Penulis : Web Sutera
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction/Sejarah
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 469
Tarikh Terbitan : 2012
ISBN : 978-983-097-360-9
Rating : ★★★★★
Ulasan :
Pertama kali membedah siasat karya penulis ini. Alhamdulillah dengan izin-NYA, dapat jugak aku habiskan baca kisah Alexandar Raja Macedonia pemerintah agung hebat ini walaupun terpaksa buka tutup buka tutup buku ni kerana tuntutan kerja harian yang sentiasa tidak pernah boleh habis ha ha ha.
Alexander menjadi Raja Macedonia selepas kemangkatan ayahandanya Raja Philip dibunuh ketika berusia 20 tahun. Beliau telah mendapat didikan daripada mahaguru Aristotle ketika berumur 13 tahun. Beliau telah meluaskan empayar jajahannya dari Gaza di Palestin menuju Memphis di Mesir hingga ke barat wilayah Mesir. Berpatah balik melalui Palestin menuju ke pusat kerajaan Parsi di Iran hingga ke India. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 33 tahun dan dikebumikan di Babylon. Beliau telah mengajak setiap negara jajahannya mengakui Tuhan Yang Esa. Zulqarnain telah membina tembok yang telah berjaya dipecahkan akibat serangan bangsa Tartar dan Mongul yang merupakan Yakjuj dan Makjuj.
Al-Quran menceritakan kisah Zulqarnain dalam surah al-Kahfi sebagai jawapan dan amaran. Al-Quran tidak secara khusus menyebut nama atau keperibadian tokoh sejarah tertentu yang boleh disabitkan kepada Zulqarnain secara terus. Namun penceritaan pengembaraan Zulqarnain, lokasi-lokasi tertentu, kaum-kaum yang disebutkan dan Yakjuj-Makjuj dapat membantu mencapai keputusan bahawa Alexander Agung adalah Raja Zulqarnain. Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.
T.E.R.B.A.I.K.
Sinopsis
Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.
Sebaik sahaja berjaya meredakan pemberontakan di beberapa wilayah Greek pada usia dua puluh tahun, Raja Zulqarnain menjadi raja pemerintah Macedonia dan Greek. Walaupun demikian, beliau tidak menabalkan dirinya sebagai ‘Raja Macedonia dan Greek’, tetapi hanya Raja Zulqarnain.
Kaum Yahudi pula cuba menyembunyikan kebenaran Raja Zulqarnain dengan mengaitkan beliau dengan nama lain, iaitu Alexander yang dikatakan barbarik dan tidak beriman dengan agama Allah.
No comments:
Post a Comment