Bahasa : Melayu
Genre : Cinta/Malay Fiction
Penerbit : Karangkraf
Bilangan Mukasurat : 518
Tarikh Terbitan : March 2013
ISBN : 978-983-124-846-1
Rating : ★★★★
Ulasan
Tapi ada satu watak dalam buku tu yang aku tak puas hati endingnya seperti boyfriend Raina yg pertama Syahir...buat aku tertanya-tanya apa yang terjadi padanya sebab pada awal cerita memang banyak cerita pasal diakan...lagi seronok kalau endingnya ada di ceritakan sedikit pasal tu...tapi kira happy ending la kan...walaupun tak diceritakan macamana perasaan watak Raina & Emir dapat anak akhirnya...kalau ada lagi ummph...
Sinopsis
Kisah pertemuan singkat antara Raina yang bekerja di Cafe Boraque dengan Emir seorang Pensyarah Universiti, pelanggan Cafe yang sering datang minum di situ telah membuahkan suatu perasaan di antara mereka. Secara tidak sengaja, Emir telah terlibat dalam pergaduhan antara Raina dan bekas teman lelakinya, Syahir di hadapan Cafe. Oleh kerana malu dengan Emir dan khuatir Syahir akan mengganggunya lagi di tempat kerja , Raina telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Selepas insiden itu, Emir telah cuba mencari Raina untuk meminta maaf namun gagal sehinggalah mereka bertemu semula di tapak karnival yang berlangsung di kolej tempat Emir mengajar. Peluang untuk berbual panjang tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh Emir yang terikat dengan tugas pada ketika itu. Raina kemudiannya telah meninggalkan 1 kotak kek cawan Red Velvet buatan tangannya sendiri di pintu bilik Emir dan merasakan mungkin tidak akan bertemu lagi. Namun, siapa sangka kek cawan Red Velvet telah menemukan mereka kembali dan membuahkan rasa cinta kasih sayang di hati mereka.
Usia perkenalan yang singkat selama dua bulan dan seterusnya melangsungkan perkahwinan itu telah mewujudkan konflik dan banyak cabaran dalam perhubungan setelah mereka berkahwin. Juga banyak perbezaan yang timbul akibat jurang pendidikan antara mereka, iaitu Raina berumur 21 tahun hanya lepasan SPM, manakala Emir berumur 30 tahun seorang pensyarah dan bakal graduan PhD. Di sinilah bermulanya perbezaan pendapat dan timbul rasa tidak puas hati malah mula mengenali hati budi dan perangai masing-masing. Emir seorang yang terdidik dengan pantang larang & peraturan, merahsiakan hubungan silamnya dengan bekas tunangnya Zalia, sentiasa dengan buku, sibuk mengejar PhD dan kerjayanya dan cemburukan hubungan Raina dengan Zayn telah menyebabkan Raina merasa terpinggir, lemas tak tahan dan tertekan dengan cara dan rentak Emir. Akibatnya Raina mula merasakan mereka tidak sepadan dan sehaluan, mula memberontak dan mendesak kembali ke rumah bapanya untuk mencari ketenangan dan memikirkan semula hubungan antara mereka. Hah..part ni memang sedih tau.. kalau nak tahu macam mana mereka nak selesaikan masalah ketidaksefahaman mereka nih kenalah beli buku nih yer...memang sedih dan sebakkk tau....buat aku nangis jer...
ini pula komen dari Hezzy Azra dalam FB setelah aku beritahu pendapat aku pasal novel dia tuh...
- 2:15pmHezzy Azra
Terima kasih byk2 atas komen itu.
Ya... saya akui yg watak Syahir dimatikan di tengah2 cerita. Di hujung2 tu dah takde sebut pasal dia lagi. Sebabnya, saya rasa watak dia tu not worth utk dibawa hingga ke pengakhiran...bleh tak gitu? Cukup sekadar pembaca tahu yg dia ada kes dgn adik angkatnya....yg lain2 tu, bagi saya tak brp releven utk jln cerita seterusnya.
Ttg perasaan Emir & Raina dpt anak...pada mulanya nak buat jugak. Tapi bimbang endingnya akan meleret-leret pulak nnt....hehe. So, saya habiskan kat situ ajelah.
Apa2 pun, saya hargai komen ni. In sha Allah, utk novel yg seterusnya...bolehlah dibaiki apa yg terkurang.
Nak beli Aku Pilih Dia? Alhamdulillah. Cuma stok APD saya dh habis buat masa ni. Tapi rasanya di kedai APD masih dijual...
kalau nak tau lebih lanjut karya Hezzy Azra boleh klik link ni... Hezzy Azra
No comments:
Post a Comment