Suami Aku Ustaz







Penulis   :  Hannah Dhaniyah
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat  :  583
Tarikh Terbitan : April 2012
ISBN :  978-967-0246-20-8
Rating :








Ulasan

Sebenarnya aku tertarik nak beli buku ni sebab tajuknya masa aku ternampak kat ruangan Best Seller kat MPH pada June yang lalu.

Kebimbangan ibu bapa Alisa kerana sering keluar malam berjumpa rakan sekelasnya, tidak mahu mendengar kata dan akan menunaikan fardu Haji ke Mekah adalah punca Alisa dipaksa bernikah dengan abang sepupunya Hafiz. Alisa sebenarnya adalah seorang anak yang baik dan patuh pada kehendak ibubapanya. Hafiz pula adalah seorang Ustaz mengajar subjek Agama Islam di sekolahnya dan sangat popular di kalangan rakan sekelasnya. Beberapa bulan sebelum duduki peperiksaan SPM, Alisa telah dinikahkan dengan Hafiz yang hanya diketahui oleh keluarga terdekat sahaja. Pada mulanya Alisa hanya melayan dan menganggap Hafiz sebagai abangnya sahaja. Namun, kerana perangai degil Alisa, dia sering diberi perhatian yang lebih dan diberi teguran sinis sewaktu dalam kelas Hafiz sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan rapatnya. Sejak dari itu, Alisa sering dihambat rasa risau takut diketahui oleh rakan dan guru kelas, serba-salah dan berdebar-debar dengan ayat-ayat 'power' Ustaz Hafiz yang menggetarkan hati dan jantungnya. Bagaimanakah perasaan Alisa pada Hafiz seterusnya dan dapatkah Alisa terus merahsiakan pernikahannya dengan Ustaz Hafiz ??? hahaha kena beli  buku nih ye kalu nak tau..


Baca buku ni memang buat aku banyak berfikir dan sedar tentang kekurangan diri ini, di sebalik kelucuan ceritanya, banyak diselitkan pengajaran yang berguna sebagai seorang islam, sebagai isteri dan sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Banyak diterangkan tentang kepentingan solat dan bagaimana kita mendekatkan diri pada Allah, mensyukuri nikmat yang Allah beri pada kita dan menerima pasangan kita seadanya.

'Allah menciptakan manusia di dunia ini berbagai-bagai sifat dan ragam, saling melengkapi antara satu sama lain' 

Secara peribadi aku rekemen untuk beli dan baca buku ni... suka watak Alisa dalam buku ni memang lucu dan 'selamba' sampai boleh buat aku sengih gitu...watak Hafiz ni pulak memang 'naik bulu roma'...aku memang 'suka giler' dengan watak Hafiz nih...seorang suami yang penyabar, tenang dalam tutur katanya, berhemah dan bijak dalam beri nasihat, teguran dan mendidik isterinya menjadi isteri solehah, romantik tapi cemburu...aku kira watak Hafiz ni 'complete package'lah...



No comments:

Post a Comment