Dia Untuk Aku


 

Penulis   :  Rehan Makhtar       
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 385
Tarikh Terbitan : Julai 2023  
ISBN :  978-967-469-209-4 
Rating :  ★★ 
       
 


 

Ulasan :

الحَمْد لله dengan izinNYA, aku masih diberi kesempatan lagi untuk bedah siasat karya kelima penulis ini selepas Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia...Cinta Yang Kucari dan Tiba-tiba, Dia Ada.

Kisah Taufiq ini adalah penutup bagi siri trilogi kisah terakhir daripada tiga orang tentera sekawan yang gila-gila nih. Dan Taufiq adalah kisah yang buat aku penasaran ternanti-nanti nak tahu apa yang akan terjadi kepada bujang terlajak  Tuan Komander Pasukan Khas Laut dari Tentera Laut Diraja Malaysia (PASKAL) yang sabar dan tenang ni pulak. 

PASKAL ditubuhkan secara rasmi pada 1 October 1982. Pasukan ini ditubuhkan untuk menjalankan misi-misi khas yang berkaitan dengan keselamatan negara. Dan untuk memerangi ancaman keganasan maritim. Baru aku tahu macamana tugas diorang ni sebenarnya kawal perairan negara. Mengikut undang-undang perairan dunia, di mana laut yang paling dalam, di situlah sempadan sesebuah negara.

Tak sangka Tuan Komander Taufiq macam ais beku ni pun jiwang jugak pandai guna ayat-ayat cinta lori gula terbalik sebab nak pikat Johanees ni ha ha ha... akhirnya cair jugak dan boleh bertukar jadi mat bunga tuh.  Kisah kali ni memang buat aku tersenyum puas dan sakit rahang sebab banyak sangat tersengih dengan gelagat si Taufiq ni tau. Aku mengakui Puteri Jonanees adalah wanita yang selayaknya menjadi 'Partner In Crime' bagi Taufiq.

Apa-apa pun aku tersangatlah gumbira dengan happy ending cerita ini bila Taufiq dan Johanees akhirnya saling bermaafan, bersatu dan dapat merasa bahagia bersama. 'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'.

ALLAH adalah PERANCANG TERBAIK  dan lebih tahu apa yang lebih baik buat hambaNYA. Dan setiap yang berlaku itu pasti adalah yang terbaik buat kita.  

Banyak mutiara ilmu keluarga, nasihat dan pengajaran yang boleh aku kutip dan pelajari melalui kisah diorang ni.

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat semua pembaca diluar sana.

Wallahu a’lam ( والله أعلمُ) ertinya Dan ALLAH Yang Maha Mengetahui.

 


Sinopsis
 

BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak… tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama.

Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di pelamin penikahan mereka. 

Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad… dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti. 

 

 

 

 

Awak terlalu tualah untuk saya…” – Johanees


 

 

 

“Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?” – Taufiq

 

 

 

 

 

“Boleh tapi tidak pada saya…” – Johanees 

“Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak…” – Taufiq

Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan.

“Kenapa?” - Taufiq

“Saya bukan perempuan baik…” – Johanees

Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu… mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti. 

 

... lagu Takdir Tercipta - Hafiz & Adira ...

 

 

 ... lagu Hari Ini - Hael Husaini ft Dayang Nurfaezah ...

 

 

kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ...