Rapuh






Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Blogijau Enterprise
Bilangan Mukasurat : 699
Tarikh Terbitan : Okt 2024  
ISBN :  978-629-98903-2-4 
Rating :


   

 

 

 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 12 penulis hebat ini selepas Objection, Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.  

Aku sebenarnya tak tau nak comment macam mana cerita ni <sigh>

Agak teruja nak baca kisah ni, namun aku agak kechewa sebab kisah Mahfuzah dan Luth dalam karya terbaru RM tidak berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Aku rasa agak pelik pulak sebab tiada f.e.e.l, tiada rasa nak nangis langsung dan seperti bukan karya RM pulak. Apa sudah jadi RM ??? Aku kira buah tangan RM kali ini sungguh berbeza dengan karyanya yang pernah aku baca sebelum ni. Banyak guna bahasa inggeris dan ada banyak kesalahan ejaan dan ini jugak agak mengganggu konsentrasi bacaanku dan buat mood aku ke laut jadinya adoiii.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.


Sinopsis

Buat semua pencinta kisah cinta yang sakit, terimalah…

Menggalas beban rasa bersalah kerana menjadi penyebab satu nyawa melayang, satu lagi hidup dalam khayalan dan yang lainnya berantakan, ia menjadi suatu perkara yang sukar buat seorang Mahfuzah.

Kata mereka, manusia sepertinya tidak layak bahagia.
Tetapi, dia tetap hidup walau ditemani derita sehinggalah dia bertemu dengan Luth, seorang pemandu e-hailing dalam suatu perjalanan yang tidak dirancang; membuatkan Mahfuzah merasakan, dia berhak untuk bahagia, walau seketika.

Namun, perjalanan itu tidak mudah.
Keinginannya untuk bahagia pasti akan membuatkan Luth merana.

“Apa-apa jadi pada saya depan hari, saya nak awak selamatkan diri awak dulu....”
- Mahfuzah
“Saya akan jaga cik puan dan saya akan jaga diri saya sendiri juga. Itu adalah tugas saya.…” – Luth

Luth berpegang kepada janjinya. Dia menjaga Mahfuzah seperti yang tertulis di dalam kontrak. Tetapi, bagaimana untuk menafikan rasa bila perasaannya mencacah kontrak lain di hati? Iaitu rasa mencintai.

Padahal, mereka ada orang lain yang sedang menanti.

Kerana masa itu sifatnya misteri, takdir terus berputar untuk mereka terus ada bersama berpayungkan satu perjanjian yang menyakitkan.

“You are right. I need a son. Let’s sign a contract, Encik Luth...” - Mahfuzah
“I am much obliged, cik puan ...” - Luth

Kerana sudah tidak terdaya menyaksikan terlalu ramai yang terkorban dan menderita, Mahfuzah menamatkan perjanjian dengan cara yang paling kejam.

Luth jatuh menekur ke lantai takdir. Mencuba untuk mempertahankan ikatan yang dibalut syarat. Dan, seperti nama mereka, dia berharap jodoh yang telah ditempa di Luh Mahfuz sana, terus kekal hingga selamanya.

 

 ... lagu Rapuh  - Nastia ...

 


 

 

 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...  

 
 
 
 

Objection


 

Penulis   :  Rehan Makhtar  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 523
Tarikh Terbitan : Dis 2017  
ISBN :  978-967-469-069-4 
Rating :







Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya ke 11 penulis hebat ini selepas Tulus, Anak Perempuan Dato' Pengarah, Dengarlah Jeritan Hatiku, Noktah, Dingin, Dia Untuk Aku, Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada. 

Aku sebenarnya tak tau nak comment macam mana cerita ni. Apa yang aku boleh tulis kat sini, mula-mula baca cerita ini aku memang tak berapa nak faham apa sebenarnya yang dah terjadi kepada Aira. Banyak persoalan yang berlegar dalam kepala otak, aku tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu apa, siapa dan kenapa Aira ni diculik ??? Aku tak suka dengan watak hero red flag pada awal cerita ni. Nak tahu watak Red Flag ni digambarkan seseorang yang melakukan kekerasan, mempunyai kelakuan yang bersifat ganas, buruk dan mempunyai sisi gelap yang tidak teragak-agak untuk musnahkan kehidupan orang yang buat masalah dengannya.  Memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Baca buku ni buat otak aku jem sekejap dok pikir motif Aira ni dibawa lari.

Kisah diorang ni biasa-biasa aje pada aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Tapi kisah diorang ni berjaya menarik aku untuk layan hingga ke akhir muka surat. Kali ni aku tak nangis pun. Biasanya baca buku RM ni tak sah kalau tak buat aku bengkak mata menangis jer. 

Tidak ada orang baik yang tidak punya masa lalu, dan tidak ada orang jahat yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apa lingkungannya dulu, dan seburuk apa perangainya di masa lampau. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah.  

Walaupun kita berdosa sebanyak bintang di langit, sebanyak debu di gurun atau sebanyak buih di lautan, yakinlah pintu taubat dan kasih sayang Allah SWT terbentang luas. ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita. 

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.




Sinopsis

 
GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam!

Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita.

"Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?" - Aira

"Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira..." - Zafiq

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut?

"Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!" - Zafiq

"Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?" - Aira

Berkali dia nafi. Tapi, mana mungkin suara si kambing hitam mampu menandingi ngauman singa yang kelaparan? Hukuman tetap dijatuhkan tanpa perbicaraan yang adil. Kebebasan Aira kini dipenjara oleh Zafiq. Aira bertahan kerana dia yakin kebenaran akan muncul nanti. Tapi, kenapa setelah segalanya terbongkar, dia masih perlu menjadi tahanan di sini?

"Aku orang pertama. Dan, aku mahu jadi yang satu-satunya, Aira. Kau nak terima?"- Zafiq

"Antara kita, tiada apa lagi yang nak dibicarakan, Zafiq! Awak dah jatuhkan hukuman. Saya dah terimanya. - Aira

Pada Zafiq pula... Perasannya pada gadis itu sejak awal adalah kenyataan. Dia mahu penjarakan Aira selama-lamanya. Dalam hatinya! Tapi, harus bagaimana dia sembuhkan hati yang telah dia lukai dengan tangan sendiri? Kuatkah dia untuk lepaskan kebencian yang selama ini menguasai demi cinta di hati?

"Nak order isteri? Boleh?" - Zafiq

"Hah?" – Aira

"Errr... Sorry. Maksud abang, nak order makanan kesukaan awak. Lepas tu nak pinang awak. Macam tu, boleh ke?"- Zafiq

"Banyak cantik muka awak!"- Aira

Boleh jadi yang mereka benci selama ini adalah yang terbaik dan yang mereka sayangi itu adalah yang buruk. Kerana mereka adalah hamba Tuhan yang tidak pernah mengetahui... akhirnya, Zafiq dan Aira akur tanpa sebarang bantahan.

 

 

 ... lagu Warkah Untukku  -  Ara Johari ...

 


 

 kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...