   :  Malaysia    
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Cinta  
Penerbit  :  Love Novel
Bilangan Mukasurat : 693  
Tarikh Terbitan : May 2014  
ISBN : 978-967-0657-11-0  
Rating : ★★★ 
 

 






 
Ulasan :

Setelah terbaca komen daripada geng Goodreads, hati aku bagai ditarik-tarik untuk 'membedah siasat' karya ini. Oleh kerana terlalu sibuk dengan tuntutan harian, baru sekarang dapat kubelek setelah berbulan kuperam. Merupakan karya pertama yang kubaca daripada penulis yang baru kukenali. Pendapat peribadi, setelah habis kuhadap karya ini, aku rasa cerita dalam karya ini hampir sama dengan cerita Suami Yang KuBenci . Tema dan plot ceritanya memang cliche lebih kurang sama aje seperti lambakan cerita novel di pasaran sekarang, kahwin aturan keluarga antara dua darjat dan kemudian jatuh suka dan sayang selepas hidup bersama. Bila mula bahagia datang pulak ada je orang ketiga yang dengki nak porak perandakan rumahtangga mereka. Secara keseluruhan aku seronok baca karya ini dan memang menghiburkan. Aku paling suka dengan watak Tengku Raden Emranuddin (Kudin) yang sengal, kedekut dan suka menyakat Tengku Nur Edrina, isterinya dengan aksi nakal dan mencuit hati. Memang menggelikan hati dan boleh jadi bahan untuk hilangkan tekanan  he he he. Aku terpaksa buang satu bintang sebab terdapat beberapa kesilapan ayat yang tunggang terbalik arrrghh buat hilang mood aku dan kacau konsentrasi aku masa baca tau...Apa-apa pun memang seronok layan baca buku ni, terhibur dengan aksi watak Kudin dan Rina yang sempoi ni...


Sinopsis
 
“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!



Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?







Street Vendetta



Penulis   :  Mazni Aznita
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Cinta
Penerbit  :  Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 630
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN :978-967-5234-53-8
Rating : ★★★

 


 





Ulasan :


Percaya tak sebenarnya buku ini adalah karya ke 7 yang telah pun kubaca daripada penulis hebat yang telah menjadi penulis favourite aku ini. Tidak perlu aku cerita panjang lebar lagi sebab semua karya yang telah kubaca setakat ini memang tidak menghampakan dan memang puas hati TAHAP MAKSIMA. Pada mulanya aku tak berapa nak faham tajuk karya ini. Apa yang aku faham setelah aku selidik maksud Vendetta ini adalah suatu perbalahan atau pertengkaran yang panjang di antara dua pihak. Satu pihak akan cuba menyalahkan pihak lagi satu sebagai hukuman di atas perkara yang telah mereka lakukan. Jadi mungkin maksud tajuk karya ini adalah suatu perbalahan jalanan yang panjang di antara dua pihak yang saling menuding jari. Seperti karyanya terdahulu, karya ini juga  pasti akan menjentik pelbagai rasa yang berbeza di hati pembaca. Bertemakan tentang kisah kasih sayang yang diselitkan dengan unsur komedi dan thriller ini memang buat aku jadi tertanya-tanya dan buat andaian sendiri sepanjang pembacaanku dari awal hingga akhir muka surat. 

Unsur suspen dan penggunaan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir perjalanan cerita dalam karya ini memang berjaya membuatkan aku sentiasa dalam debaran dan buat aku tak sabar-sabar nak selak muka surat sebelah hingga akhir muka surat dan jadi begitu teruja nak tahu siapa sebenarnya Fakruzi dan apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada watak Kojie dalam karya ini. Memang buat aku tak senang hati nak habis baca buku ni tau...
Secara peribadi aku rasa karya ini agak kurang beri kepuasan kepada aku berbanding karya lain yang telah kubaca seperti Mencari Kiblat CintaLelaki Itu UntukkuCinta Bukan LaranganKasihku ArinaMungkin Nanti dan Venom Suria. Namun, aku memang tersangat suka dengan karya-karya penulis ini kerana setiap ceritanya memang UNIK dengan 1001 MISTERI kisah kekeluargaan penuh kasih sayang yang pastinya akan menarik aku masuk tenggelam ke dalam dasar ceritanya.
 



Sinopsis



Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. 



Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? 


Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas pajang. ~Kojie 

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti yang diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti. ~ Fakruzi

" Maafkan aku Kojie, kerana hanya baru sekarang aku cuba untuk mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku cuba untuk menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku. " ~ Anabella


Hayati kata-kata syahdu yang ditulis di dalam karya hebat ini :-


" Fitrah Alam ! Yang handsome dijeling, yang selekeh dijuling "

" Semua rumah di dunia ini cantik, tak kira rumah kayu atau rumah batu. Rumah papan atau rumah banglo. Yang penting hati penghuninya. Semua rumah akan jadi cantik jika hati penghuninya jugak cantik "

" Untuk terima sesuatu kebenaran, kita kena melihat dengan mata hati dan bukannya dengan mata kasar "



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...