H.I.M


 

Penulis   :  Fazlyn Ridz      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Love Novel Publishing
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : November 2016  
e-ISBN :  978-967-2185-00-0 
Rating : 

 
 
 

 

Ulasan :
 
الحَمْد لله‎ dengan izinNYA aku telah diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 3 penulis ni 
selepas Janji Pada-Nya dan  Si Kolot Suamiku.

Kisah ini sebenarnya sambungan dari Janji Pada-Nya iaitu kisah anak Ariff aka Estaban dan Insyirah.

Walaupun kisah Afyra dan Fakhri ni nampak macam cliche je, kisah orang yang baru nak belajar bercinta lepas kena kahwin paksa tapi kisah diorang ni berjaya meninggalkan kesan mendalam dan mainkan emosi aku jugak. Seringkali kita anggap kahwin tanpa cinta tidak akan berjaya membina keluarga bahagia. Namun, kita terlupa semua yang berlaku itu adalah ketentuan dari Allah SWT. 

Banyak mutiara ilmu rumahtangga dan pengajaran yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni. Penulis berjaya menyampaikan mesej yang patut kita renung dan teladani.

Tahniah Cik Penulis. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana ye. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
Sinopsis   
  
NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain.

Takdir mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada keluarganya.Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti.

Dalam keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya. Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali. Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa.

AHMAD FAKHRI RIZAL... Adik tiri kepada Naquib. Ibu Fakhri adalah isteri kedua kepada ayah Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya. Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin teguh membina ikatan cinta bersama.

Sebaliknya, abang kandung dan ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri.

Fakri tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian. Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang merendah-rendahkannya.

Hero In A Million!

Dialah seorang lelaki istimewa di mata mentuanya. Hero kepada isteri dan anak-anaknya. Seorang sahabat kesayangan kepada sahabatnya. Juga seorang anak yang pemaaf kepada bapanya. Dia tidak sempurna. Namun lelaki seperti dia hanya ada satu dalam sejuta!

 

 ... lagu Bagaikan Puteri - Farra ...

 



Bohemian


 

 

Penulis   :  Imaen      
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat : 472
Tarikh Terbitan : 2008  
ISBN :  978-967-5118-03-6 
Rating :   
       
 
 

Ulasan :
 
Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye! 
 
 
Sinopsis   
  
Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yang kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti

Aku
pemain muzik jalanan
melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu

Dia
seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup

Siapakah dia yang berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dengan resah gelisah?
Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yang tidak keruan ini?
Siapakah dia yang berani mengusik lenaku dengan bayangnya?

Dia, yang tidak pernah ada dalam senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dalam daftar mimpiku!
Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.

 

 

Couple


 

 

Penulis   :  Anna Lee  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Prolog Media
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan :
April 2015  
ISBN :  978-967-13211-1-9
Rating :
       
 
 

 

Ulasan :
 

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 7 penulis hebat ni selepas Naskah Terakhir Laura Isabell, Jika Aku, Mesej, Aku, Dia & Pinky Promise dan Terukir Cinta, Hello it's me.

Ini adalah sambungan kisah Siti Saleha dan Azri dalam karya Aku, Dia & Pinky Promise. Walaupun kisah diorang ni agak pendek dan santai je, tapi berjaya mainkan emosi aku jugak. Akhiran kisah ini cukup membahagiakan bila Azri bersatu semula dengan Saleha cinta pertama mereka setelah terpisah lama dan terungkai segala kenangan lama. 

Juga sambungan kisah Laura dan Dean dalam karya Naskah Terakhir Laura Isabell.

Satu lagi kisah realiti kehidupan yang boleh dijadikan teladan. Semoga kisah ini dapat kita jadikan sebagai inspirasi, peringatan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui. 

 
Sinopsis   
  

STEP BACK - Kebenaran memerlukan masa.
(Sambungan Novel Aku, Dia & Pinky Promise)

Kosong.

Dia lupa segalanya. Hanya dengan secebis memori, cinta mereka bertaut kembali. Tetapi bagaiman sebahagian lagi memori? Mampukah diingat kembali? Adakah masa lampau akan mempengaruhi masa depan mereka?

"Hidup ini memang kisah dongeng, Jadi buat je. Kisah kita mungkin pelik bagi mereka yang tak mengalaminya." - Ray


THE RING - Rahsia cuba dibongkar.
(Sambungan Novel Naskhah Terakhir Laura Isabel)

Pernikahan segera di Kota London menyebabkan keduanya terpaksa mengikut undang-undang yang ditentukan oleh si ibu. Mampukah undang-undang itu dipatuhi? Ketika keduanya cuba menyesuaikan diri, tiba-tiba muncul misteri yang membuatkan keduanya pening kepala mencari jawapan. 

Rupanya, masih ada rahsia yang tersembunyi. Mampukah pasangan pengantin baru itu menyelesaikan rahsia berabad lamnya itu? Macam mana dengan kehidupan baru sebagai suami isteri? Indah atau sebaliknya?

 

 

 

 

Ist Class Mistress


 

Penulis   :  Sara Kyoko  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : 
Lovenovel Enterprise
Bilangan Mukasurat : EPUB (e-book)
Tarikh Terbitan : Jun 2016
ISBN : 978-967-0907-91-8
Rating :
  
       
 
 

 

Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di www.e-sentral.com.

Kisah Jasmine dan Yusuf ni pada aku agak melodrama. Dalam kelakar cerita ni ada jugak sinisnya. Cumanya, kisah diorang ni agak kurang beri kesan dan kepuasan pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa he he he.

Harap Cik Penulis akan terus menghasilkan karya yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada pembaca di masa akan datang ye. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 
 
 
Sinopsis   
  

Mereka kata perangkap cinta itu boleh menyatukan dua insan yang berlainan jantina. Tapi, ini kisah lain. Kisah cinta antara Yusuf Dzulkarnain dan Jasmine Hannah. Bagaimanakah perangkap cinta itu boleh menyatukan mereka yang datang dari dua dunia berbeza?

“Entahlah... Jasmine mengingatkan aku kepada diri sendiri. Dia bagaikan biasan masa silam aku. Tiap kali aku pandang Jasmine, wajahnya itu, seolah-olah meminta aku untuk selamatkannya. Sekelip mata sahaja ada rasa dalam diri ini, rasa yang lahir untuk mempertahankan dan melindungi dia.” - Yusuf Dzulkarnain

“Perempuan baik untuk lelaki yang baik? Aku ni perempuan macam mana, Yusuf? Perempuan yang tak baik, kan? Bukan itu maknanya aku cuma sesuai dengan lelaki yang tak baik? Macam Adam?” - Jasmine Hannah

Apabila dendam sebelas tahun yang lalu berjaya membelah waktu, dan akhirnya tampil menjadi penghalang kepada bahagia mereka yang baru dirasa, apabila ada manusia yang tampil hanya untuk mengingatkan tentang sejarah silam mereka yang penuh noda, benarkah cinta sahaja boleh mengatasinya? Atau mungkinkah hubungan yang baru terjalin itu bakal menemui titik noktah?

“Apa beza dunia kita dengan dunia Jasmine? Dongak ke atas, langit yang sama. Tunduk ke bawah, bumi yang sama. Manusia di tengah-tengah ini yang membeza- bezakan antara satu sama lain. Insya-Allah, semua itu akan mampu kami tempuhi dengan kematangan.” - Yusuf Dzulkarnain

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil. Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. (Ali – Imran, 173)” - Jasmine Hannah