Code Name : Guardian




 

Penulis   :  Cik Bawang  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  HA Novels Publication
Bilangan Mukasurat : 506
Tarikh Terbitan : Mei 2025  
ISBN :  978-629-99412-7-9 
Rating :


 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA aku masih di beri kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 17 penulis ini selepas Faris, My Best Friend's Brother, Faris, Lelaki Kiriman Tuhan, My Badass Husband, Dean, Hana, Jangan Letih Mencintaiku, Nakhaie, Mr Troublemaker, Mr Troublemaker 2, My Sweet Saviour, Aku Playboy Dia Ustazah, My Rio Aryan, My Rio Aryan 2, Dhia, The Bad Boy's Cinderella, Fateh Hayden and Lily, His Forbidden Love .

Ini kisah Idd Darian aka Guardian anak Danz dan Ily dalam My Badass Husband yang mengetuai Section Zero, pasukan unit rahsia dalam Fukuda Security yang terdiri daripada 5 orang ahli.

Jujurnya cerita kali ini aku rasa agak kechewa sikit sebab kurang berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Aku berharap sangat ada aksi-aksi yang lebih mencabar imaginasiku dan kebabom meletops daripada karya ni. <sigh>

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 



Sinopsis

Code Name : Guardian

Idd Darian, CEO Fukuda Security & Technology, seorang lelaki yang stoic, protective dan misteri.

Di sebalik sut dengan gaya professionalnya, dia ialah dalang senyap dunia siber, seorang hacker elit yang pernah menggoncang sistem dunia demi keadilan atas orang-orang yang ditindas.

Apabila Perdana Menteri menerima ancaman pembunuhan terhadap keluarganya, dia tidak punya pilihan selain meminta bantuan Idd.

Sasaran utama adalah anak perempuannya Alaya Ayla, influencer terkenal yang tinggal di Jepun. Seorang gadis manja, keras kepala dan sangat terbiasa menjadi pusat dunia. Alaya terlalu berani, lantang dan menarik perhatian pihak musuh.

Demi melindungi Alaya, Idd menggerakkan Section Zero, unit taktikal paling rahsia dalam Fukuda Security.

Dari lima jejaka dalam Section Zero, Alaya memilih Idd untuk menjadi pendampingnya.

“I want him. The one who they call Guardian.” - Alaya

"I'm the leader, Alaya. Aku yang pilih siapa yang jaga kau, bukan sebaliknya." – Idd


Namun, takdir tak pernah minta izin. 

Satu serangan berdarah yang meragut nyawa orang tersayang memaksa mereka disatukan dalam ikatan yang tak pernah dirancang. Idd, lelaki yang tak pernah fikirkan cinta tiba-tiba kini memegang amanah sebagai suami.

Alaya bukan sekadar tanggungjawab. Dia adalah takdir.

Dan Idd bersumpah akan melindunginya… walau nyawanya jadi pertaruhan terakhir.

Tapi mampukah mereka bertahan saat dendam mula menuntut harga? Bila cinta dan keselamatan saling bertentangan, mana satu akan dia lepaskan?

 

 

jika ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...