Si Bakhil dengan Bunganya


 

Penulis   :  Liza Nur  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  novel Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 485
Tarikh Terbitan : 2025  
ISBN :  978-967-2858-83-6 
Rating :

 


 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 11 penulis hebat ini selepas Bukan Salahku, Biarkan Ia Pergi, Cinta Cash & Carry, Panggil Aku Kiah, Bridesmaid, Anggun Mikayla, Dalam Rintis Hujan, Setulus Khadeeja, Dhea Gadis Dreamer dan Bawah Payung Awan.

Ini kisah tentang hati yang tamak, dendam dan kemaafan dalam keluarga. Kisah Kekwa dan Baqi yang saling mempergunakan diri mereka demi untuk mencapai matlamat dendam masing-masing. Dalam pada mereka berpura-pura berlakon sebagai sepasang kekasih dan menidakkan rasa hati akhirnya mereka rasa sayang betul-betul dan mengaku dengan perasaan kasih dan sayang yang telah lama hadir dalam hati mereka. 

Biasa tak dengar kata orang tua-tua dahulu,  'jangan benci sangat nanti jadi sayang'. Haa kan dah kata... Tapi, biasalah orang muda ni mana nak mengaku kan, ego masing-masing tinggi melangit betul.

Cuma aku kurang puas hati dengan ending kisah diorang ni sebab tak diceritakan apa yang terjadi pada Abu Jalal yang jahat tuu... 

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.

Ada banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


 

Sinopsis

    
Takdir menemukan seorang jejaka bersifat bakhil, Baqi dengan Kekwa, seorang gadis ‘kekwat’, di bumi asing dalam kehidupan yang ralat untuk mereka tempuhi sendiri. Lantas mereka mencipta hubungan aneh yakni sahabat yang saling mempergunakan demi kepentingan diri masing-masing. 

Baqi hidup bertunjangkan misi untuk membalas dendam terhadap ayah saudaranya, Abu Jalal. Kekwa pula ada kisah hitam dan dendamnya yang tersendiri terhadap ibu tiri dan ayahnya. Baqi disuruh menggoda adik sepupu Kekwa, Orked untuk menghuru-harakan hubungannya dengan tunangnya, Uwais. Sebagai balasan, Kekwa pula bersetuju berlakon menjadi kekasih Baqi dan mengikutnya pulang ke ladang kelapa sawit untuk berperang dengan Abu Jalal.

Tanpa mereka sedari, dalam misi membalas dendam, mereka saling terjatuh hati antara satu sama lain. Bermulalah adegan gila menafikan gelodak di jiwa masing-masing. Kekwa yang takut untuk kehilangan lagi tidak ampuh menerima Baqi. Baqi pula terjerat antara rasa suka dan misinya. Saat nyawa jadi taruhan, perhubungan mereka terus teruji.

“Gunakan ajelah aku. Lepas tu buang aku. Macam yang orang lain buat. And trust me, Bakhil… Aku akan buat benda yang sama dengan kau.”- Kekwa

“Aku boleh pastikan apa yang kau nak adalah aku, hala tuju kau adalah pangkuan aku dan tempat tinggal kau adalah rumah aku. Tapi boleh tak kau jujur dengan perasaan kau?” – Baqi

CAPTION:

Saat si bakhil bertemu dengan gadis kekwat yang menghuru-harakan jiwanya ....

 

 ... lagu Tak Pernah Hilang - Amylea feat Kaer ...

 

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... 

 
 

 

 

R.I.R






Penulis   :  Nasz  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  HA Novels Publication
Bilangan Mukasurat : 422 (ebook)
Tarikh Terbitan : Jan 2025  
Rating : 


 


 


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 5 penulis hebat ini selepas Sweet Sour Revamp, Lazuardi, Karamel dan Sweet Sour.

Ini kisah sedih tentang Jezalin (Alin) seorang penghidap SLE (Sistemik Lupus Eeritematosus) atau LUPUS. Alin adalah anak angkat dan hubungan di antara Alin dan Rafa sebagai adik dan abang berubah selepas Alin terpaksa bernikah dengan Rafael Ibrahim Redza (Rafa/RIR) atas permintaan ibu angkatnya yang sakit tenat kanser saraf bagi menjaga hubungan Alin dengan Rafa dan bapa angkatnya.

Selepas kematian ibu angkatnya, Rafa telah pergi bekerja ke luar negara. Selepas menyambung pelajaran di Unimas, Alin telah menjauhkan dirinya hampir 9 tahun kerana tidak mahu bapa angkatnya En Redza dan Rafa tahu tentang penyakit yang dialaminya. Tambahan pula, abang angkatnya Rafa juga tidak pernah setuju dengan status pernikahan terpaksa mereka. Alin juga telah berjauh hati dengan kata-kata sinis yang telah diucapkan Rafa suatu ketika dulu.

Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan tergantung tiba-tiba dah tamat macam tu je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Terasa macam aku pulak yang kerja di pelantar minyak ni ha ha ha. Adoi, Cik Penulis memang suka 'mendera' jiwa dan raga aku je tau. Tolong sambung kisah diorang ni ya aku tak puas hati sungguh baca cerita tergantung nih. Ada banyak lagi persoalan yang tak terjawab lagi ni...tolong cepat sikit ya NASZ buat buku terus he he he.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis

Hidup Alin yang tenang tiba-tiba bermasalah bila Drilling Superintendant yang baru, masuk ke pejabat. Lelaki dari masa silamnya terus menghantui hidupnya dari hari pertama bertemu selepas sembilan tahun.

“Abang minta maaf. Abang tau abang tak patut cakap macam tu dulu. Masa tu abang muda, abang bodoh.” Rafa lepas nafas yang berat.

“Saya maafkan. Tak ada apa-apa lagi, kan? Saya nak keluar.” Masih tak ada perasaan. Rafa ingat hari raya ke nak minta-minta maaf?

Alin terus keluar. Air mata dia jatuh tapi cepat-cepat dilap.

Apakah yang menyebabkan Alin berjauh hati dari Rafa?

 

 

 ... lagu Masing-masing - Ernie Zakri ...

 

 

 ... lagu Kita - Forteen ...

 




 

 

Hati Yang Kau Pinjamkan


 


Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 386
Tarikh Terbitan : Julai 2022  
Rating : 

 

 


Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk membaca karya ke 14 penulis hebat ini selepas The Reason, Rapuh, Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Ini kisah Tuah Nur Khalifah seorang barista kerja buat kopi yang dermakan separuh daripada hatinya kepada Nik Khalifh seorang pesakit kanser hati yang tidak dikenalinya. Mereka bertemu dan dianugerahkan oleh ALLAH rasa kasih dan sayang dalam keadaan yang tidak mereka sangka. Tuah sembunyikan diri kerana tidak mahu Khalifh rasa kasih dan terhutang budi kepadanya.

Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Aku suka dengan akhiran kisah ni yang memberi bahagia pada dua watak utama yang aku rasa memang comel dan manis ini. Aku tersangatlah gumbira dengan happy ending cerita ini bila pencarian Khalifh berakhir dan dapat bersatu dengan separuh lagi pemilik cinta hatinya. 

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik untuk kita.

Ada banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh kita kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




Sinopsis

KATA ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi, melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu… dia perlu lakukan sesuatu.

“Saya tak nak dia bahayakan diri dia untuk lelaki asing macam saya…” – Nik Khalifh

“Kita yakin, bila dia buat keputusan tu… dia dah tak kesah dengan kemungkinan yang akan berlaku.” – Tuah Nur Khalifah

Khalifh telah meminta wanita asing itu ada di sisinya bila dia kembali membuka mata. Tapi sayang, wanita itu hilang begitu sahaja. Tanpa sempat dia lihat jelas wajahnya. Tak juga dia tahu namanya. Dia terus mencari. Dua orang yang berbeza. Seorang kawan yang dia cinta. Seorang lagi yang telah memberi separuh hati untuknya.

Bila hati yang satu saling menyeru dan mahu bersatu, mereka akhirnya bertemu. Tuah terus bersembunyi dalam terang. Khalifh pula, pertama kali memandang Tuah, dia telah jatuh cinta berkali-kali pada wanita ini. Namun, dia sepertinya terperangkap antara cinta dan budi.

Tuah pula hanya menyerah bila Khalifh akhirnya temui apa yang dicari. Dia menerima pinangan Fendy. Berharap Khalifh bahagia dengan sebahagian pemilik hatinya, Rozie.

“Walaupun kita tak akan ada depan awak nanti, kita nak awak tahu… kita sentiasa dekat dengan hati awak.” – Tuah Nur Khalifah

“Sejak pertama kali awak renung saya dan saya balas renungan awak tu… saya tahu, awak akan tinggal dalam hati saya. Selamanya.” – Nik Khalifh

Tuah Nur Khalifah rasakan dia tak temui jalan keluar dalam pagar sesat yang diciptanya sendiri. Nik Khalifh pula tekad untuk memiliki kedua-duanya. Tapi, apakah benar dia telah temui seseorang yang terus mahu bersembunyi?

 

 ... lagu Bertakhta Di Hati - Farahdhiya ...

 

 

... lagu Lelaki Ini - Anuar Zain ...

 



 

 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...