Penulis : Syud
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction
Penerbit : Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 516
Tarikh Terbitan : Mei 2016
ISBN : 978-967-0851-45-7
Rating : ★★★★
Ulasan :
Alhamdulillah. Ini adalah buku ketujuh yang telah kubaca selepas Untuk Awak Teja Aulia, Pelangi, Langit Tetap Biru, Dia...Dalam Ramai, Baju Melayu Hijau Serindit dan Tentang Dhiya. Akhirnya lengkap semua watak dan karya penulis hebat ni aku dah baca tau.
Apa yang aku riki maksud perkataan Vignette ni adalah gambar dengan latar belakang yang kelam. Aku tak nak komen berjeler, cukup kalau aku katakan baca karya penulis hebat ni memang akan buat aku terasa awet muda je he he he. Semua karyanya memang S.E.M.P.O.I dan tak peningkan kepala aku nak fikir sampai tonggang terbalik. Semua wataknya ceria belaka dan pengakhiran ceritanya manis je dan buat aku rasa bahagia.
Tahniah dan terima kasih Syud. Akak memang seronok, tercuit hati dan teruja baca setiap karya. Harap Syud akan terus hasilkan karya yang lebih kebabom lagi di masa akan datang ye.
Sinopsis
Dia tu macam... vignette.
Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tak ada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.
Kata Najiha:
“Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira.
“Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok.”
Dia berhijrah untuk memulihkan keadaan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun… kan? Hijrah juga bermaksud, (a) dia akan jumpa orang yang dia tak pernah jumpa; (b) pernah jumpa tapi tak ingat; atau (c) orang yang memang dia pernah jumpa dan ingat.
“Najiha.” Dia memperkenalkan diri.
“Nice meeting you, Najiha.”
Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin... dia pernah jumpa.... kut?
[ii]
Pada Firdaus:
Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas – dan hidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu, bagi Firdaus macam matahari. Terang – dan buat dia sentiasa tercari-cari.
“Awak memang suka cakap sepatah-sepatah kan?”
“Ha. Saya memang suka cakap sepatah-sepatah.”
Dan kalaulah matahari itu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?
kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...
... Sesungguhnya - Alif Satar ...
No comments:
Post a Comment