SPY HATI DARI Chantilly




Penulis   :  Mazni Aznita
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Alaf 21
Bilangan Mukasurat : 554  

Tarikh Terbitan : 2018
ISBN : 978-967-86-0843-5  

Rating : ★★★++







Ulasan :

Alhamdulillah dengan izin-NYA, ini adalah buku ke 8 kubaca selepas  Street Vendetta,  Mencari Kiblat CintaLelaki Itu UntukkuCinta Bukan LaranganKasihku ArinaMungkin Nanti dan Venom Suria. Aku memang dah lama menantikan karya terbaru penulis pujaan aku ni dan akhirnya dapat jugak aku buku ni secara terus daripada penulis ni tau.
 
Aku memang teruja baca karya penulis thriller ni dan kebanyakan karyanya pasti akan buat aku sentiasa dalam debaran tahap M.A.K.S.I.M.A. Cerita Suri Imani bertemu dengan perompak kelas atasan ni memang buat aku tertanya-tanya je. Namun, m
aaf ye Cik Penulis cerita kali ni akak agak 'kechewa' sikit sebab aku memang mengharapkan plot cerita yang lebih mencabar dan aksi-aksi yang lebih kebaboom lagi. I know you can do better sis !!!
 



Sinopsis :

Andai Harus Memilih...Hidup Bahagia Atau Hidup Dalam Bahaya...

TIGA tahun lalu, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris maut di Paris. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu, dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.

“Dia pencuri yang agak terkenal dalam kalangan pihak berkuasa di sini. Sasarannya selalu tak pernah gagal. Dah lama pihak Interpol cuba memburunya tapi sentiasa gagal. Tak sangka kamu berpeluang bertemu dengan dia. Bagaimana rupanya?”


 
  


Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya, Suri Imani menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang ketika mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.



 
“I harap you boleh jadi PA yang baik untuk I. Because I need you more than you think.” - Mikey Mikhail

Mikey Mikhail juga seperti Suri Imani, seorang pelarian. Bezanya dia melarikan diri daripada kisah silamnya. Kerana dendam, dia menjalani hidup yang tidak pernah diimpikannya. Namun kehadiran Suri Imani membuatkan dia merasakan ‘hidup’ kembali. Ceria tanpa dendam yang membelenggu diri.

Kehadiran Ezekiel membuatkan Mikey Mikhail mula mengesyaki Suri Imani mempunyai rahsia yang cuba disembunyikan. Siapa Suri Imani yang sebenarnya? Siapa Ezekiel yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka?





  ... Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaezah ...


  


kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...  

ASH




Penulis   :  RodieR
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 550  
 

Tarikh Terbitan : Mei 2015
ISBN : 978-967-0851-03-7  
 

Rating : ★★★★ 


 







Ulasan :

Alhamdulillah dengan izin-NYA, ini adalah buku ke 4 aku baca selepas Cooper-K, Nyanyian Hati dan One Fine Day. 

Ini adalah sambungan kisah dalam Cooper-K. Masih ingat lagi pada watak Nif-Cut yang suka pada Mia rakan satu kuliah tuh. Mereka memang tiada jodoh. Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian. Kita je yang tak tau bagaimana akhirannya. Rupanya jodoh Hanif ialah dengan Cikgu Aishah seorang sahabat yang baru dikenali semasa Kem Kepimpinan Pelajar-Pelajar Universiti Seantero Malaysia. Hanif dan Aishah bersahabat dan berkongsi rasa suka duka dan masalah masing-masing. Hanif dan Aishah hanya sedar rasa hati mereka selepas Aishah bertunang dengan seorang Ustaz. 

Apa yang aku nak tulis kat sini, cerita persahabatan Ash dan Nif-Cut ni santai dan menghiburkan. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku kutip dan pelajari melalui kisah ini. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan memberi manfaat kepada kita semua.


ASH ~Aishah Sayang Hanif.
 
 

Sinopsis


Diyana Aishah Abdulla itu orangnya ceria dan manja. Tapi perasaannya pada seseorang yang dipendam lama, sedikit sebanyak memadam keceriaan itu.


Muhammad Hanif Mustafa itu pula tulus orangnya. Dan dengan kejujuran dan keprihatinan dirinya, dia berjaya membuat Aishah kembali gembira dan ceria.





“Apa ni?” Dua patah kata itu diulangnya lagi dengan dahi berkerut.
Hanif ketawa kecil. “Bagi sesetengah orang, itu dipanggil patung beruang. Untuk kau... ini dipanggil sumber ketenangan.”
Makin berkerut dahinya. “Tapi… warna dia pink!”

 


Persahabatan mereka terbina tanpa disangka. Namun, ada rahsia yang bakal menggugat keceriaan Aishah semula dan menguji kejujuran Hanif juga.

Kisah mereka bukan kisah cinta biasa. Ini kisah Aishah yang masih mampu tersenyum, walau ditemani air mata. Ini kisah tentang pengorbanan dan kesetiaan. Dan mungkinkah itu sebenarnya tanda kasih dan sayang?

Novel ketiga RODIER ini bercerita tentang Ash dan Nif-Cut pula. Kisah persahabatan yang ditulis santai dan penuh dengan informasi yang menarik.




Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-
 

Your past doesn't define you, your future does

 Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim
bantu kami dalam menjalinkan hubungan kami ini
bantu kami mengeratkannya dengan ikatan halal di sisi-MU
bantu kami sama-sama mencapai redha-MU
Ya ALLAH, Ya Karim, bimbing kami di jalan-MU yang lurus
Ya ALLAH, bantu kami mencapai Jannah-MU
Ya ALLAH sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih 
dan Maha Penyayang, Aamiin

Everything happens for a reason that there will always be a beauty in everything ALLAH does for HIS creation

Ya ALLAH, bantu kami
Ya ALLAH, satukanlah hati-hati kami dengan cinta yang KAU redhai
Ya ALLAH pandulah kami ke jalan-MU
Ya ALLAH redhailah kami untuk sama-sama ke syurga-MU

 

  ... Ya ALLAH - Wali Band ...







Cooper-K




Penulis   :  RodieR
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 564 
 

Tarikh Terbitan : April 2014
ISBN : 978-967-0508-58-0 
 

Rating : ★★★★


 


 



Ulasan :
 
Alhamdulillah dengan izin-NYA, ini adalah buku ke 3 aku baca selepas Nyanyian Hati dan One Fine Day.

Secara peribadi, cerita penulis ini nampak sempoi dan biasa-biasa je kisah tentang dua orang pelajar jurusan perubatan Khairul Fairuz Muhammad (Cooper) dan farmasi Amilia Aisya Abdul Aziz (Mia) yang menjalin persahabatan di kampus Universiti Uitm. Persahabatan mereka terputus setelah Cooper mencurahkan rasa hati kepada Mia melalui surat. Tanpa pengetahuan Mia, Cooper terlibat dalam kemalangan kereta dan hilang ingatan. Selepas lima tahun mereka bertemu semula setelah masing-masing memulakan karier di sebuah hospital di Terengganu.  Baru aku tau rupanya Mia ni adik kepada Iskandar dalam kisah Nyanyian Hati tu. Macam nilah gayanye bila doktor bertemu jodoh dengan farmasi kan kan kan...

Peribahasa ada menyebut 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Banyak mutiara ilmu yang dapat aku pelajari melalui kisah ini. Terselit pengajaran yang bukan hanya dapat mendidik malah boleh menyedarkan dan mengajak pembaca untuk sama-sama spot check dan muhasabah diri agar sentiasa menjaga tutur kata. Baca karya penulis ni buat aku rasa macam baca karya hlovate la pulak. Jangan marah ye cik penulis he he he.



Sinopsis

 
Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak berdaya lagi menahan perasaannya sendiri?


 

Dalam tenang yang lama dicarinya, Khair datang mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama? Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?








... Say Goodbye - S Club 7 ...



Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 
Menuntut ilmu adalah takwa
Menyampaikan ilmu adalah ibadah
Mengulang-ulang ilmu adalah zikir
Mencari ilmu adalah jihad ~ (Al-Ghazali)


One good thing will lead to another 


  ... Have you ever - S Club 7 ...

 
  



Vignette





Penulis   :  Syud
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 516 

Tarikh Terbitan : Mei 2016
ISBN : 978-967-0851-45-7 

Rating :



 


Ulasan :

Alhamdulillah. Ini adalah buku ketujuh yang telah kubaca selepas Untuk Awak Teja Aulia Pelangi, Langit Tetap BiruDia...Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya. Akhirnya lengkap semua watak dan karya penulis hebat ni aku dah baca tau. 


Apa yang aku riki maksud perkataan Vignette ni adalah gambar dengan latar belakang yang kelam.  Aku tak nak komen berjeler, cukup kalau aku katakan baca karya penulis hebat ni memang akan buat aku terasa awet muda je he he he. Semua karyanya memang S.E.M.P.O.I dan tak peningkan kepala aku nak fikir sampai tonggang terbalik. Semua wataknya ceria belaka dan pengakhiran ceritanya manis je dan buat aku rasa bahagia. 

Tahniah dan terima kasih Syud. Akak memang seronok, tercuit hati dan teruja baca setiap karya. Harap Syud akan terus hasilkan karya yang lebih kebabom lagi di masa akan datang ye. 




Sinopsis

Dia tu macam... vignette.
Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tak ada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.



[i]
Kata Najiha:
“Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira.
“Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.”
Dia berhijrah untuk memulihkan keadaan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan? Hijrah juga bermaksud, (a) dia akan jumpa orang yang dia tak pernah jumpa; (b) pernah jumpa tapi tak ingat; atau (c) orang yang memang dia pernah jumpa dan ingat.

“Najiha.” Dia memperkenalkan diri.
“Nice meeting you, Najiha.”

Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin... dia pernah jumpa.... kut?




[ii]
Pada Firdaus:
Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas – dan hidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu, bagi Firdaus macam matahari. Terang – dan buat dia sentiasa tercari-cari.

“Awak memang suka cakap sepatah-sepatah kan?”


“Ha. Saya memang suka cakap sepatah-sepatah.”

Dan kalaulah matahari itu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?








kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...  
  ... Sesungguhnya - Alif Satar ...



 

KONSTANTINOPEL : Kibaran Panji-panji AL-FATEH





Penulis   :  Web Sutera
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction/Sejarah
Penerbit  :  Galeri Ilmu Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 885 
 
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN : 978-983-097-417-0 
 
Rating :


   


 



Ulasan :

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!






 
Sinopsis

Nabi Muhammad (SAW) pernah berkata,


Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawahnya ialah sebaik-baik pasukan.
(Hadis Riwayat Ahmad bin Hanbal, dalam al-Musnad)

Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke-7 Sebelum Masihi. Nama asalnya ialah Byzantium. Pelbagai pihak inginkannya. Ia dimasyhurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.

Sejak dari itu, pelbagai pihak mencemburui kemajuan kota kemegahan ini, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. Lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.

Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi. Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayub al-Ansari turut melakar namanya pada lembaran sejarah Islam. Beliau masyhur sebagai seorang pejuang Islam sejati. Apabila mengetahui ajalnya bakal tiba, beliau meminta agar dikebumikan berhampiran dengan kota Konstantinopel yang cuba ditaklukinya. Wasiat beliau ditunaikan.

Ini sebuah novel sejarah, perkisahan berkaitan kota Konstantinopel atau kemudiannya dikenali sebagai Istanbul sehingga sekarang. Saya persembahkan dengan cara yang berlainan dari pendekatan novel-novel sejarah lain yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu, insya-Allah.

Saya bahagikan plot novel ini dalam beberapa era; Khulafa al-Rasyidin, Khalifah Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, Kesultanan Saljuk dan Khalifah Uthmaniah.

Sengaja saya perincikan sedemikian rupa justeru ianya selari dengan pendekatan pengkajian sejarah oleh penakluk dan pembebas Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau dalam merancang strategi perang mengepung kota Konstantinopel - selain kekuatan jiwa, munajat malam, nasihat penakluk rohani Syeikh Aaq Syamsuddin dan mengikuti tatacara Rasulullah (SAW) – dengan mengkaji geografi dan usaha kepungan di semua zaman termasuk semasa hayat Nabi Allah yang mulia itu.

Semua usaha yang menjurus kepada banyak peperangan itu adalah jejak-jejak perintis jihad dalam misi menakluk Konstantinopel bagi memenuhi ramalan kenabian Rasulullah (SAW). Faktor kejayaan, kegagalan dan mehnah yang dihadapkan ke muka setiap Khalifah dan pemerintah kerajaan Islam dalam memimpin angkatan kepungan menjadi iktibar yang ditelaah dan ditaakul hebat oleh Sultan Muhammad II, Al-Fateh bagi semua dunia dan umat Islam.
 




MACEDONIA ALEXANDAR AGUNG






Penulis   :  Web Sutera
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction/Sejarah
Penerbit  :  Galeri Ilmu Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 469 

Tarikh Terbitan : 2012
ISBN : 978-983-097-360-9 

Rating : ★★


   



 
Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Alhamdulillah dengan izin-NYA, dapat jugak aku habiskan baca kisah Alexandar Raja Macedonia pemerintah agung hebat ini walaupun terpaksa buka tutup buka tutup buku ni kerana tuntutan kerja harian yang sentiasa tidak pernah boleh habis  ha ha ha.

Alexander menjadi Raja Macedonia selepas kemangkatan ayahandanya Raja Philip dibunuh ketika berusia 20 tahun. Beliau telah mendapat didikan daripada mahaguru Aristotle ketika berumur 13 tahun. Beliau telah meluaskan empayar jajahannya dari Gaza di Palestin menuju Memphis di Mesir hingga ke barat wilayah Mesir.  Berpatah balik melalui Palestin menuju ke pusat kerajaan Parsi di Iran hingga ke India. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 33 tahun dan dikebumikan di Babylon. Beliau telah mengajak setiap negara jajahannya mengakui Tuhan Yang Esa. Zulqarnain telah membina tembok yang telah berjaya dipecahkan akibat serangan bangsa Tartar dan Mongul yang merupakan Yakjuj dan Makjuj.

Al-Quran menceritakan kisah Zulqarnain dalam surah al-Kahfi sebagai jawapan dan amaran. Al-Quran tidak secara khusus menyebut nama atau keperibadian tokoh sejarah tertentu yang boleh disabitkan kepada Zulqarnain secara terus. Namun penceritaan pengembaraan Zulqarnain, lokasi-lokasi tertentu, kaum-kaum yang disebutkan dan Yakjuj-Makjuj dapat membantu mencapai keputusan bahawa Alexander Agung adalah Raja Zulqarnain. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.





 T.E.R.B.A.I.K.

                                                    

Sinopsis

Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Sebaik sahaja berjaya meredakan pemberontakan di beberapa wilayah Greek pada usia dua puluh tahun, Raja Zulqarnain menjadi raja pemerintah Macedonia dan Greek. Walaupun demikian, beliau tidak menabalkan dirinya sebagai ‘Raja Macedonia dan Greek’, tetapi hanya Raja Zulqarnain.

Kaum Yahudi pula cuba menyembunyikan kebenaran Raja Zulqarnain dengan mengaitkan beliau dengan nama lain, iaitu Alexander yang dikatakan barbarik dan tidak beriman dengan agama Allah.